Posts

Showing posts from December, 2010

Suka duka jirim2

Isti'jal

SUMBER BAHAN DARI WWW.ISMAWEB.NET  Isti’jal , satu penyakit yang menimpa umat Islam sama ada individu ataupun jamaah , iaitu mahukan perubahan segera tanpa mengambil kira akibat, keadaan mahupun latar belakang dan tanpa membuat persiapan yang baik dari segi sumber, uslub dan wasilah. (Takrif ini kalau disyarahkan boleh menjawab pelbagai masalah individu dan jamaah). Isti’jal memang tabiat manusia. Semasa Nabi Adam dicipta dan ditiupkan ruhnya, baginda terus bangun sebelum sempurna peniupan ruh tersebut! Tanda awal bahawa jenis manusia memang suka tergesa-gesa! Allah sendiri perakukan; خلق الإنسان من عجل (Al-Anbiya’: 37) bermaksud; Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru  pada serba-serbinya… Dalam sirah di Makkah, masyhur kalam Nabi SAW kepada Khabbab bin Al-Art apabila beliau meminta nabi berdoa agar dilepaskan umat Islam dari kezaliman Arab Quraisy. Tapi nabi menjelaskan bahawa umat terdahulu diuji lebih dahsyat lagi sehingga ada yang dibelah dengan gergaji tetapi tetap sa

Nuruddin Al ZInki, apa kata doktor.....

Image
Alhamdulillah semalam kami diizinkanNya membawa Nuruddin Al Zinki untuk bertemu Dr Pakar Kanak-kanak yang paling tinggi rankingnya di Hospital Serdang. Walaupun agak lama menunggu giliran dalam 2 jam juga sebelum diperiksa, namun kesabaran menguatkan segalanya. Dr Nora, datang memeriksa di bilik rawatan dalam jam 11.00 pagi. Namun segala butir bicaranya tidak dapat saya dengar dengan jelas dek kerana riuhnya menjaga anak-anak yang lain yang turut serta ke hospital. Hanya isteri saya yang berbicara dengan Dr Nora bersama Al Zinki. Pun begitu keputusan akhirnya, Dr Nora minta Al Zinki menyambung lagi penggunaan gas oksigen tu untuk 2 bulan lagi.. ..bermakna tambah 2 bulan lagilah isteri saya akan sambung cuti yang sememangnya tinggal kurang lebih 2 bulan.....semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik untuk Al Zinki dan kami dalam menghadapi ujian ini.....

Ayuh ke JIRIM!!!

Ayuh sahut cabaran ke program cuti sekolah buat anak-anak remaja seusia 15 hingga 17 tahun. Pasti anda akan menyaksikan perubahannya...insyaAllah...

Kenapa dengan Remaja Melayu Muslim.....

Image
 inikah ikon Remaja Melayu Muslim yang kita mahu?? atau inikah 'produk' yang kita mahukan daripada Remaja Melayu Muslim ketika ini?? Tiada apa yang berada di muka bumi ini sempurna melainkan pencipta kita semua yakni Allah swt. Segala nikmat dan rahmat adalah kepunyaan mutlakNya tanpa sedikit pun kita berhak mengambil atau mengaku akan hak tersebut. Namun kadang-kala kita lupa untuk bersyukur akan segala yang dikuniakanNya hatta udara yang selama ini percuma sahaja kita hirup. Apatah lagi tiada daya dan upaya untuk kita membayar semula nilai kehidupan ini walau sesaat bahkan dengan emas menggunung tinggi. Tiadalah Dia meminta kita membayarnya atau pun menggantikannya. Cukuplah kita mengakui dan menyembahNya sebagai Rabb yang satu dan Maha Berkuasa.  Manusia perlu sedar akan asal usulnya. Lihatlah sahaja dalam Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 12 hingga 15. Terjemahan seperti berikut: "Dan sungguh Kami mencipta manusia dari saripati (berasal) dari tanah.Kemudian Kami