31 May 2010

Hari ke 25 ..... saya tidur je la...

           Assalamualaikum ...... hari ini Nuruddin Al-Zinki banyak tidur saja.....nyenyak dia tidur...malam tadi menangis lama lagi sebab kena cucuk kat tangan (tempat salur ubat)......nampak sedikit letih.....namun kadar nadinya semakin baik...antara 120 - 160 sahaja....

Sian saya.....penat saya nangis malam tadi...

Malulah tengok saya tidur camni...tak tutup aurat....hehehe


            Tadi umminya sempat bertemu dengan doktor yang mereawat Nuruddin .... katanya kadar pernafasan dan xray paru2nya menunjukkan perkembangan positif dan baik....tetapi keadaannya yang kerap bernafas laju membimbangkan doktor...sehingga doktor tidak berani memberi kata putus untuk mencabut bantuan oksigen yang disalurkan selama ini.....Nuruddin katanya perlu masa lagi bermain2 di sini.....agar benar2 sihat dan mampu bernafas dengan baik...tanpa bantuan oksigen.....atau terpaksalah membawa @ menyewa tong gas oksigen ke rumah.....ini akan membataskan pergerakannya.....


...zzzzzz...

           Apapun....doa kawan2 masih diperlukan...dan terima kasih @ jazakallahu khairan atas keprihatinan tuan puan semua terhadap kondisi kami kini......

30 May 2010

Hari ke-24.......ada gaya tak...

- ....hah...tengok nih...ada gaya x?

                Hari ini tidak banyak berubah daripada semalam...cubalah tengok gambar2nya di atas.....membulat je matanya...tak nak tidur bila dah terjaga.......tapi semasa kami sampai jam 4.00 petang hingga 5.30 petang, Nuruddin tidur nyenyak jer......cuma terjaga sekejap kerana umminya menukarkan pampersnya.....sebab dah terbuang air besar(berak).......lepas tu tidur semula...

                Jam 5.30 petang baru terjaga bila dah haus..selesai bagi nab dan susu, nurse nak masukkan ubat dalam tiub ditangannya..namun sekali lagi...jarumnya bengkok...kenalah cucuk lagi...tapi sampai kami pulang tadi, nurse belum cucuk2 lagi jarum yang baru...sebab uruskan bayi2 yang lain dulu......itu jelah cerita hari ini...esok sambung lagi...untuk hari ke 25.....

Hari ke-23 (29/5/10)........satu penantian

                Hari ini kami berdua melawat Nuruddin Al-Zinki lebih kurang 3 jam juga.....bermain2 dengannya...walaupun kadang2 kerap ingin menangis....awalnya hampir sejam juga kami menanti dia yang lena tidur....melalui jiran sebilik ini, semalam selepas kami pula hampir 2 jam Nuruddin menangis.....mungkin sedih kami dah pulang meninggalkannya keseorangan....

La ni...dia tengah tidur...

                Dalam jam 5.45petang barulah Nuruddin terjaga dan mula nak menangis...terpaksalah kami angkat sedikit badannya dan dodoikan...memang dia senyap...bila letak je....mula nak nangis....kalau dah nangis bertukar merah wajahnya......ini yang doktor dan nurse bimbangkan.....tidak boleh biarkan Nuruddin menangis kerana akan mengakibatkan bacaan nadinya melambung ke paras melebihi 200...(bahaya) dan nafasnya akan mula kencang....jadi kami terus mendodoikan sementara menunggu nurse memberikan susu (guna tiub).

Bestnya...ummi dodoikan saya...nak lagi, nak lagi...

              Sebelum diberikan susu, Nuruddin akan diberikan gas(nab) utk mencairkan kahak yang ada di dalam paru2nya......sesudah minum susu.....ubat antibiotik dimasukkan ke dalam salur di pergelangan tangan kirinya....agak lama masa diambil lebih kurang sejam...ubat ini akan mengalir masuk secara perlahan2 dengan bantuan mesin....sambil itu kami sentiasa cuba berkomunikasi dengannya supaya dia tidak merasa sakit atau rimas berada dalam keadaan begini......


Ummi....abi...jangan balik lagi....sapa nak temankan saya....

             Sebelum pulang kami singgah melawat sahabat@jiran yang baru dikurniakan bayi pertama di tingkat 5 di hospital yang sama...dan kami singgah sekali lagi menjengok Nuruddin selepas saya solat Maghrib..dan dia masih belum mahu tidur.....tapi sat lagi time minum susu lagi (3 jam sekali).....insyaAllah esok kami datang lagi..sampai bila?? hanya Dia yang mengetahui.....

