29 June 2010

Nantikan kemunculan Novel sulung.....Diari Cinta Daie......

InsyaAllah tidak lama lagi lahirnya produk pertama saya berbentuk novel islamik.....khusus buat bacaan para daie muda yang cintakan manhaj Islam dan umumnya kepada semua para remaja dan belia .... doakan dipermudahkan ..... nantikanlah kelahirannya.... Diari Cinta Daie....

23 June 2010

Hari ke 48 .... seminggu merasa dunia sebenar

 
                 Alhamdulillah, hari ini usianya dah 48 hari dan sudah seminggu keluar daripada hospital. Nuruddin Al-Zinki terus berusaha menyesuaikan diri dengan suasana di rumah....tidak boleh terlalu sejuk, panas pun tak boleh, udara pun kena pastikan bersih daripada habuk dan debu supaya tidak mudah dijangkiti kuman. Alhamdulillah juga abang2 dan kakaknya setakat ini sihat dan tidak mengalami demam, selselma dan batuk yang menjadi faktor utama jangkitan kuman berlaku terhadapnya....





               Manakala umminya terpaksa ambil cuti separuh @ tanpa gaji untuk menjaganya ... jadi surirumah sepenuh masa ler....jadi kawan2 umminya di SK Jalan Kebun mungkin hanya dapat bertemu semula hujung tahun atau tahun depan je... Apapun kami terus berdoa semoga kesihatan Nuruddin terus positif memandangkan dia terpaksa mengambil lebih kurang 10 jenis ubat 4 kali sehari.....

18 June 2010

Kepulangan yang dinanti....

              Setelah 41 hari berada dan membesar di hospital, akhirnya pada tanggal 16 Jun 2010, Rabu lepas....dia dibenarkan pulang. Namun begitu Dr menasihatkan supaya diKUARANTIN Nuruddin atau dengan bahasa lain DISIMPAN dan ELAKKAN ke tempat umum bagi mengelak jangkitan kuman pada paru-parunya. Oleh yang demikian kami terpaksa menghadkan dan tidak membenarkan Nuruddin Al-Zinki untuk diziarahi buat masa ini. Harap ikhwah akhawatm sahabat handai dan kawan-kawan faham.....Tidak lupa kami ucapkan jazakallahu khairan kathira di atas doa2 yang dipanjatkan untuknya dan kata2 motivasi untuk kami terus kuat dan berjuang.....terima ksaih sekali lagi.....kami akan terus memaparkan cerita2 dan gambar2 terkini Nuruddin Al-Zinki dari masa ke semasa...



Siri Tarbiyah 1 - Mengenali sihir !!

             

           InsyaAllah, mulai hari ini saya akan terus menulis dan menukilkan pendapat2 dan tazkirah2 ringkas dalam slot khas bertajuk Siri Tarbiyah......khas untuk peringatan diri, keluarga dan rakan2 yang melayari laman sesawang ini. Mudah-mudahan Allah swt memudahkan dan memberikan sedikit ruang masa dan peluang untuk saya menulis dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan yang membcanya.

          Kenapa tajuk Siri Tarbiyah yang pertama ini, Mengenali Sihir !! ? Bukankah banyak lagi tajuk2 mengenai masalah sosial remaja dan belia, masalah ibadah, kewangan dan keluarga boleh ditulis? Ya, tetapi signifikannya saya mengambil tajuk ini adalah kerana ingin berkongsi dengan rakan2 semua selepas saya membaca artikel dalam sebuah majalah Islamik yang berada di pasaran. Ataukah saya ingin menceritakan pengalaman saya sendiri mengenai sihir? 

           Apa kata para ilmuwan dan tabiin mengenai sihir ini.....
(Dipetik daripada pembentangan kertas kerja bertajuk, "Sihir:Kesannya kepada akidah dan bagaimana mengatasinya", oleh Dr haron Din, pengamal perubatan Islam.) 
Ibnu Khaldun :
"Ilmu sihir adalah ilmu untuk menghasilkan kesan negatif ke atas mangsa dengan menggunakan anasir jahat dari kekuatan kuasa ghaib (makhluk halus) atau sebagainya, bagi satu tujuan jahat dan tersembunyi"

