24 January 2010

Cerpen 1 : Mencari Cinta Hakiki (Bah: 3)

“Eh Halim, tu bukan ke si Arie anak Sufian yang rumahnya kat tepi sungai tu. Dahlah bapaknya tu menghilangkan diri meninggalkan anak bini entah ke mana, anaknya pula jadi budak jahat. Gaduh sana, gaduh sini, bertumbuklah, ponteng sekolah, mencuri getah sekerap orang…samalah anak beranak”, mula salah seorang pakcik di dalam kedai kopi itu.

“Alah hari tu aku nampak budak tu bertenet ngan si Ayu anak Haji Rahman…ada hati nak kawan ngan anak orang alim. Sedarlah sikit diri tu. Cermin-cerminlah diri kau tu…kah..kah..kah…”, sahut orang yang berada di dalam kedai kopi itu sambil ketawa terbahak-bahak. Geram hatiku mendengar umpatan mereka. Walaupun aku mungkin agak sejahat yang mereka sangka itu namun terdetik dalam hatiku kebenaran sindiran itu.

“Argh…peduli apa aku dengan apa yang mereka nak kata. Bukan aku rugi apa-apa pun”, bisik hati kecilku menafikan kebenaran kata-kata mereka.

“Awak…awak dengar tak apa yang saya nasihatkan tadi. Berbuih mulut saya bercakap…awak leka berangan pula…”, sergah Ayu marah kerana aku sedang leka teringat kisah lama.

“Err…sorry…sorry….saya dengar apa yang awak cakap tadi”,balasku tersentak. Perbualanku terhenti sampai di situ sahaja. Kemudian kami hanya berbual kosong dan pulang ke rumah dengan rasa hati yang riang kerana sama-sama telah melepaskan rasa rindu. Beginilah rutin harian hidupku sehingga tibanya masa itu….

Bersambung lagi...panjang sebenarnya cerpen ini..jadi bersabarlah ye...

20 January 2010

Hikmah Sujud

Hikmah sujud antara lain ialah:

1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :

1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
3- Melegakan sakit hernia.
4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- Meringankan bahagian PELVIS.
9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .
10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

Tokoh 1 - Sultan Muhammad Al-Fateh (bahagian dua)

Namanya adalah Muhammad II bin Murad II bin Muhammad I.
Lahir pada 20 April 1429 M (26 Rejab 833H).

Memegang tampuk pemerintahan pada tahun 1451 M ketika usianya baru 21 tahun. Merupakan sultan Othmaniah yang ke 7.

Mewarisi kerajaan yang kuat dan luas daripada sultan-sultan yang terdahulu. Pun begitu beliau tidak berpada, sebaliknya berusaha untuk memperluaskan lagi pembukaannya sehingga keEropah dan Asia kecil.

Memerintah selama 30 tahun (1451-1581). Masyhur dengan gelaran "Muhammad al-Fateh" sempena kejayaannya membuka Kostantinople sekaligus melaksanakan janji Rasulullah yang telah disebut di dalam hadisnya semenjak seribu tahun:

لتفتحن القسطنطي نية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش

Maksudnya: "Sesunguhnya kota Kostantinople akan dibuka. Maka sebaik-baik pemerintah itu adalah yang membukanya dan sebaik-baik tentera itu adalah tentera yang membukanya."

Muhammad al-Fateh terkenal sebagai seorang pemimpin yang bijak di dalam ilmu peperangan, berilmu tinggi, berakhlak mulia serta berpegang kuat dengan ajaran Islam. Dan inilah persaksian yang dinyatakan oleh Ibn Iyas seorang tokoh sejarah sebaik sahaja mendengar berita kematiannya.

Beliau berkata: "Beliau merupakan seorang sultan, mujahid, pelopor kepimpinan di Kostantinople, adil di dalam pemerintahannya, tinggi ilmunya, ramai tenteranya dan berjaya menundukkan negara-negara kafir kepada Islam."

Terkenal dengan kerahsian yang tinggi; terutama yang berkaitan dengan strategi ketenteraannya hinggakan kepada orang penting di dalam angkatan tenteranya. Ketika ditanya tentang kerahsian beliau menjawab:

لو عرفته شعرة من لحيتي لقلعتها
Maksudnya: "Sekiranya sehelai daripada janggutku mengetahui rahsiaku, nescaya akan aku mencabutnya."

17 January 2010

Training of Trainer 1 (TOT 1) KRIM PUSAT

             Alhamdulillah pada 16 Januari 2010, KRIM PUSAT berjaya melaksanakan sesi TOT 1 bagi kawasan lembah klang yang meliputi KRIM Shah Alam Klang, Gombak dan DHL. Seramai 27 orang penggerak ikhwah dan akhawat berjaya menghadiri sesi TOT 1 ini dengan jayanya.

             Program bermula seawal jam9 pagi selepas sesi pedaftaran yang diuruskan oleh akh Farhan Selamat. TOT 1 ini dijalankan sepenuhnya oleh Tuan Hj Dr Arif (motivator) yang menurunkan ilmu dan pengalamannya bagi menyampaikan modul yang akan digunakan oleh remaja2 di seluruh negara.



