20 February 2010

Lima perkara penting buat REMAJA MUSLIM....

Lima perkara yang perlu diamalkan oleh REMAJA MUSLIM yang SOLEH / SOLEHAH !!

1 ) Sembahlah Allah sebanyak mana KEPERLUANMU padaNya...

2 ) Ambilah apa-apa yang daripada dunia menurut keperluan selama UMURMU didalamnya.


3 ) Lakukan MAKSIAT kepada Allah, menurut KEMAMPUANMU untuk menanggung AZABNYA!!


 4 ) Persiapkanlah BEKALAN di dunia, selama mana kamu tinggal di dalam KUBUR!!


5 ) Beramallah untuk SYURGA, menurut lamanya MASA untuk kamu tinggal di dalamnya....


Pesanan :  Sheikh Al-Balkhi...

18 February 2010

Karnival Sukan Remaja Islam 2010 (KASRIM 2010)

Askum, satu lagi projek besar Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Shah Alam Klang. Sekadar promosi kepada semua remaja yang melawati laman ini untuk war-warkan kepada rakan-rakan sekolah lain...Hadiah lumayan...RM500 bagi johan kategori bawah 18 tahun dan RM300 bagi johan bawah 15 tahun....(FUTSAL).

Manakala Bola Jaring hanya dibuka kategori bawah 18 tahun dgn johan akan membawa pulang wang tunai RM200....hebat bukan...cepat tempat terhad bagi 48 buah pasukan pertama (16 pasukan setiap kategori)

Hubungi : Futsal - Anas - 017 6609062
                           Ust Rizal - 019 3079306
              Bola Jaring- Cik Nisa - 013 2151514
                                 Cikgu Hafizah - 019 3640504

Atau kepada saya terus..Cikgu Hardi 019 2039390.....

ADA BERANI!!...JADILAH REMAJA ISLAM YANG BANGGA DGN AGAMANYA....

13 February 2010

Cerpen 1 : Mencari Cinta Hakiki (Bah: 4)


SPM telah berlalu tiga bulan yang lalu, aku dan Ayu sama-sama menunggu keputusannya yang tidak lama lagi bakal diumumkan. Ayu telah di hantar rumah datuknya di Pendang, Kedah semata-mata untuk memisahkan aku dengannya. Memang mereka kejam memisahkan kami. Aku pula hanya bekerja sementara di kilang papan di bandar Pekan. Gajinya taklah seberapa namun aku tidak lupa berikan sedikit untuk mak, selebihnya aku buat berseronok. Main gamelah, snooker, belanja kawan, beli rokok dan macam-macam lagi.

Sekarang ini aku hanya menghitung hari untuk melangkahkan kakiku ke menara gading. Aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang matrikulasi di Universiti Putra. Maknanya aku akan meninngalkan kampung halamanku untuk merantau di negeri orang semata-mata untuk mendapatkan ilmu. Dengan tidak semena-mena bergenang air mataku mengingat kembali pesan Ayu padaku.


“Awak kalau nak terus berkawan ngan saya, awak kena berubah. Cuba ubah sikit perangai awak tu. Jangan melawan orang tua, jangan bergaduh lagi, jauhi perkara-perkara yang di larang oleh agama, jaga solat dan dekatkan diri pada Allah, insyaAllah awak akan merasai nikmat kemanisan iman dalam hidup ini. Hidup ini hanya sementara, nanti kita akan dihisab dan di tanya amalan-amalan kita di dunia, apa kita nak jawab,hah…saya masih sayangkan awak dan saya mahu awak menjadi insan yang berguna pada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara….ya….menjadi mukmin yang sejati….ingatlah kata-kata saya ini, carilah siapa diri kita ini sebenarnya…awak jadilah mukmin yang sejati kerana di situ terletaknya cinta hakiki, itulah pesan terakhir Ayu sebelum dia meninggalkan aku buat selama-lamanya. Kembali kepada penciptanya….aku hanya sempat bertemu dengannya kali terakhir semasa mengambil keputusan SPM di sekolah. Ayu benar-benar berubah, terutama dari segi pakaian dan bila berkata-kata penuh dengan perkara-perkara yang mengagungkan Ilahi. Aku cukup tersentuh dengan perubahan identiti dan penampilannya.