Muhammad Isa Al-Maghribi:
"Mengenakan kemudharatan ke atas mangsa menerusi amalan tertentu secara berasosiasi dengan kekuatan jahat makhluk halus"

Dr Abdullah Mohd At-Toyyar:
"Azimat-azimat dan jampi mantera sihir yag dilakukan oleh pengamalnyayang memberi kesan negatif pada hati (emosi) seseorang atau menyakitinya atau membunuhnya"


Ibnu Qudaamah Al-Maqdisi:
"Sihir itu adalah jampi mantera, simpulan-simpulan benang sihir atau amalan-amalan tertentu dilakukan secara sihir untuk memudaratkan emosi mangsa (qalbuhu) atau akalnya (aqluhu) atau apa sahaja kemudaratan (sakit ganjil) sehingga kadang-kadang boleh membunuhnya"


                    Secara umumnya, sihir ini dilakukan oleh seseorang yang berniat jahat dan hasad dengki terhadap kelebihan seseorang lain dan tanpa berfikir secara rasional akan kesan jangka panjang terhadap mangsanya. Lebih sadis lagi bilamana penyihir itu tidak takut atau sedar lagi betapa BESARNYA DOSA mereka kerana MENSYIRIKKAN ALLAH SWT..... apakah mereka tidak sedar akan SEKSA dan AZAB yang bakal diterima kelak di AKHIRAT?? Sesungguhnya mereka ini sedang TERTIPU oleh tipu daya SYAITAN.

              Memang pada dasarnya, penyihir rasa PUAS dan GEMBIRA kerana hajatnya untuk menyakiti mangsanya tercapai. Tetapi sedarkah mereka bahawa mereka sedang berurusan dengan selain PenciptaNya iaitu  Iblis, Syaitan dan Jin? Sedangkan kita mengetahui bahawa Iblis memang berperanan untuk menyesatkan diri manusia supaya tidak menyembah Allah dan sama-sama ke api neraka. Tidak kira siapa pun kita, hatta seorang yang alim, ustaz, pemimpin, pembesar, guru, jurutera, petani, peniaga dan penganggur sekalipun tidak terlepas dari godaan syaitan untuk menyihir orang lain....jadi nasihat saya berhati-hati dengan sesiapa pun kerana kita tidak ada keupayaan untuk membaca apa isi hatinya dan apa hasrat dan hajatnya kepada kita. Kerana pengalaman mengajar kita untuk terus hidup dalam REDHANYA sahaja.....


""Andai kita berbuat sesuatu kerana takutkan kemarahan manusia, kepada manusialah kita dikembalikan, tetapi jika kita melakukan sesuatu kerana takutkan Allah, maka kepada Allahlah tempat kita dikembalikan."

16 June 2010

Hari ke 41...hari yang mendebarkan....

Hari ini jam 10 pagi...Dr Pakar akan beri kata putus sama ada Nuruddin Al-Zinki boleh pulang ke rumah atau tidak....jap lagi saya kena pi awal ke hospital...doakan berita gembira.....



Penantian..suatu pengorbanan....

15 June 2010

Hari ke-39........menanti hari2 bahagia

             Semalam, hari ke-39 (14 Jun 2010)........Nuruddin Al-Zinki telah dibenarkan oleh Dr Pakar atas izinNya untuk bernafas tanpa bantuan oksigen.........alhamdulillah, setakat ni pernafasan agak stabil, tetapi Dr akan terus memantau dari masa ke semasa....Dr juga beri masa 2 ke 3 hari untuk lihat perkembangannya...jika diizinkanNya...maka tak lama lagilah Nuruddin akan menempuh dunia sebenar di luar sana...namun kami juga harus bersedia, andainya dia tidak mampu atau pernafasannya laju semula, Dr akan pasang semula alat oksigen padanya.. 



            Namun Nuruddin masih belum  boleh diusung katilnya ke tempat lain....sebab masih ada wayar pada kakinya....untuk mengesan kadar nadinya...jika tak, boleh saja dia bertemu dengan saudara2 kandungnya walaupun dipisahkan cermin pintu....mudah-mudahan Allah menambahkan rasa kesabaran yang tinggi kepada kami dan sahabat2 sekalian yang tidak jemu2 mengikuti perkembangan dan mendoakannya.....