            TOT 1 kali ini,Ustaz Arif (panggilan yang lebih mesra) menyampaikan modul BELAJAR POWER kepada kami. Namun begitu Ust Arif memulakan separuh hari dengan sesi mukadimah terhadap penggerak2 krim (selepas ini dipanggil sebagai peserta) agar memahami tugas dan tanggungjawab seorang daie terhadap kerja2 dakwah kepada remaja.

              Sesi selepas solat dan makan lebih mencabar para peserta dengan desakan2 dan cabaran2 utk menyelesaikan beberapa tugasan (seperti aktiviti yang selalu penggerak buat pada remaja). Suasana kadang-kala agak tegang dengan nada2 suara yang tegas drpd Ust Arif apabila peserta gagal bekerjasama dengan baik dan serius.



             Namun begitu penggakhiran slot disudahi dengan sesi 'hiba' @ titisan air mata. InsyaAllah teknik dan kaedah yang dipertontonkan dapat digunapakai oleh peserta2. Jam 5 petang satu lagi slot daripada PSM Pusat tentang Dakwah Fardiah oleh Ust Muhammad Ismail.



            InsyaAllah dengan pengalaman pertama ini, TOT 2 yang mungkin ke selatan dahulu akan dijalankan dengan lebih sempurna lagi. Apapun antara ayat yg penting disampaikan oleh Ust Arif.....jangan lupa berdoa dan minta kepada Allah swt sebelum kita mulakan apa sahaja perancangan kita(GEREM).

Wartawan Krim Pusat (baru belajar menulis)
Cikgu Hardi

KONVENSYEN PEMIKIRAN HASSAN AL-BANNA

Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH: 30 JANUARI 2010
TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA


Agenda

8.00 – 8.30 pagi Pendaftaran peserta

8.30 – 8.45 pagi Ucapan Alu-Aluan

9:00 – 10.00 pagi Perasmian

10.00 – 10.30 pagi Minum pagi

10.30 – 11.30 pagi Ucaptama

11.30 – 12.40 pagi Kertas Kerja I : “Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara dua aliran” oleh Haji Mohd Rusdi bin Haji Alias

12.40 – 2.30 ptg Solat & makan tengahari

2.30 – 3.40 ptg Kertas Kerja II : “Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah Dan Pelaksanaannya Di Malaysia” oleh Haji Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman

3.40 – 3.50 ptg Selingan video

3.50 – 5.00 ptg Kertas Kerja III : “Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Muhammad Fauzi bin Asmuni

5.00 – 5.30 ptg Pembentangan Resolusi & Penutupan Majlis

utk maklumat lanjut, lawati laman web, www.kobanna.ismaweb.net

15 January 2010

Cerpen 1 : Mencari Cinta Hakiki (Bah. 2)

Kringg….loceng tamat sekolah telah berbunyi. Arie dengan perasaan bosannya terus melangkah lesu keluar dari kelasnya. Tiba-tiba Arie ternampak dua orang pelajar perempuan yang amat dikenalinya, Ayu dan adiknya Aisyah sedang berjalan berlenggang-lenggok berdua menuju ke pagar sekolah.

“Ayu…Aisyah.…tunggu jap…tunggu abang la…”,jeritku dengan rasa keriangan.

“Ada apa angah….”,balas Aisyah bersahaja.

“Angah bukan nak jumpa ngan kau lah. Orang nak jumpa Ayu”, marahku pada Aisyah.

“Ayu……Arie nak cakap sikitlah ngan Ayu….boleh?”,kataku pada Ayu dengan nada manja.

“Awak nak apa……saya penatlah….nak balik rumah”,jawab Ayu tenang.

“Saya nak jumpa awak kat tempat biasa petang ni boleh…ada hal penting nak saya cakap ngan awak…”, terusku lagi sambil mengenyitkan sebelah mataku.

“Ok…tunggu kat tempat biasa ye …assalamualaikum…”,ringkas jawab Ayu dan terus meninggalkanku terpinga-pinga di pagar sekolah.

Petangnya, seperti yang dijanjikan aku menanti dengan penuh sabar di bawah pohon rendang pokok rambutan di tepi kolam ikan milik pakcikku,Pak Lang. Dengan angin yang sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa, aku memicit-micit lebam di pipiku yang membiru. Sedangku leka berbaring-baring, Ayu menyapaku dari belakang.

“Assalamualaikum….awak….”,sapa Ayu.

“Err….Waalaikummussalam….eh dah sampai, ingat dah taknak jumpa saya lagi?,balasku sambil memegang lebam di pipiku menahan sakit.

