28 September 2010

Nuruddin Al-Zinki .... kembali ke wad...

Nuruddin Al-Zinki.....kerap menangis kerana tidak selesa...


Serdang, 27 Sept 2010 - Nuruddin Al-Zinki kembali di tahan di wad kanak-kanak, Hospital Serdang semalam jam 3.00 petang selepas Doktor Pakar tidak berpuashati dengan kondisi pernafasannya yang pada penafsirannya
laju @ seperti orang dewasa yang sesak nafas, yakni kadar pernafasan yang tidak normal.  


Asalnya semalam memang Al-Zinki ada temujanji dengan Doktor Pakar, namun hampir 3 jam tunggu 'turn', semasa berjumpa Doktor, Al-Zinki mula menunjukkan situasi bernafas laju....jadi Doktor memang risau dan terus beri 'nab' untuk mengurangkan sesak nafasnya itu. tapi 'still'bernafas agak laju selepas itu. Kemudian Al-Zinki terus dibawa ke bilik x-ray untuk x-ray dada dan di 'admit' ke wad... 


Sesungguhnya dalam keadaan banyak kerja-kerja dakwah yang perlu dibereskan, ujian yang datang ini kami terima sebagai peringatan dan kafarah di atas dosa-dosa kami terutama selepas Ramadhan. Atau mungkin keputusan kami membawa Al-Zinki kepada masyarakat mulai Syawal yang lepas merupakan satu keputusan yang tidak tepat. Untuk pengetahuan, usia Al-Zinki kini mencecah 4  1/2  bulan.....dan selepas genap 3 bulan baru kami keluarkannya dari situasi kuarantin. 


 Doakan umur saya panjang supaya abi dan ummi saya dapat meneruskan kerja-kerja dakwah dengan lebih baik....



Jadi selepas ini, tempoh kuarantin akan terus diperpanjangkan hingga 2 tahun...supaya kesilapan yang dibuat tidak berulang. Bagi kami, ujian ini sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kami untuk terus berjuang untuk dunia dan akhirat....


Cuma apa yang kami harapkan kepada sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama mendoa kan yang terbaik buat Al-Zinki dan kami redha apa sahaja ketentuanNya kerana Dia sahaja yang mengetahui segalanya....

22 September 2010

Siri Tarbiyah 1- Golongan yang tercicir @ futur (bahagian 2)

Jika kita lihat tentang susunan bab-bab dalam buku ini, pastinya ada kepentingan dan keperluan yang lebih utama yang difikirkan oleh Ustaz Fathi Yakan. Oleh yang demikian ana berpendapat eloklah dan moleklah jika kita ingin mengkaji dan bermuhasabah terhadap gerak kerja dakwah kita harusnya bermula dari yang pertama.....bukannya dua, tiga atau seterusnya. Barulah kita akan nampak kesinambungan dan kaitannya dengan ketiga-tiga faktor utama sebab-sebab keciciran ini.

Mari kita kaji dan selidiki maksud bagi setiap sub-sebab yang diutarakan.


a) Kelemahan dari sudut tarbiyah

Biasanya apabila amal sesuatu harakah itu semakin berkembang, maka kemampuan dan kebolehan untuk mengutamakan bidang kerohanian@tarbiyah mula sedikit goyah. Masing-masing yang berada dalam ketumbukan pimpinan akan disibukkan dengan program dakwah atau peribadi yang membawa kepada kurang pekanya terhadap tarbiyah.

Jadi mahu tidak mahu, anggota harakah samada mereka di barisan pimpinan atau pejuang mestilah mengikuti tarbiyah biar betapa sibuknya atau dalam keadaan apa pun. Malah dalam keadaan dakwah menghadapi suasana yang buruk, tarbiyah lebih perlu diberi perhatian, bukan sebaliknya.....sebabnya keperluan manusia untuk mengingati Allah sangat diperlukan ketika itu.

Hubungan anggota (individu) dengan harakah hendaklah berpaksikan kepada hubungan kerana Allah dan dengan Islam. Harakah hanyalah wasilah (alat) dan bukan ghayah (matlamat). Ianya adalah wasilah untuk melaksanakan perintah Allah dan usaha memperolehi keredhaanNya, bukan wasilah untuk mencapai kepentingan diri.

20 September 2010

Siri Tarbiyah 1 - Golongan yang tercicir @ futur!! (Bahagian 1)

Sumber : Buku...Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah oleh Fathi Yakan....

Tujuan penulisan dan ulasan ini semata-mata untuk memperingatkan diri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar terus istiqamah dan berhati-hati dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Walaupun seringkali kita tertipu dengan diri dengan merasakan bahawa tarbiyah yang dilalui banyak dan lama....kita jangan lupa kerana banyk faktor-faktor lain yang mampu mencicirkan kita atau dengan bahasa lainnya....futur.....semoga Allah swt menetapkan diri dalam kerja-kerja dakwah ini hingga akhir hayat.