12 June 2010

hari ke 37.....hari-hari yang mendebarkan.....

 Sabar menanti....

Hari yang ke 37 ini....dah genap seminggu ummi Nuruddin Al-Zinki tinggal bersama di wad NICU....bermakna dah seminggu kami empat beranak tinggal berasingan....dan berpindah-randah....

 Tidur sat ye.....

Kata doktor semalam....kena tengok lagi sehari dua....jika Nuruddin semakin stabil bernafas....ada harapan untuk tanggalkan alat oksigennya itu...lepas tu baru lihat kemampuan untuk bernafas dengan sendiri.....walaupun pada umumnya....jika dilihat secara mata kasar....memang nampak Nuruddin seperti bayi2 yang lain....aktif, menangis, tersenyum....namun kadar pernafasannya membezakan segalanya....
Lihat persamaan kedua-dua foto ini...
Amacam....sama tak??
Jadi sekarang..usaha dah dibuat...tinggal bertawakal dan berserah padaNya.....segala perancangan dan ketentuanNya telah tercatit ....tunggu pelaksanaannya sahaja.....

10 June 2010

Hari ke 35 .....

            Rutin harian......dari Shah Alam ke PJ hantar anak2.....lepas tu ke hospital tengahari...hantar keperluan....malam datang lagi bersama anak2.....then balik Shah Alam semula........setakat ini.....cuti sekolah taklah rasa penat sangat....tapi lagi seminggu je lagi cuti sekolah nak habis....jadi anak2 kena hantar ke tadika dan taska......jadi rutin yang baru pula.....moga2 anak2 tabah dan kuat untuk menghadapi pola kehidupan baru ini......paling penting mereka sentiasa sihat.....

 Amacam...ada berani....nak lawan??
                                                                              
    Nuruddin Al-Zinki pula....masih begitu.....masih memerlukan bantuan saluran oksigen...tu kata doktor pakar.....tengok seminggu dua lagi!! kata doktor pakar lagi.....sebenarnya saya kasihan melihat anak2....along, angah dan achik ke hulur ke hilir diusung.....sekejap ke PJ, sekejap ke Serdang, sekejap ke Shah Alam....hidup dalam kereta dan jem....

 Meh kita lawan....lawan mata sapa yang paling besar....
  
    Alhamdulillah....anak2 memahami keadaan ini....Nuruddin tetap aktif seperti bayi lain yang berusia 35 hari...cuma sentiasa terikat dengan salur getah oksigen dihidungnya....berat badan pun turun sedikit....dari 3.05kg ke 2.7kg dan hari ini nak semula 2.9kg....

                Yang ni..bodyguard...Nuruddin Al-Zinki...

           

09 June 2010

Hari ke 33 ...gambar-gambar...(7 dan 8 jun 2010)

 7 jun 2010 .....

8 jun 2010...

dah pakai baju wad nicu...

nak merajuklah....

ummi....adik haus....

06 June 2010

Hari ke-31 ....semakin erat dalam dakapan....

            Emm....bestnya diangkat macam ni....
 
           Hari ni masuk hari kedua ummi (isteri saya)....dok kat hospital....kami anak-beranak yang berempat ni tinggallah kat teratak kecil kami di Shah Alam...aktiviti harian selepas ini semakin memenatkan ....sian anak2....pagi2 kemas rumah...pastu dalam kul 11.00 pagi pi PJ pula....mereka dok ngan atuk dan ibu wan mereka..sementara saya pi ke hospital.....menghantar keperluan dan melawat Nuruddin.....petangnya balik semula ke PJ.....lepas Maghrib...kami anak-beranak ke hospital semula (di Serdang).....bagi melepaskan rindu anak2 dengan umminya...terutama Nuqman yang masih menyusu badan....tapi kami tetap tabah menghadapi ujian ini...untuk menguji kesabaran dan keyakinan kami padanya....mudah2an kami semua sentiasa dalam lindunganNya....
 
Mengenai Nuruddin Al-Zinki .... semakin seronok dia dalam pelukan umminya ......... suka dibedung badannya ............. dipeluk dan diriba ................. namun yang kesiannya ........... dia tidak boleh menyusu badan jika keadaan pernafasannya laju (bila lihat pada monitor kadar nadinya).....jadi susunya terpaksa di top up dengan susu yang diperah dan formula ..... doktor pun belum mampu menganggarkan bila boleh keluar hospital ...........mungkin 2 minggu...atau sebulan...atau 2 bulan atau...................
  Senyum dalam tangisan.....kasih sayang

05 June 2010

hari ke 30....dah sebulan dah....

