07 November 2009

Al-Hilmi

Pengertian : i) Bahasa - Tenang ketika marah walaupun mampu untuk membalas dan
berkuasa.
ii) Al-Halim - nama dan sifat Allah
Bersifat pemaaf dan tenang.

Firman Allah swt :
" Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa
mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka kerjakan, tentulah Dia
tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak"

(Fathir : 45)

iii) Sifat Al-Hilmi pada manusia
Sifat ini pada manusia menunjukkan kesempurnaan dan penguasaan
akal.
Ia juga menunjukkan kekuatan marah akhirnya mengalah dan tunduk
kepada arahan akal.

(Sumber : Asas2 Islam, Dr Ali Laban)

Natijahnya, hanya manusia (muda, tua, kanak-kanak,remaja dan dewasa) yang beriman sahaja mampu mengawal nafsu amarahnya dan berfikir secara rasional. Janganlah kita bertindak marah apabila diprovokasi oleh orang yang jahil ilmunya tentang sesuatu isu. Ironinya sirah Nabi saw telah memberi kita panduan dan kaedah dalam mengawal kemarahan.

Cuba kita singkap kisah sirah bagaimana sifat nabi saw dalam menghadapi penghinaan orang2 di Thoif ketika berdakwah di sana. Sifat Al-Hilmi baginda terserlah kerana baginda mendoakan kebaikan untuk mereka bukan melaknat(marah).
Nabi saw bersabda :
"Sebenar-benarnya saya diutus untuk menjadi rahmat, bukan untuk
melaknat" (Riwayat Muslim).


Oleh yang demikian,sama-salah kita menjaga batas kemarahan kita dengan bertenang, bersabar dan bersikap rasional bukan rasional supaya kita tergolong dalam golongan org2 yang mempunyai sifat Al-Hilmi.

03 November 2009

Mudahnya hati manusia tesentuh....

Em, bila baca tajuk ramai yang terfikirkan tentang hati...ada macam-macam hati. Hati kering, hati keras, hati busuk, hati lembut, hati lembik dan yang paling bahaya, HATI MATI.... Bila mati itu mati, segalanya dibuat untuk kepuasan diri sendiri.

Manusia mudah tersentuh hatinya jika ada individu lain menggunakan kata-kata yang baginya 'kasar'. Saya juga baru mengalami pengalaman ini hari itu. Manusia manakah yang tidak merasa 'kecil hati' dan 'sakit hati' apabila ada individu yang berasakan mereka sahaja yang hebat membuat fitnah dan menghina kita dihadapan rakan-rakan sejawat yag lain. Jika ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati.

Jadi saya kembali kepada sirah Nabi saw, bilamana Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabar dengan penghinaan, cacian, fitnah dan kata-kata kesat ketika berdakwah. Oleh yang demikian, saya pun ingin jadikan baginda idola dan panduan dalam menghadapi mehnah dunia dalam kehidupan dunia mahupun akhirat(berdakwah).

Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan dalam kerja2 murni ini. Amin