Esok datang lagi ye....juga jangan lupa lawati saya lagi di blog ini....sayang semua!!

28 May 2010

Hari ke 22......cepatlah sihat anakku.....sebuah hadiah untuk ummi di hari lahirnya..29 Mei...esok


Sebelum saya memulakan kata bicara laporan harian..inginku ucapkan 
SELAMAT HARI LAHIR ke-30
....buat isteriku yang amat kusayangi....
......HAFIZAH BT ISMAIL......
semoga terus berusaha menjadi ISTERI yang SOLEHAH.....TABAH menghadapi UJIAN dalam menguji IMAN.....panjang umur dan murah rezeki.....
serta sentiasa dalam perlindunganNya...
amin

Gambar hari ke-20 (meniarap dapat memudahkannya bernafas)


Gambar hari ke-21 
(dah buka tudung kepala tetapi terpaksa tidur meniarap kerana nafas agak laju)

              Hari ini genap 22 hari @ 3 minggu 1hari Nuruddin Al-Zinki membesar di Hospital Serdang.......walaupun sudah semakin mampu bernafas dengan paru2nya, namun kadangkala kadar dengup nafasnya laju..dan ini membahayakan kondisinya...ini disebabkan masih terdapat kuman yang berada dalam paru2nya.Juga bermakna sudah 3 hari dia dimasukkan dengan ubat dan antibiotik bagi melawan kuman......kesian melihat tangan dan kaki2 kecil anak ini ditebuk2 untuk mencari salur darah bagi menyalurkan ubat......tadi umminya datang melawat dari jam 12 hingga 5 petang..dan selepas itu giliran saya melawat...

             Seperti biasa, ayat2 Al-Quran akan dibacakan ke telinganya......namun kedatangan saya tadi disambut dengan deraian air mata.....anak kecil ini kehausan....puas memujuk...akhirnya saya mencari nurse dan bertanyakan sudah diberi susu atau belum...dan tepat seperti dijangka..jawapannya belum....maklumlah kat sini ada 6 orang bayi yang memerlukan perhatian yang khusus.....tanpa berlengah nurse terus beri nab (gas) pada Nuruddin (utk cairkan kahak).....dan selepas itu menyedut kahak (dengan alat yang sesuai)....barulah diberikan susu.....barulah Nuruddin kembali diam dan selesa......namun itu tidak lama....
(Gambar hari ke-22)
SELAMAT ULANG TAHUN UMMI (29 MEI 2010)


             Satu lagi acara memasukkan ubat melalui tiub di tangannya.....tapi jarum tiub itu bengkok (akibat kedudukan ditangannya) dan menyebabkan ubat tidak boleh disalurkan....maka berteiaklah lagi anak kecil ini bilamana nurse mencari salur darah di sebelah pergelangan tangan kanannya pula (lihat rajah)....agak lama juga usaha ini..agak2 dalam 20 minit..baru selesai.....

              Nampak sedikit keletihan diwajahnya.....penat menangis agaknya.....di sinilah peluang untuk saya berbual2...bermain2 dengannya...mengusap2 rambut halusnya....sedih dan kasihan dihati ini melihatkan kesakitan yang ditanggungnya.....apapun kami redha dengan ujian ini.....jam 7 petang saya dan keluarga beransur pulang....jumpa lagi esok.....anakku sayang....esok hari lahir ummimu.....berilah dia sekurnag-kurangnya satu senyuman buat pengubat hati yang sedih ini........

26 May 2010

Hari ke-19.....saya dah makin sembuh.... .dan tahniah buat Nuáim dan Nur Husna....dapat tempat PERTAMA...

Mehla main ngan saye...

        Alhamdulillah.....semalam kami dapat berjumpa dengan doktor yang merawat Nuruddin....dan beberapa perkembangan baik sedang berlaku...Nuruddin sudah semakin mampu untuk bernafas dengan paru2nya sendiri walaupun kadang2 sedikit laju nafasnya...
Alamak...makin penyeklah hidng saya nih...
        