             Hari ini...genap sebulan Nuruddin Al-Zinki berada di dunia hospital.....belum pernah lagi dia berjaya keluar daripada suasana ubat2an ini.......kalau mungkin dia berkata2...mahu saja dia berkata, "Bila boleh saya keluar dari sini? macamana rupanya dunia di luar itu?".....hanya Dia yang tahu kerana semua ini perancanganNya....kita hanya mampu berusaha....

Hari ke-30.....cedapnya tidur....ummi dan abi ada kat sini....

  Seperti semalam....Nuruddin menyusu badan sekejap..pasti tu tidur.....dan lebih suka diriba oleh umminya berbanding baring dalam katil....mungkin dah kenal ummi abinya....(diceritakan semula oleh umminya)....bila time saya masuk melawat.....dia asyik tidur jer....walaupun dikelilingi kawan2 baru yang suka menjerit....

          Sekarang ni...kami tengah tunggu peluang dan tempat untuk isteri saya tinggal di wad berkenaan kerana katil dan termasuk sofa2 penuh dengan ibu2 bayi di sini....jadi terpaksalah isteri saya dok kat sini start tengahari hingga lewat malam baru balik (kebetulan dah start cuti sekolah)....


Hari ke-29 ....tidur lagi...
 
           Masalah kini adalah kadar pernafasan yang kadang2 laju....masih belum selesai....still pakai nab, ambil antibiotik....dan menyusu badan tak boleh lama2...nanti Nuruddin akan tercungap2......mudah2an kesempatan cuti sekolah ini dapat kami gunakan untuk lebih kerap berada bersamanya di hospital.....

      

04 June 2010

Hari ke 28 (3 jun 2010) ......dipindahkan .....

Lagi 2 hari genap Nuruddin sebulan di sini....alhamdulillah...hari ini dia dipindahkan ke bahagian / ruang lain dalam wad ini..... kiranya kurang skit kritikal berbanding dok dalam bilik berdua sebelum ini...... jika dikira2 bilangan kawan2 baru ada dalam 13 orang bayi ...... dan kalau tak silap hanya Nuruddin kat area ini yang masih menggunakan bantuan gas oksigen.....


            Hari ini juga buat pertama kalinya ....jam 8.00 malam tadi (3 jun 2010) Nuruddin dapat menyusu terus daripada umminya....cepat aje dia dah pandai menyusu badan.....tapi kemudian....ditambah lagi dengan susu yang diperah dan susu formula...bagi mencukupkan 60ml susu sekali bagi.....tapi kat sini rasanya Nuruddin akan lebih perlu survival kerana nisbah nurse dan bayi adalah besar...jadi akan kurang dipedulikan berbanding dalam bilik sebelum ini (ni kira wad 2nd class)......

            Apappun syukur alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepadaNya yang sudi meminjamkan Nuruddin kepada kami untuk kami belai peluk manja buat ketika ini....mudah2an dapat kami terus membesarkannya dengan baik dan penuh tarbiyah!!.....

02 June 2010

Kenyataan Ikhwan Muslimin berhubung serangan Zionis ke atas Konvoi Kebebasan (PART 2)

Kenyataan ke-2 Ikhwan Muslimin berhubung serangan Zionis ke atas Konvoi Kebebasan
( BAHAN DIAMBIL DARIPADA BLOG ISMAWEB.NET)

Ikhwan Muslimin meminta setiap rakyat Arab agar berterusan dalam menunjukkan kemarahan dan kecaman mereka terhadap serangan Zionis yang kejam ini ke atas rombongan kebebasan, dan juga mengecam kebisuan dunia terhadap kekejaman yang dahsyat ini sehingga hancurnya pengepungan zalim terhadap rakyat Gaza, serta mengecam segala tindakan dan percubaan untuk menghancurkan rakyat Palestin.

