14 August 2010

Akhirnya tiba masa Al-Zinki

Segalanya kita mampu merancang, namun Dia yg menentukan. Kami cuba sedaya upaya mengelakkan Nuruddin Al-Zinki daripada demam dan batuk.....namun perancangannya tidak dapat dihalang. Akhirnya Nuruddin dah 3 hari demam...kebetulan juga dia mengambil suntikan untuk bulan ke3....di klinik....



Hari ni dah 3 hari demamnya sekejap surut, sekejap panas...namun masih dalam keadaan terkawal, cuma susah sikit nak tidur malam...hingga jam kini dah mula kedengaran batuk2 kecil....sejak dia pulang dari hospital baru hari ini dengan bunyi batuk2 yang agak keras....mudah2an dia cepat sembuh...doakan Nuruddin Al-Zinki cepat sihat..sian tengok matanya berair jer....




09 August 2010

Musim demam....

Salam ukhuwah buat semua...lama tak update blog ni..lebih 2 minggu badan tak sihat, mood nak menaip pun sama.....anak2 semua demam, lepas seorang, seorang....mula daripada saya (abi), lepas tu along(nu'aim), menjangkit pula pada abg cik (nuqman), sambung lagi kak ngah (nur husna)....dan terkini umminya pula demam... alhamdulillah Nuruddin Al-Zinki masih diberikan kesihatan yang baik....

Namun kami menganggap semua ini sebagai ujian dan penghapus dosa2 yang kami lakukan dalam sedar atau tidak...mungkin dalam masa kami bekerja mencari rezeki yang halal, ada termasuk perkara2 yang syubhah atau tidak amanah dalam masa...mungkin juga dalam kerja dakwah kami yang kadang2 menggugat ketabahan iman dan kesabaran dalam menangani masalah sesama penggerak.....atau Allah sengaja menguji kami supaya sentiasa kembali muhasabah dan mengingatinya dalam setiap saat dan ketika.....syukur Ya Allah...ujianMu bukti kasih sayangMu....dan kami redha dan sabar menghadapinya......

Begitu juga kepada kawan2 semua...ingatlah Allah di mana jua....setiap amalan dan perbuatan akan dicatat dan dihitung semula....baik kawan2 sepejabat(sekolah) mahupun di jalan dakwah (KRIM dan ISMA)....... hadapilah hari2 mendatang dengan bersangka baik terhadap orang lain.....amin...

**Menanti detik2 bulan Ramadhan.....