           Kini Nuruddin menggunakan jenis tiub pernafasan yang kecil berbanding sebelum ini.....sudah mula nampak sifat2 ingin bermanja....bila kami datang melawat, mulalah asyik menangis tapi akan diam apabila diampu sedikit badannya...nak bermain agaknya...kalau dia menangis....memang paling kuat kat situ....dah namanya bayi lelaki....
          Namun setiap hari, nurse akan berikan 4 kali gas @ nab (yang biasa digunakan utk pesakit lelah) untuk mencairkan kahak dalam paru2nya....semalam saya berpeluang melihat kaedah dan teknik nurse menyedut kahak(walaupun dah selalu tengok-anak2 sebelum ini)....tapi ke atas bayi yg usianya belum pun mencecah 20 hari...satu pengalaman yang menarik....nurse memang melakukan secara berhati2 dan penuh kasih-sayang(nampak reaksinya terhadap Nuruddin dan semua bayi yg ada di sini)......
Cantik tak sarung tangan saya ni...ummi saya yang belikan..terima kasih ummi....
saya sayang ummi...
          Doktor akan melihat perkembangan seterusnya...bilamana...tiub pernafasan yang dibekalkan akan dicabutkan dan akan melihat sejauhmana kemampuan Nuruddin boleh 'survive' tanpanya.....nampaknya....lama lagilah dia di sini.....dan kemungkinan umminya terpaksa 'tambah' cuti lagi untuk memastikan tiada masalah penjagaan selepas keluar nanti...insyaAllah...

           Kami masih mengharapkan doa2 kawan2 semua ..agar Nuruddin Al-Zinki semakin kuat untuk menghadapi hari2 yang mendatang.....

          Juga yang menggembirakan kami hari ini....anak2 kami Nuáim dan Nur Husna dah dapat result exam tadika mereka (tadika Arif Minda - ujian 1)...kedua2nya berjaya mendapat tempat PERTAMA dalam kelas...dengan Nur Husna dapat kelulusan 100%....rezeki mereka....kami tak sempat nak buat ulangkaji dengan mereka kerana dugaan terhadap Nuruddin .....tetapi Allah beri hikmah dengan perkara yang tidak disangka2......


Segala kejayaan kita kembalikan kesyukuran kepadaNya.....


25 May 2010

Oh anakku.....luahan hati kami....

Video klip ini ditujukan khas untukmu, Nuruddin Al-Zinki.....kami pasrah kepadaMu ya Tuhan...andai ini yang terbaik untuknya...kami terima dengan redha...berilah kami kekuatan untuk menghadapi.....dugaan ini...sedang kami sudah tak berdaya menanganinya.....kami pohon padaMu.....Ya Allah...Yang Maha Pengasih dan Penyayang....kami terima Qada'dan QadarMu.....ampunilah kami jika inilah kafarah dosa2 kami.....kerana kejahilan kami...janganlah Kau uji dengan ujian seberat ini.....sesungguhnya padaMu jua tempat pergantungan yang hakiki.....


21 May 2010

Hari ke 15.....ujian ke atas air tulang sum sum


 Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(AlBaqarah : 155)

Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.
(Al-Baqarah : 186)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).  
(Az-Zumar : 49)





            Alhamdulillah sejak dua hari ini, Nuruddin Al-Zinki semakin cuba menyesuaikan keadaan dan kemampuan untuk bernafas dengan menggunakan organ paru-parunya sendiri. Namun begitu sejak ditanggalkan alat bantuan pernafasan (ventilator) pada maghrib hari rabu yang lepas....kekadang Nuruddin bernafas laju(seolah2 semput atau kekurangan oksigen).....dia juga kerap menangis dan ini membuatkan kami sebak kerana tak sanggup melihat kesakitan yang dialaminya.
           Petang semalam nurse call isteri saya (kami on the way ke hospital-lewat petang selepas aktiviti di sekolah), meminta kami hadir ke sana untuk menandatangani surat kebenaran untuk mengambil sedikit sampel air tulang belakang(sum-sum).......sampel ini bertujuan untuk mengesan jenis kuman yang menyerang paru2 anak kami ini. Walaupun masih ada sedikit risiko terhadap pengambilan air tulang sum sum ini.....namun kami tiada pilihan lain.....
            InsyaAllah pagi ini (hari Jumaat....) proses atau pembedahan kecil ini akan berlangsung kerana doktor telah yakin Nuruddin sudah semakin stabil....dan mudah2an....semuanya berjalan lancar.....namun kami tidak lupa untuk sentiasa berdoa dan memohon agar Allah swt memudahkan dan menyembuhkan anak kami secepat yang mungkin.....

18 May 2010

Hari ke-12.....satu percubaan.....mampukah dia bertahan....

             Salam ukhuwah buat semua yang tidak jemu-jemu malayari blog ini untuk mengetahui perkembangan Nuruddin Al-Zinki....mudah-mudahan kawan2 semua tidak jemu-jemu berdoa untuknya.....