Kami meminta Liga Arab agar menarik balik persetujuan mereka sebelum ini dalam menjalankan hubungan dua hala bersama musuh Zionis sepertimana kami juga meminta agar mereka menghentikan segala inisiatif negara Arab yang tidak akan diterima dan dihormati oleh musuh Zionis.

Mesir pada hari ini diminta untuk menyatakan mereka tidak bersalah daripada jenayah pengepungan zalim ini, iaitu dengan membuka secara sepenuhnya dan berterusan serta dengan kadar yang segera terhadap sempadan Rafah bagi laluan manusia, atau barang-barang bekalan, serta membenarkan laluan semua rombongan bantuan kemanusiaan untuk memakmurkan Jalur Gaza dengan segala usaha-usaha kemasyarakatan.

Ikhwan Muslimin mengucapkan takziah kepada semua keluarga para syuhada’ yang tidak bersalah, dari setiap bangsa dan agama, dan memohon agar Allah memberikan kesembuhan yang segera kepada semua mangsa-mangsa yang tercedera. Ikhwan meminta setiap masyarakat dunia untuk mencampur tangan dalam meminta pembebasan segala yang tertangkap daripada wakil-wakil setiap negara dunia, dan Arab, dan Mesir di dalam tangan musuh Zionis, dengan kadar yang segera, tanpa sebarang keterlambatan, dan menyatakan dengan lengkap semua nama-nama yang terkorban dan para syuhada’ untuk menenangkan ahli keluarga mereka serta orang terdekat. Kami juga menyeru agar semua penjenayah perang diheret ke muka pengadilan di mahkamah jenayah antarabangsa, di atas jenayah yang kejam ini.

Ikhwan juga meminta agar seluruh masyarakat dunia untuk memaksa musuh Zionis untuk membenarkan konvoi ini berlalu dengan aman agar dapat sampai ke Jalur Gaza dan membebaskan mereka daripada “lanun-lanun” Zionis.

Kaherah,
17 Jamadil Awal 1431H bersamaan 31 Mei 2010,
12.30 tengahari

Hari ke-27 ..... kena bedung....


.....zzzzz....(masa abi datang melawat)


Emm....cedapnya tidur....sebab tadi dah main2 ngan ummi



                Hari ini....seperti dalam gambar....kami sampai lewat (isyak) ke hospital....sebab saya sekolah sampai lewat petang.....Nuqman dan Nur Husna masih demam + sakit mulut (doktor kata tanda2 sakit mulut, kuku dan tangan) ....sian Nuqman asyik mengadu sakit tak leh makan......begitu juga dengan Husna.....berbalik kepada Nuruddin...masa umminya melawat tadi, dia terjaga dan asyik bermain dengan umminya.....
          
                Tetapi, bila abinya (saya) masuk pula, dia tidur nyenyak...adalah terjaga sekejap2.....sempatlah baca tiga muka ayat2 al-Quran.....ada juga dia meronta2 nak lepaskan diri daripada ikatan bedung tu....tapi bila diusap2 dahinya ..... dibaca dengan ayat2 daripada mathsurat....akhirnya lena semula......kata nurse (pesan doktor)..kemungkinan esok doktor suruh Nuruddin terus menyusu badan....ikut keadaan pernafasannya esok.....

Kenyataan Ikhwan Muslimin berhubung serangan Zionis ke atas Konvoi Kebebasan(Part 1)

(BAHAN DIAMBIL DARIPADA BLOG ISMAWEB.NET)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.



Zionis telah melancarkan serangan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan pada Subuh hari Isnin baru-baru ini (31 Mei 2010) ke atas Konvoi Kebebasan yang menuju ke Gaza. Konvoi tersebut adalah untuk membantu rakyat Palestin dan memecahkan kepungan yang telah dikenakan ke atas mereka sejak beberapa tahun yang lalu. Serangan berbentuk ketenteraan yang telah diketuai oleh Komando Tentera Laut Zionis itu sendiri, telah mengakibatkan kematian beberapa orang syuhada’ dan kecederaan beberapa orang aktivis konvoi tersebut.



Ikhwan Muslimin mengecam dengan sepenuhnya serangan dan jenayah Zionis ini ke atas konvoi ini, dan para aktivis di atas kapal itu, serta menegaskan pendirian yang tetap dalam memerangi pihak Zionis dan kekejaman mereka yang berterusan, serta jenayah mereka yang berpanjangan terhadap rakyat Palestin di bumi Palestin, bumi milik orang Arab dan orang Islam.