Antara sebab-sebab utama keciciran ini adalah:
1) Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan (harakah).
2) Sebab-sebab yang berkaitan dengan individu.
3) Sebab-sebab luar yang menekan.

InsyaAllah kita akan sama-sama melihat dan memerhatikan di mana diri kita dan adakah terdapatnya sifat-sifat dan keadaan-keadaan ini yang melanda jiwa dan rohani kita kini.

1) Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan (harakah).
Ada tujuh (7) sebab-sebab yang khusus terhadap kemungkinan keciciran ini berlaku:
a) Kelemahan sudut tarbiyah.
b) Tidak meletakkan seseorang di tempat yang sesuai.
c) Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota.
d) Tidak mengambil berat hal ahli.
e) tidak menyelesaikan persoalan dengan segera.
f) Pertikaian dalaman.
g) Pimpinan tidak layak.

Huraian dan ulasan akan dibuat pada siri tarbiyah 2....insyaAllah... 

16 September 2010

Koleksi gambar hari raya aidilfitri

Salam Aidilfitri daripada kami...(Nuruddin Al-Zinki tido ler)

Sehati sejiwa....

Hensem tak saya...lepas ni nak balik kampung...hehehe...


 Sedondon...

09 September 2010

Siri Tarbiyah 2- Sirah....Hamzah bin Abdul Mutalib

(sumber dari ismashahalam.net)
Hamzah bin Abdul Mutallib


Hamzah bin Abdul Muttalib lahir diperkirakan hampir bersamaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib dari Bani Zuhrah.
 Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib dan Abdullah bin Abdul Mutallib terjadi bersamaan waktunya, dan ibu dari Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib. Tubuhnya tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya.

Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda. Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai Asadullah atau Singa Allah kerana keberaniannya.

Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy. Salah seorang daripadanya bapa kepada Hendon, isteri Abu Sufian.

Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam. Wahsyi telah diupah oleh Hendon untuk mebunuh Saidina Hamzah demi membalas dendam atas kematian ayahnya dalam Peperangan Badar. Dadanya telah dirobek oleh Hendon lalu hatinya dikunyah. Namun Hendon tidak dapat menelan hati Saidina Hamzah.

Kita sebagai umat Islam HARUS SEMESTINYA mengambil pegajaran terhadap PENGORBANAN yang telah ditunjukkan oleh Saidina Hamzah yang sanggup berkorban. Beliau sanggup menggadai nyawanya demi merelakan Islam tertegak di muka bumi ini….

Perang Uhud

Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.

Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.

Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.

Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.

Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.

Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
 Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya

06 September 2010

Bahaya dalam iklan.....


video


(sumber di ambil daripada sebuah blog..maaf tak ingat addressnya)
Sekali imbas, hanya sebuah iklan raya yang pelik dan kontemporari ala-ala 1 Malaysia. Agama Islam digabungkan dengan Kristian (beca merah di dalam buku berlatar belakangkan pokok krismas) dan agama Buddha (lilin bunga-bunga lotus/teratai) namun jika diperhalusi lagi, terdapat beberapa babak-babak tersembunyi yang jelas seakan menghina Islam!....

Jika kita faham akan simbolik-simbolik yang sering dikaitkan dengan 'Iluminati' @ New World Order, nyata sekali mereka ingin menghina Islam secara halus dan senyap. Mari kita teliti satu persatu.


Kelihatan seorang kanak-kanak Melayu (Islam) sedang membaca buku bergambar. Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok dan North Star (Bintang Utara) menutup sehelai mukasurat lain bertulisan Jawi@Arab yang diterbalikkan (inverted).


Jika klip ini diberhentikan pada babak ke 0.02, maka jelas muka surat jawi yg diterbalikkan tersebut!



Bintang Utara atau North Star secara lazimnya dikaitkan dengan kelahiran Horrus atau 'Dajjal'



Simbolik Mukasurat jawi@Arab yang terbalik ditutupi mukasurat lain  boleh diertikan sebagai Islam yang dihinakan dan tidak lagi relevan setelah kelahiran Horrus.



Lelaki Berambut Putih dan Bersongkok Putih (bukan berketayap) mempelawa menaiki beca seolah-olah  sebagai seorang yang memegang kunci kemewahan (Dajjal) mengajak untuk  mengikutinya untuk menikmati keajaiban (aura-aura berwarna putih) dan kemodenan ( pergi ke bandar, KLCC) serta kemewahan.






Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid yang kecil menggambarkan Islam berada dalam keadaan lemah dan terpencil , semua kanak-kanak  Melayu tak seorang pun yang mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dan menunjuk ke arah pemandangan di bawah beca dan memandang ke arah bulan (harapan baru, New World Order).