Bersambung lagi...

06 February 2010

Remaja Alaf Baru

Yang mana satukah adik-adik remajaku pilih?? Yang dikanan atau dikiri? Renung-renungkanlah!! 

Nota kaki: Ilustrasi dibuat oleh sahabat saya, akh Najib(UPM 2001)

KOBANNA mengangkasa dan membumikan pemikiran Hasan Al-Banna

**Post ini diambil dari ismaweb.net**

Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa telah mencetuskan satu anjakan baru ke arah merealisasi dan membumikan idea pemikiran Hasan al-Banna dalam realiti Nusantara khususnya bumi Malaysia. Relevansi pemikiran Imam Hasan al-Banna boleh dilihat dari ketiga-tiga pembentangan kertas kerja yang menjurus kepada analisa sosio-politik negara Mesir, sejarah pertembungan ideologi Barat yang ditunjangi oleh aliran Humanisme sehingga mencetus gerakan tajdid dan nahdah yang dipelopori oleh Hasan al-Banna.

Tempoh hidup beliau yang singkat tetapi sarat dengan idea-idea pembaharuan dan perubahan telah mengesani geo-politik Mesir dan negara-negara Arab. Bahkan gagasan dan wawasan beliau menebar ke seluruh pelusuk benua mencecah 90 buah cawangan Ikhwan Muslimun. Beliau saya ibaratkan ’satu jiwa berjuta hikmah… episodnya dahsyat full manfaat… wawasannya holistik dan memiliki idea broadfront (jalur ke depan), merentasi zaman dan umat’. Pemikiran beliau yang merentasi zaman dan keupayaan menganalisa waqie (realiti) adalah pra-syarat kejayaaan beliau mengemukakan projek membina peradaban. Kupasan ini boleh dilihat dari kertas kerja kedua yang bertajuk “Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia” yang saya sendiri bertindak sebagai moderator.


Projek membangunkan agenda kekuatan bangsa menurut pemikiran beliau mestilah dilatari dengan qanun taghyir (undang-undang perubahan) sebagai pilar ke arah membina satu peradaban (boleh rujuk mukasurat 55-62). Bagi mencapai objektif tersebut, Hasan al-Banna telah menggariskan 4 komponen tumpuan stategik beliau iaitu:

1. Pelestarian dan pemerkasaan dakwah ke seluruh segmen masyarakat.

2. Memfokuskan usaha kaderisasi melalui tarbiyah yang muathirah (berkesan), muntijah (produktif) dan mubdi’ah (kreatif).

3. Penyertaan dalam institusi pembuatan dasar dan polisi negara melalui Nidhal Dusturi (perjuangan perlembagaan) samada menyertai pilihanraya, majlis-majlis kerajaan tempatan, institusi-institusi berpengaruh dan sebagainya.

4. Membina pasak kekuatan umat berorientasikan Jihad (rujuk Rukun Jihad / Risalah Muktamar Kelima / Risalah Jihad). Ikhwan menolak kaedah kekerasan bahkan menyeru kepada membina segala kekuatan yang mampu mengukuhkan sendi ketuanan umat.

Kertas kerja ketiga pula menyorot dilema politik Melayu Muslim, kemelut ketuanan bangsa selepas pasca PRU 12, isu negara bangsa, demokrasi, toleransi antara kaum dan isu wala wal bara. Kertas kerja ketiga ini cuba menilai isu semasa politik dan isu-isu yang menjadi titik pertikaian kaum berasaskan teori Maqasid Syarak, bagaimana prinsip maqasid menjadi tema dan instrumen penyelesaian kepada isu-isu politik Melayu masa kini.