“Maaf lambat. Eh, ngape dengan muka awak tu, gaduh lagi ye?”,sinis pandangan Ayu padaku. Aku tunduk terdiam tidak mampu berbicara lagi. Memang tengah hari tadi aku bergaduh. Ialah, sebab hendak tolong backup kawanku yang kena pukul. Aku pun turut sama teruk kena belasah. Mana boleh menang kalau lapan lawan tiga. Tetapi memang dah silap aku juga, kawan dengan budak jahat, apa orang kata, ‘gedebe’. Petang itu aku mendapat kuliah agama dari Ayu. Ayu ni memang baik orangnya. Anak orang alim kat kampung aku ni. Entahlah mengapa dia sanggup kawan dengan budak jahat macam aku ni. Aku memang suka kat dia, tetapi keluarga Ayu tidak suka aku berkawan dengan anaknya. Lagipun tahun ni dah kena ambil SPM. Aku bukannya tak pandai dalam pelajaran tapi sikap dan perangai aku pada kawan-kawan dan orang tua membuatkan orang kampung membenci padaku. Aku ingat lagi semasa aku melalui kedai kopi Pak Mat, orang kampung menghina dan mencerca aku sekeluarga.

09 January 2010

Cerpen 1 : Mencari Cinta Hakiki (Bah. 1)

Kringgg….arghh…. bingit telinga aku mendengarnya. Bisinglah jam ni. Lantasku hentak jam loceng itu dan ku campaknya jauh di sudut katil. Ku tutup deria pendengaranku dengan bantal busuk yang empuk. Ahh…aman rasanya. Namun lenaku diganggu lagi.

“Rie.. bangun rie… dah pukul 6 dah ni, karang lambat pergi sekolah pula, cepat bangun nanti solat subuh sekali….”, bebel emakku yang hampir setiap pagi diucapkan dari bibirnya tanpa rasa jemu.

“Alah mak ni, orang ngantuklah, kejap lagilah Arie bangun la….,” jawabku separuh mamai. Mak meninggalkanku keseorangan. Kemudian aku terjaga dengan tiba-tiba.

“Hah…dah pukul 7. Mak apa tak kejut Arie tadi…ni dah lambat ni nak pergi sekolah…alah lecehlah mak ni…”, jerit dan rugutku pada mak. Mak hanya diam tertunduk membisu seribu kata. Apabila aku keluar dari bilik air, ku lihat pakaian seragam sekolahku dah siap terbentang atas katilku. Selesai berpakaian aku terus bergegas keluar rumah sambil menjerit-jerit pada emakku meminta duit belanja sekolah. Mak hanya memberi daku seringgit sahaja.

Sekali lagi aku merungut, “Mak, takkan seringgit aje, mana cukup…nak makan apa dengan seringgit ni. Nak beli nasi lemak pun tak lepas??”.

“Rie, itu aje yang mampu mak bagi kat kau. Kau bukan tak tahu yang adik-adik kau yang lain pun nak duit belanja juga. Ayah kau dahlah menghilang entah ke mana…,” mak menjawab dengan nada yang sedih, berkaca bola matanya.


“Arghh…”, dengan rasa marah dan bengang aku terus memulakan perjalanan ke sekolah yang jauhnya cuma 2 kilometer sambil jam di tanganku dah menunjukkan pukul 7.25 pagi. Sampai sahaja di pagar sekolah, aku lihat dua orang pengawas sedang menunggu mangsanya.

“Arghhh.. tak boleh jadi ni…aku kena fikirkan alternatif lain nak masuk ke sekolah ni”, bisik hatiku sendirian. Emm… baru aku teringat untuk gunakan jalan belakang. Di sebalik semak-samun yang merimbun itu, Arie dengan bersusah payah memanjat pagar yang sudah rapuh di makan karat untuk masuk ke dalam kawasan sekolah.

“Huh…penatnya…alamak kotor pula baju aku”,bebel Arie sendirian. Kalau pekena asap barang sebatang dua ni mesti best punya”. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, namun Arie masih leka dengan angan-angannya di sebalik bangunan sekolah berdekatan dengan setor sukan lama. Kemudian barulah Arie masuk ke kelas seperti rakan-rakannya yang lain.

..bersambung..

01 January 2010

Selamat Kembali ke Sekolah 2010

InsyaAllah lagi 2 hari, maka bermulalah sesi persekolahan 2010. Mungkin ramai yang seronok, tak kurang juga yang rasa malas nak ke sekolah. Maklumlah dah hampir dua bulan berehat (bagi yg tiada aktiviti luarlah).

Apapun,kehidupan bagi seorang murid atau pelajar tetap akan diteruskan. Pembelajaran dan pelajaran akan terus berlaku (dengan izinNya). Oleh itu tuntutlah ilmu setinggi dan seikhlas yang mungkin. Semoga ilmu yang diperolehi, membimbing kita semua kepada KEREDHAAN-NYA.

Kepada para pendidik pula, jangan lupa semua yang kita ajar adalah amanah dan akan dipersoalkan kelak dihadapan Allah swt. Soal masa,ilmu, tenaga dan segala yang berkaitan dengan pendidikan...peliharalah...

Akhir kalam, sama-samalah kita jadikan tahun 1431H @ 2010M ini sebagai satu titik permulaan yang lebih mantap, cemerlang dan ikhlas terhadap setiap perbuatan, percakapan dan tulisan kita untuk dakwah@agama, bangsa dan negara, insyaAllah.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH....4 Jan 2010 @ 18 Muharram 1431H