Kanak-kanak itu mendarat dan terus berlari sambil menunjuk dan mengikut cahaya kecil ke sebuah bangunan misteri bukannya ke arah masjid (tidak tertarik langsung kepada Islam) kerana keghairahan mengikut aura putih ke bangunan misteri . Masjid yang terletak jauh di bawah bukit dan kelihatan kecil sekali hampir tidak kelihatan.


Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti satu  laluan bercahaya (illuminated)



Close up lelaki berambut putih ketawa berpuas hati dengan hasil kerjanya (menyesatkan manusia) sambil memandang ke atas langit (seolah-olah mentertawakan Allah)


Mungkin ini semua adalah tafsiran penulis berdasarkan kebetulan semata-mata. Tapi terlalu banyak kebetulan dalam iklan ini yang seolah-olah memperkecilkan agama Islam, agama rasmi Malaysia..! Anda mempunyai akal dan fikiran, anda tentu boleh nilaikan sendiri.

MAKLUMBALAS TV3

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

"Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.

"Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Menurut Farid, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam tadi selepas lima kali disiarkan.

''Walaupun iklan itu baru lima kali ditayangkan, kami telah pun menarik penyiarannya demi memelihara keharmonian dan menghargai pandangan penonton.

"Sebagai sebuah stesen televisyen yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik kepada penonton, komen-komen begini sedikit sebanyak membantu kami untuk tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

Farid berkata, disebabkan kesuntukan masa, mulai esok sebagai menggantikan iklan tersebut, TV3 akan menyiarkan iklan raya tahun lalu iaitu 'Ikan di laut, asam di darat' arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sementara itu, Douglas ketika dihubungi mengenai iklan daripada idea kreatifnya itu akur dengan apa juga keputusan pihak TV3.

Katanya, sebagai Pengarah Kreatif TV3 beliau cuba melahirkan sesuatu yang menarik sesuai dengan tema kali ini iaitu Sinari Lebaran dengan menggambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam.

"Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai.

"Saya benar-benar menyesal atas apa yang berlaku dan saya memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas kesilapan yang tidak disengajakan,'' katanya.

Beliau berkata, komen dan pandangan pelbagai pihak akan dijadikan panduan dalam menghasilkan sesuatu karya pada masa depan.

Iklan Sinari Lebaran yang menelan kos sebanyak RM200,000 menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan.

Penggambaran selama seminggu itu mengabadikan babak beca ajaib dari Pulau Pinang, Perak dan Bukit Broga dengan menggunakan CGI dengan lagu latar hari raya ciptaan komposer Jerry dan Bijay dan dinyanyikan oleh Atilia.

05 September 2010

Cabaran Rehlah Masyi Badar al-Kubro 2010

Para pejuang di bulan Ramadhan...

SHAH ALAM 31 Ogos -  Dalam meraikan Nuzul al-Quran pada17 Ramadhan yang lepas seramai 110 orang ahli ISMA cawangan Shah Alam & Klang sama-sama menjayakan program Rehlah Masyi Badar al-Kubro 2010 di Taman Tasik Shah Alam anjuran Biro Pembangunan Sumber Manusia Cawangan.
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini terdiri daripada para peserta daripada segenap lapisan umur menyajikan pelbagai aktiviti berupa kerohanian dan fizikal antaranya perlu memenuhi beberapa kewajipan seperti hafalan beberapa ayat surah al-Anfal, istigfar, solat sunat Dhuha, soalan kuiz sirah Islam serta simulasi peperangan Badar.

Pengarah program, Ustaz Rizal Sabran berkata, perjalanan rehlah pada tahun ini sangat mencabar ditambah pula dengan beberapa ujian dan dugaaan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh perjalanan para peserta.
Selain itu, aktiviti yang telah ditetapkan tersebut dapat membina dan menguatkan hubungan kita dengan Allah Taala melalui wajibat yang telah ditetapkan, tambah beliau lagi.

 Kami dapat tempat kedua...letih main perang2 ni bila puasa.....

Menariknya program kali ini, 2 pasukan tertinggi telah dianugerahkan lencana Badar di mana ahli-ahli pasukan tersebut diberi amanah sekiranya suatu hari nanti mendapat panggilan jihad maka mereka akan berada di barisan pertama berbanding lain dalam menyahut seruan itu.

Dengan adanya penganugerahan sebegini, sedikit sebanyak dapat memberi motivasi kepada sebilangan peserta lain yang tidak dapat memenuhi kewajipan yang telah ditetapkan penganjur dengan amal yang dapat melayakkan mereka menjadi tentera sehebat tentera Badar tersebut.



Turut sama hadir ke program ini ialah Yang Dipertua ISMA Shah Alam & Klang, Dr Amirudin Wahab dan Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia Pusat, Ustaz Rusdi Alias.

Kehadiranmu dinanti....pemergianmu ditangisi


 
 Awal Ramadhan


 Dah hampir Syawal menjelang tiba....