Kajian tentang al-Fiqh as-Siyasi, teori kenegaraan menurut pemikiran Hasan al-Banna telah dibicarakan panjang oleh Dr. Muhammad Abd. Qadir Abu Faris , seorang ulama ikhwan Jordan (al-Fiqh as-Siyasi ‘inda al-Imam Hasan al-Banna). Kita boleh menelaah penulisan dan boleh dibahaskan di samping melihat tulisan Dr. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya Fiqh ad-Daulah yang menukilkan beberapa pandangan dan pemikiran Hasan al-Banna.

Namun setelah berlalunya KOBANNA anjuran ISMA yang julung-julung kali diadakan ini, tugas besar terletak kepada pimpinan, ahli dan rakan ISMA untuk berfikir dan bertindak ‘bagaimana mengangkasakan dan membumikan pemikiran dalam konteks masyarakat Melayu hari ini’. Pada hemat dan pemerhatian saya secara peribadi beberapa langkah awal perlu dilakukan agar perbahasan dan konvensyen ini lebih mencapai matlamat dan objektifnya pada masa-masa akan datang ialah:

1. Setiap pembentangan kertas kerja ini perlu diperhalusi dan dibahaskan di peringkat cawangan oleh semua ahli bagi mendapat tasawwur yang menyeluruh tentang kerangka perubahan yang dicanangkan oleh Hasan al-Banna.

2. Perlu ada satu kajian menyeluruh tentang sosio-budaya, sosio-politik, geo-politik, geo-dakwah tentang isu-isu Melayu secara akademik, berfakta dari pakar-pakar agar input yang diperolehi lebih menggarap dan menepati realiti.

3. Konvensyen ini harus menganjak setapak ke depan dengan menjemput tokoh-tokoh akademik, pakar sejarah, pemikir gerakan Islam, ahli politik agar sisi-sisi pandangan mereka boleh dijadikan landasan mengangkasakan idea pemikiran Imam Hasan al-Banna di rantau Melayu.

4. ISMA boleh memulakan langkah awal dengan menubuhkan Institut Kajian Pemikiran al-Banna agar segala idea, pemikiran, tulisan, analisis beliau dapat diadaptasikan dengan jiwa dan ruh Melayu. Ini bukan bermakna kita mencetak bulat-bulat tetapi mengambil inti dan produk pemikiran beliau yang bersifat sejagat dan diterima oleh semua Harakah Islamiah di dunia.

5. Majlis Ulama ISMA boleh menggerakkan usaha mengkaji tulisan tentang teori Maqasid oleh Imam as-Syatibi, karya Imam Ibnu ‘Asyur tentang Maqasid yang diulas Muhammad ’Alal al-Fasi serta mendiskusikannya di dalam seminar-seminar dengan menjemput pakar-pakar dari dalam dan luar negara tentang isu-isu kenegaraan, politik Melayu dan non-muslim di Malaysia. Buku Usul ‘Ifta’ wal Ijtihad at-Tatbiqi fi Nazariyyat Fiqh ad-Dakwah al-Islamiah karangan Muhammad ar-Rasyid boleh dijadikan bahan perbincangan pemula kepada memahami konsep tersebut dalam bab-bab yang berkaitan.

KOBANNA 2010 telah melabuhkan tirainya. Ribuan manusia yang datang samada sebagai sebagai JKP, YDP, tetamu jemputan, ahli ISMA, peserta (rata-rata orang muda) harus kembali menelaah dan membugar pemikiran beliau dari teori kepada praktik. Konvensyen ini tidak harus menjadi medan membugar makna ukhuwwah dan intima’ tetapi perlu disusuli dengan agenda bertindak yang solutif, komprenhensif dan realistik agar usaha mengangkasa dan membumikan pemikiran Hasan al-Banna dalam rantau Melayu punyai impak dan kesan.

Sekalung tahniah buat penganjur namun kerja besar menanti kita semua untuk digalas. Amal menjadi saksi dan hujjah kita di hadapan Allah. Bersama-sama kita, satu pasukan, satu fikrah, satu tarbiyah, satu ISMA kita lestarikan fikrah Imam Hasan al-Banna.

**Post ini diambil dari ismaweb.net**