           Kami sampai di hospital jam 3.45petang, agak lewat daripada biasa kerana hujan turun dengan lebat sejak dari rumah lagi. Seperti biasa isteri saya akan masuk melawat dahulu sementara saya menjaga anak2 yang lain di sekitar kawasan lobi hospital. 
       
    
          Hujan memang selalu kita sama ertikan dengan rahmat daripada Tuhan....dan mungkin kerana itu jugalah, ketika ini doktor mengarahkan nurse untuk buat kaedah cuba jaya lagi ke atas anak kami. Isteri saya dapat melihat kecekapan dan keterbiasaannya para nurse mengeluarkan juga memberhentikan mesin ventilator untuk digantikan dengan alat oksigen (tak tau namanya-refer gambar).Selepas itu Nuruddin menangis lagi (tak keluar suara pun). Rupa-rupanya pusatnya telah terluka kerana semalam jari-jari halusnya telah mennarik2 tiub yang disambungkan pada pusatnya. Juga leher dan punggungnya kemerah-merahan sedikit melecet. Lantas isteri saya diberikan peluang oleh nurse untuk meltakkan krim dibahagian2 tersebut.





          Kemudian giliran saya masuk melawat pula tiba. Sejak saya masuk sudah kedengaran suara2 halus dan manja teriakannya (mungkin terasa sakit atau kurang selesa dengan tiub2 yang melingkari badannya. Alhamdulillah dalam hati saya panjatkan kesyukuran kerana dapa dengar juga suaranya (risau tak bersuara pula). Namun kini satu lagi situasi harus ditempuhinya sama ada mampu bertahan dan serasikah paru-parunya untuk bernafas tanpa alat bantuan pernafasan (ventilator)...dan saya yakin, berkat kita membacakan ayat2 cinta dari Al=Quran sebagai antara asebab perubahannya....tanpa dinafikan usaha pihak hospital dengan izin Yang Maha Pencipta....





           Nuruddin Al-Zinki....esok kami datang lagi insyaAllah...tapi mungkin lepas maghrib sebab abi mu ini ada aktivit koko sampai petang.....abang2 dan kakakmu sentiasa sabar menanti kepulanganmu.......

16 May 2010

Antara Hari Guru dan Nuruddin Al-Zinki....

Salam buat teman seperguruan....

Sangat mulia kerja kita....tapi kita sering dikata berkira...
Sibuknya kita....tapi sering dikata tak ada keje..
Penatnya kita mendidik bangsa....tapi sering disebut guru kini sangatlah manja...
Tapi kita tetap seorang guru yang setia...
Teruskanlah perjuangan yang mulia ini...
Ikhlaskanlah hati walau apa yang dikata...
Ingatlah bahawa keredhaan Illahi itu yang dicari..yang kekal abadi...

Guru bagaikan NTV7 kerana "Ceria Selalu"
Guru kadangkala seperti TV3 kerana "Menjadi Inspirasi Hidupku"
Guru juga umpama TV9 kerana "Dekat Dihati"
dan yang penting 
Guru juga bagaikan package Astro kerana "Macam-macam Ada"

Untuk para guru, guru tadika, guru sekolah memandu, 
guru besar, guru kecik, guru sandaran, guru ganti,
guru rajin, guru selalu takde kat sekolah, 
guru yang sering isi borang tukar, guru malas masuk kelas, guru mengandung, guru yang tak suka jadi guru, 
guru disiplin, guru tak de disiplin, guru suka keluar makan dan tak lupa guru2 yang tak suka relief.....
kami ucapkan
 
"SELAMAT HARI GURU"

          Emm....hadiah hari guru buat kami?? Ye..bila Nuruddin Al-Zinki lebih banyak sedar dari tidurnya, bila matanya banyak terbuka dari tutupnya, bila jejari manisnya mencabut2 wayar dibadannya..dan bila doktor kata dah ada perubahan walau sedikit bunyinya......sekurang-kurangnya keceriaan wajahnya, harum bau badannya, bersinar kaca matanya, melambangkan sedarnya dia akan kehadiran kami ibu bapanya.....

"Cak!!..sayalah Nuruddin Al-Zinki....hensem tak saya??"


"Jangan lupa doakan saya cepat sembuh ye....nanti kita leh main sama-sama...."

Foto terkini Nuruddin Al-Zinki (15 Mei 2010)


Nuruddin Al-Zinki pada hari pertama di wad NICU




Nuruddin Al_Zinki pada hari ke-9 di wad NICU

(Dia demam...)