Dalam suasana yang sangat genting ini, serta berhadapan dengan kekejaman Zionis yang sangat licik yang secara tidak langsungnya telah mengisytiharkan peperangan terhadap para peserta konvoi yang mewakili puluhan negara Islam, Eropah dan Arab, kami menyatakan kepada semua rakyat di seluruh dunia, seluruh warga Arab dan warga Islam, dan kepada seluruh rakyat dunia yang merdeka, untuk mengiklankan kemarahan mereka, dengan sepenuh kekuatan, serta menjalankan segala bentuk penekanan ke atas kerajaan mereka, dan organisasi-organisasi mereka, agar semuanya bertindak dengan segera, untuk menghalang Zionis daripada serangan mereka yang tidak berperikemanusiaan terhadap Konvoi Kebebasan tersebut.



Kami meminta setiap kerajaan Arab dan Islam, secara khususnya di Mesir, untuk melakukan tindakan segera dan bertindak balas terhadap perkara ini, untuk mengelakkan lebih ramai lagi orang yang tidak bersalah menjadi korban, sama ada di atas kapal konvoi tersebut, atau juga rakyat yang berada di bumi Palestin. Wajib bagi mereka untuk membuka sempadan Rafah dengan segera, kerana penutupannya merupakan sebab yang utama kepada apa yang berlaku. Kami menuntut untuk menghalau segera Duta Israel di Kaherah, dan juga di semua ibu negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan dengan Zionis ini, serta memutuskan hubungan dengan mereka secara total. Kami menyeru kepada Liga Arab agar bertindak dan melaksanakan tanggungjawab mereka, dalam menghadapi apa yang berlaku kini, daripada kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin, dan serangan mereka ke atas para aktivis yang ada di atas kapal konvoi tersebut.
Ikhwan Muslimin mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang akan dilakukan oleh Zionis yang berbentuk peperangan yang zalim dan kejam ini. Di manakah segala hukuman peringkat antarabangsa? Dan di manakah peraturan dalam bab ketujuh dalam perjanjian PBB? Dan bilakah pula ia akan digunapakai sekiranya ia tidak ditegaskan pada waktu ini?

Kami juga meminta Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan Persatuan Sekerja, serta Badan-badan Perlindungan Sedunia (WHO), dan juga Institusi-institusi Masyarakat Madani serta Persatuan Hak Asasi Manusia dan setiap manusia yang merdeka di seluruh alam, agar dapat bertindak balas dengan segera terhadap kekejaman Zionis ini, di mana saja mereka berada. Kami juga menyeru mereka agar terus bergerak dan menentang secara konsisten agar dapat menyekat kekejaman mereka yang berterusan ini.



“Dan Allahlah yang menguasai segala urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” – Surah Yusuf

Kaherah,
17 Jamadil Awal 1431H bersamaan 31 Mei 2010

01 June 2010

Hari ke 26 ..... berat mata memandang , berat lagi .......

                Hari ini Nuruddin Al-Zinki kembali demam...satu perkara yang dibimbangi oleh doktor......dan dia juga bernafas laju semua...kalau sebelum ini setiap 6 jam dia akan diberikan gas oksigen@nab@cairkan kahak.....tapi hari ini kembali kepada 4 jam sekali....satu perkembangan yang negatif semula....
Ya Allah....ya Tuhanku....
sembuhkanlah daku.....ampuni dosa2ku dan kedua ibu bapaku...

Hanya padaMu kuserahkan diri ini....

              Hari ini juga, Nuruddin banyak kali menangis minta diampu badannya...barulah diam@selesa semula....hinggakan setiap kali letak dia semula.....dia kembali nangis.....begitu halnya berlaku semasa turn saya masuk melawat.....angkat senyap, letak nangis semula.....akhirnya bila nurse masuk ke bilik ini untuk beri ubat.....saya ambil peluang untuk keluar...sekurang-kurangnya ada nurse yang boleh tengok2kan Nuruddin.....walaupun sebenarnya nurse itu juga x mampu nak bagi sepenuh perhatian padanya...kami serahkan padaNya untuk menjaga Nuruddin.....