14 May 2010

Hari kelapan.....kesabaran terus ditagih

            Petang tadi jam 3.40 petang, kami sampai ke hospital. Kali ini semua anak-anak kami di bawa bersama. Mereka masih belum mengerti bagaimana keadaan adik mereka. Mungkin pada perkiraan mereka, adik mereka hanya sakit biasa....biarlah begitu....satu hari nanti apabila dibaca semula artikel di blog ini....mereka akan mengerti....apa erti ujian hidup....

       Mulanya semasa isteri saya masuk melawat Nuruddin Al-Zinki, dia tidak sempat bertemu dengan doktor yang merawat anak kami. Jadi perkembangan terkini masih belum diketahui. Tidak berkesempatan untuk bertemu doktor.

     Tiba giliran saya melawat pula. Saya mulakan pertemuan hari ini dengan membaca Al-Quran....mudah-mudahan keberkatan ayat-ayat cinta daripada Allah ini menusuk ke hati Nuruddin, lantas menyingkirkan kuman2 yang bersifat lahiriah atau mistik....Saya bertekad untuk terus menerus membacakan ayat-ayat Al-Quran setiap kali kami bertemu. Hari ini secara fizikalnya Nuruddin sudah bergerak2(refleks) bila disentuh. Sesekali menunjukkan reaksi menangis walaupun tidak keluar suaranya(mungkin disekat oleh tiub dalam mulutnya), juga bergerak2 manja kaki dan tangannya sesekali. 

      Kerap juga mesin ventilator berbunyi menandakan gangguan pada alat itu bila mana Nuruddin bergerak2. Namun keindahan itu sementara cuma, apabila seorang doktor masuk ke kamar kecil Nuruddin dan membongkarkan keadaan sebenarnya.

       Doktor memberitahu belum banyak perubahan +ve yang berlaku. Nuruddin juga kembali demam dan ini akan menyebabkan paru-paru kembali lemah. Kuman@virus yang menjangkiti paru-parunya seolah2 begitu kebal dan degil untuk berpisah lantas menyebabkan doktor terpaksa memasukkan 2 jenis antibiotik pada paras yang tinggi. Ini bertujuan untuk mematikan kuman tersebut.

      Manakala pengambilan air tulang belakang(sumsum) pula hanya boleh diambil sekiranya Nuruddin semakin sihat.....tidak bergantung pada alat bantuan pernafasan. Sebenarnya tujuan pengambilan air tulang belakang ini hanyalah untuk mengesan secara tepat jenis kuman@virus yang degil ini......apapun doktor tetap meminta kami supaya sentiasa bersedia dengan kondisi Nuruddin yang masih di paras KRITIKAL dan TENAT...
Hanya padaNya kami terus berserah dan berharap.....dariNya kita datang dan dariNya jua kita kembali.....

     Satu kisah yang menjadi inspirasi saya pada hari ini ialah apabila saya berjumpa dengan ibu kepada bayi yang berada disebelah katil Nuruddin....satu soalan yang sangat2 saya tanyakan padanya..."dah berapa lama baby akak ni kat NICU?"......jawabnya dengan tenang sambil tersenyum ..."dah 5 bulan di sini..."...sedikit terkedu saya mendengar jawapannya....ibu itu tidak menunjukkan rasa letih atau sedihnya bahkan membelai2 anak kecilnya yang masih belum mengerti keadaanya...

      Moralnya......mungkin seminggu ini Allah nak test sedikit kesabaran kami.....atau mungkin belum sampai lagi tahap kesabaran yang diingini olehNya bagi membuktikan keyakinan kami terhadap janji2Nya....Ya Allah...janganlah Kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami tanggungi....hanya padaMu segala rahsia ujian ini.....

Ku nukilkan buatmu....

Doa buatmu sayang


Wahai kasih hatiku,
lahirmu mewarnai hidup kami,
di hari mulia penghulu minggu,
sempurna wajahmu secukup sifatmu,
bersih dan sejernih hatimu,
namun mungkin belum masanya,
untuk kami rasai,
indahnya keberadaanmu,
indahnya saat yang ditunggu.

Sungguh memang Tuhan ingin menilai,
menguji iman setabah mana,
bila mana di ambil nikmat,
barang sekejap,
dipinjam dirimu.
kekadang ku rasa lemah,
kekadang ku rasa kuat,
mampukah ku terima hakikat ini,
tabahkah untuk ku semua ini,
dugaan dan ujian yang sebegini.

Ya Allah,
Ya Tuhanku,
hanya padaMu kuserahkan,
sihat sembuhnya ditanganMu,
hidup matinya telah tercatat di sana,
ku pohon padaMu Ya Tuhanku,
berilah yang terbaik untuknya,
andai itu yang terbaik buatnya,
kami redha ...

Namun cuma,
berilah kami kesempatan,
sedikit peluang,
secebis ruang,
untuk kami kucup, peluk dan cium,
mendakapmu dalam kasih sayang,
cinta yang tulus ikhlas,
daripada kami abi dan ummimu...
Nuruddin Al-Zinki....



13 May 2010

....sudah sampai 5% kah usaha kami....

           
            Hari ini masuk hari keenam, Nuruddin Al-Zinki ditempatkan di wad NICU yang sentiasa dibawah selia jururawat2 dan doktor sepanjang masa....masih lagi memerlukan bantuan alat pernafasn (ventilizer) pada kadar yang maksimum dan ubat (antibiotik) yang sebenarnya sudah 3 kali di cuba jaya.....namun masih belum lagi Dia Yang Maha Esa memakbulkan doa2 kita....mungkin perlunya atau belum cukup lagi pengharapan kami kepadaNya.....kami terus muhasabah diri......

            Tengahari tadi doktor ada menerangkan pada isteri saya kondisi terkini Nuruddin....nampaknya pihak hospital harus menukar strategi bagi mengesan kaedah dan ubat yang terbaik buat si comel ini..antara suggestion nya....ambil AIR TULANG BELAKANG(SUM SUM) untuk dikaji sama ada jangkitan kuman itu merebak ke otak atau tidak...juga melalui kaedah ini doktor dapat mengesan antibiotik yang sesuai untuk Nuruddin Al-Zinki ini,,,


            Masih teringat saya dalam satu slot motivasi program Nadwah KRIM Pusat sekitar tahun 2008....kata-kata peransang yang dituturkan oleh penceramah (sahabat seperjuangan dari PJ) ..... sebenarnya Allah swt bukan tidak mahu atau mampu untuk terus memakbulkan doa2 kita .....tetapi  kitalah yang belum mencapai paling sedikit 5% usaha kita sebelum kita bertawakal dan selebihnya (95%) Allah akan tunjukkan jalan penyelesaiannya.....(lebih kurang begitu ayatnya)....

           Maksudnya segala usaha kami dan tidak terkecuali doa2 pembaca sekalian belum mancapai 5% !!! Jadi bagaimana doa2 ini akan dimakbulkan?? sesuangguhnya kata-kata ini memberi satu nilai muhasabah diri yang paling besar buat diri saya dan isteri....

           Mudah-mudahan Allah swt memudahakan dan menunjukkan jalan yang dapat menuntun kami dan kita semua ke arahNya....

12 May 2010

Ziarah Presiden ISMA.........

    Malam semalam jam 10.00 malam, tidak pernah terlintas di minda ini, kami diziarahi oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik dan isterinya ke teratak kecil kami di Kg Bukit Lanchong ini atas kunjungan peribadinya. Walaupun beliau sibuk (katanya esok ke ISMA Perak pula tentang program Palestin di sana), namun sempat meluangkan masa barang sebentar mendengar cerita sedih daripada mulut kami sendiri. Jazakallahu khairan khatira kami ucapkan kepada beliau berdua. 

    Pada asalnya, memang ramai ikhwah akhawat dan sahabat handai ingin melawat kami, namun kami agak keberatan untuk menerima kunjungan ziarah ini berikutan ketidakstabilan emosi dan perasaan sedikit terutama isteri saya dalam beberapa hari ini. Namun insyaAllah kini kami rasa semakin kuat dan tabah menghadapi ujian ini walaupun masih belum ada perkembangan baik dari wad NICU.

   Nuruddin Al-Zinki masih dalam keadaan yang sama seperti 3 hari lepas....belum menunjukkan perubahan dari segi kondisi jangkitan yang menjangkitinya.......doktor kata nak scan paru2nya petang nanti(semalam) dan mungkin ubat antibiotik yang diberikan selama ini tidak sesuai untuk melawan virus@jangkitan tersebut....

   Apapun, alhamdulillah Nuruddin sudah mula diberikan susu ibunya(diperah dan dibawa dari rumah) sehari 5 kali. Mudah-mudahan kandungan khasiat susu ibunya ini dapat membantu melawan jangkitan yang menempel dalam dirinya.....

   Sekejap lagi dalam jam 11.00 pagi kami akan ke hospital lagi untuk melihat keadaannya ..... kami masih mengharapkan lagi doa2 ikhwah akhawat dan sahabat2 sekalian  yang terus setia membaca blog kami ini......

10 May 2010

Hari keempat....wahai anakku..Nuruddin Al-Zinki....

            Hari ini 10 Mei 2010, kami pergi melawat lagi anak kami di wad NICU jam 10.00 pagi....nampaknya  masih belum ada lagi perubahan positif. Anak kami masih memerlukan bantuan ubat dan mesin alat bantuan pernafasan pada tahap yang maksimum. Kami juga sempat berjumpa dengan salah seorang doktor yang ditugaskan mengawasi tahap perkembangannya (akhawat ISMA DHL).Peratusnya masih 50-50.....apappun kami masih yakin anak kami akan sembuh...berkat doa semua juga...

          Sebelum kami ke hospital, kami ke Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya untuk mendaftar kelahiran anak kami ini...dan kami sepakat memilih nama salah seorang pejuang, panglima dan pemimpin besar Islam pada tahun 569H/1173M  semasa penakhlukkan Baitul Maqdis bersama Salahuddin Al-Ayubi     ....  anak ini kami namakan     ..... NURUDDIN AL-ZINKI........

           Harapan kami juga agar anak kami ini sekental dan setabah namanya......semoga Allah swt memakbulkan doa kami dan sahabat2 semua.....


...SIAPA DIA NURUDDIN AL-ZINKI...

Ibnu al-Katsir menyatakan :
“Seluruh yang saya baca tentang raja, baik pada masa penggal pra Islam dan pada masa Islam hingga sekarang, saya tidak pernah melihat seorang raja yang lebih adil dan baik kepada rakyat bawahannya setelah Khulafa’ Arrasyidin dan Umar bin Abdul Aziz yang punya sejarah baik dari Nuruddin, raja yang adil.”

Pernahkah kita mendengar kisah seorang sultan yang bernama Nuruddin Mahmud al-Zinki? Ada pendapat yang mengatakan bukan 4 orang khalifah dalam Khulafa’ Arrasyidin, tetapi terdapat 6 orang khalifah termasuk Umar bin Abdul Aziz dan juga Nuruddin al-Zinki.

Nuruddin Mahmud Zinki lahir setelah 20 tahun kejatuhan Baitul Maqdis ke tangan Salib pada 17 Syawal 1511 bersamaan Februari 1118 Masihi. Beliau merupakan pengikut Mazhab Hanafi yang mempunyai ilmu yang luas sehinggakan beliau diberi izin untuk meriwayatkan hadis-hadis. Keperibadian Nuruddin memaparkan beliau sebagai seorang pemimpin ummah berwibawa. Dalam majlisnya, tidak dibicarakan hal-hal kecuali hal ilmu, agama dan jihad.

Nuruddin telah berjaya menggulingkan kerajaan Syiah Fatimiyyah di Kaherah. Maksud Kaherah adalah mengatasi ataupun bermaksud sebenarnya adalah ingin mengatasi kerajaan Sunnah di Baghdad. Pada waktu tersebut kerajaan di Baghdad begitu lemah. Nuruddin memulakan karier sebagai seorang askar biasa dan kemudianya pangkat satu per satu sehingga menjadi jeneral daripada berkat usahanya. Setelah itu beliau menggunakan kelebihan tersebut untuk menggulingkan kerajaan di Kaherah. Terdapat pelbagai sumbangan yang dilakukan oleh beliau semasa pemerintahannya antaranya menubuhkan universiti tertua di dunia iaitu university al-Azhar.

Beliau mempraktikkan dalam hidupnya dengan adab yang sentiasa menghormati ulama’ dan menghargai mereka. Apabila beliau didatangi oleh seorang fakih dan soleh, beliau berdiri terlebih dahulu dan mempersilakan orang tersebut duduk. Beliau memperlihatkan penghormatan dan penghargaan kepadanya. Maka, tidak mustahil generasi selepasnya dapat mencontohinya sehinggakan lahirnya seorang pejuang agama Salahuddin al-Ayyubi.

Kemuncak era kepimpinan Nuruddin Mahmud Zinki adalah pada 1173 Masihi bersamaan 569 Hijrah. Nuruddin bersiap sedia untuk melancarkan serangan terakhir ke Baitul Maqdis dan membebaskan tanah tempat israknya Rasulullah SAW dari cengkaman hegemoni Salib. Maka untuk itu, beliau telah menyiapkan satu mimbar baru yang cantik sekali yang diperuntukkan penggunaanya di Masjidil Aqsa kelak setelah umat Islam berjaya menakluki al-Aqsa. Beliau mengutus surat kepada orang bawahannya di Mesir, Salahuddin al-Ayyubi namun kematian terlalu cepat menjemputnya.

Sultan Nuruddin Zinki telah pulang ke rahmatullah pada 15 Mei 1174 bersamaan 11 Syawal 570 H. Usaha murni beliau diteruskan oleh pewaris selepasnya dan terbukti usaha beliau bersama beberapa individu lain berhasil apabila Baitul Maqdis dapat dibebaskan daripada cengkaman Salib yang zalim selepas 13 tahun daripada tarikh kematiannya.

09 May 2010

Hari kedua.......

                Alhamdulillah semalam 8 mei 2010, isteri saya telah dibenarkan discharge, namun begitu anak kami masih ditahan di wad NICU....sebelum kami pulang, kami singgah melihat keadaan anak kami di wad berkenaan. Kebetulan pula doktor pakar yang memantau dan mangawasi kesihatan anak  kami ada di situ dan menerangkan kondisi dan status anak kami itu. Doktor dan nusrse di sini amat prihatin dan mahir dengan tugas mereka terutamanya doktor pakar yang merawat kami....

              Doktor pakar menyatakan bahawa anak kami ini MASIH BELUM menunjukkan sebarang perubahan perkembangan yang baik atau dengan kata lain amsih kritikal @ serius @ lebih tepat lagi TENAT...... perasaan kami waktu itu hanya Allah swt sahaja yang tahu. Namun kami yakin semua ini hanyalah satu dugaan kecil dari Yang Maha Esa kepada kami dalam menguji sejauh mana kekuatan pergantungan kami padaNya....atau mungkin sebagai kafarah dosa-dosa kami ini selama mana kami menjadi pendidik@guru di SRI Hira Shah Alam, SK Taman Bukit Teratai, SK Damansara Damai 1, SK Seksyen 27(2) dan SK Jalan Kebun.....atau dalam gerak kerja dakwah kami di KRIM, PEMBINA dan ISMA......

                 Terima kasih dan jazakallahu khairan kathira kepada semua sahabat, kawan-kawan dan saudara mara seIslam mahupun bukan Islam kerana MENDOAKAN dan MELAWAT kami sekeluarga dan moga-moga doa kawan-kawan(antum) semua DIMAKBULKAN olehNya.....


                 InsyaAllah berita-berita terkini akan diupdatekan setiap hari, walaupun gambar tidak ada pada hari kedua ini (kawalan ketat oleh nurse dan doktor di wad ni)......Gambar di atas ini adalah gambar anak-anak kami yang sabar menanti kepulangan adiknya....ke rumah kami di Shah Alam.......

  ......HANYA ALLAH TEMPAT PERGANTUNGAN YANG HAKIKI......

08 May 2010

Kelahiranmu yang menguji keimanan kami....

        Alhamdulillah, isteri saya, Hafizah bt Ismail (AJK KRIM Shah Alam, ex-Ketua Beliawanis PEMBINA dan Guru SK Jalan Kebun) selamat melahirkan anak kami yang ke 4, seorang bayi lelaki dengan berat 3.05kg pada jam 5.06 pagi, 07.05.2010 di Hospital Serdang, Selangor.
      
         Namun begitu Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ingin menguji iman dan keyakinan kami kepadaNya dengan memberikan sedikit ujian kepada kami. Bayi kami telah ditahan di wad NICU, bagi tujuan pemeriksaan lanjut kerana terdapat beberapa komplikasi yang serius.
 

         Semasa bayi kami dilahirkan,dia tidak menangis dan bergerak dengan aktif atau istilah doktor, 'flat' seperti lemah tak bermaya. Saya dan isteri juga tidak sempat mendakap, mengucup dan mendodoikan bayi kami....sebab di wad NICU, doktor dan nurse amat berhati-hati dengan situasi bayi kami kerana kedua-dua belah paru-parunya penuh dengan lendiran kahak sehingga memaksa pemakaian alat bantuan pernafasan pada aras tinggi. Juga tekanan darah dan jantung yang tidak stabil. Doktor hanya mampu meletakkan masa selama 48 jam untuk lihat perkembangannya kerana keadaan sangat serius.

         Lihatlah gambar di atas yang sempat saya ambil di wad  NICU di mana banyaknya wayar2 dan tiub2 di serata badannya. Semoga Allah swt memberikan kekuatan pada bayi kami untuk terus berjuang hingga ke penghujungnya dan dokan kami agar tabah dan redha dengan ujian ini.Amin.......