22 December 2011

Keputusan ujian SPO2....


Alhamdulillah selesai sudah ujian 18-hour sleep study SPO2 buat Nuruddin Al-Zinki. Buat masa ini berdasarkan ujian yang dilakukan menunjukkan tanda-tanda positif...oleh yang demikian doktor pakar memberi TEMPOH PERCUBAAN selama 2 BULAN untuk OFF HOME OXYGEN tetapi dengan syarat masih lagi menjaga suasana KUARANTIN DI RUMAH...Jazakllah dan terima kasih buat keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan yang baik untuk Nuruddin Al-Zinki....namun demikian BELUM MASANYA untuk MENDEDAHKAN Nuruddin ke khalayak ramai....maafkan kami...


Ujian dibuat seusai Nuruddin tidur (8.00 malam hingga 8.00 pagi)



Alat untuk ukur SPO2...(bilangan % O2 dan denyutan jantung)


Nuruddin Al-Zinki dan El-Tigre...hospital Serdang...



19 December 2011

Doakan Nuruddin Al-Zinki....berjaya...

InsyaAllah, petang ni Nuruddin Al-Zinki akan masuk wad semula untuk buat 18-hours sleep study....maknanya tinggal di wad selama 18 jam untuk diuji dengan alat tertentu bagi mengukur keupayaannya bernafas atau survive tanpa menggunakan bantuan mesin oksigen 100%...Mudah-mudahan keputusan ujian jantung, nadi, paru-paru dan ujian2 lain berkeputusan positif...Jika tidak, Nuruddin Al-Zinki akan teruskan penggunaan mesin bantuan oksigen di rumah....dan terus 'dikuarantinkan' di rumah...

Oktober 2011

Aidilfitri 2011

Mei 2011 (di ICU)

Feb 2011

Oktober 2010

Mei 2010 (di wad NICU)

Mei 2010 (saat dilahirkan)

28 November 2011

Nu'aim dan kelas hafazannya

Alhamdulillah kesempatan cuti seklah yang ada membolehkan kami menghantar Nu'aim ke kelas hafazan anjuran ISMA Shah Alam Syukbah Seksyen 27....sekurang-kurangnya dia boleh lebih menghafaz surah-surah mudah memandangkan abinya kini sibuk menjadi pengawas SPM untuk sebulan....dapatlah Nu'aim menambahkan ilmu dan rakan2 baru...


Pencapaian setakat seminggu yang pertama...

05 November 2011

25 October 2011

Antara hernia dan pusat....ujian buatmu sayang

Alhamdulillah pagi tadi Nuruddin Al-Zinki berjaya dibawa ke Hospital untuk temujanji dengan doktor pakar. Namun kali ini bukan dengan doktor kanak-kanak(respirasi) tetapi bahagian pembedahan kecil(am). Ini temujanji kedua setelah kali pertama kira-kira 6 bulan lepas. Sebelum ini dikatakan terdapat benjolan hernia (angin pasang) pada Nuruddin Al-Zinki dan akan timbul terutama ketika menangis atau batuk kuat. 

Terus aktif namun berat badan kekal...

Hari ini kami mendapat dua berita. yang pertama doktor setakat ini memberikan pengesahan positif tiadanya lagi benjolan hernia itu tetapi tetap akan diperhatikan pada pertemuan temujanji akan datang. Dan berita keduanya, benjolan pada pusat Nuruddin Al-Zinki menarik minat doktor dan hasilnya didapati ada lubang dibawah bahagian lapisan pusatnya(ada lapisan yang tidak bercantum), Maksudnya sekiranya dibiarkan terbuka yakni tidak bercantum sendiri, kemungkinan akan berlaku tersumbat iaitu sama ada usus kecil atau lemak boleh tersangkut di dalam lubang berkenaan. Doktor mengesyorkan untuk melakukan pembedahan bagi menutup lubang tersebut namun memberi sedikit masa lagi untuk dilihat perkembangan sama ada ianya mampu ditutup secara sendiri atau tidak.

Nuqman (abg lang) sentiasa menemani dan menjaga adiknya Al-Zinki...

Doakan segala ujian buat anak kecil kami dipermudahkan dan insyaAllah pada bulan depan ada pertemuan dengan doktor pakar (respirasi) untuk melihat perkembangan paru-parunya pula. Setiap yang diujiNya itu pasti ada hikmah disebaliknya. Mudah-mudahan kami mampu menggapai hikmahnya dan tidak menjadi orang-orang yang tidak bersyukur. Amin....

20 October 2011

Kristianisasi bukan isu kecil, masyarakat keliru

via ISMAWeb by admin on 10/19/11


Ustaz Muhammad Fauzi B. Asmuni, Naib Presiden II ISMA


BANGI, 19 Okt. – Isu pemurtadan melalui agenda kristianisasi bukanlah isu kecil atau remeh, tegas Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi B. Asmuni, ketika diminta mengulas kenyataan akhbar Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr. Abd Rani Osman berhubung Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini.

Dr. Abd Rani telah dipetik Harakahdaily sebagai berkata, “Biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme”. 

Naib Presiden II ISMA itu berhujah bahawa “Menjaga agama adalah kewajipan nombor satu umat Islam. Ia terletak di nombor satu dalam susunan ‘dharuriat khamsah’ (lima perkara asas yang perlu dipelihara sebagai tiang kehidupan muslim). Ini telah disepakati oleh ramai ulama muktabar termasuk Imam As-Syatibi, Abu Zuhroh dan lain-lain”.

13 September 2011

Gaya anak-anak di pagi hari raya Aidilfitri 2011

Gaya anak2 di pagi hari raya aidilfitri....

Nuqman dan Nuruddin Al Zinki...
 
 Nur Husna dalam kereta berhari raya...

Nu'aim....

29 August 2011

Pergimu Ramadhan, Hadirmu Syawal, Merdekakah kita?

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita diizinkan untuk merasai nikmat berada dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini hingga ke penghujungnya buat tahun 1432H ini. Belum tentu lagi adanya peluang dan ruang untuk bersamanya pada tahun hadapan. Oleh yang demikian dalam persediaan kita menyambut Syawal pula, alangkah baiknya jika kita sama-sama mengambil sedikit masa ini untuk meMUHASABAH kembali amalan-amalan soleh yang sempat dibuat pada ramadhan kareem kali ini.

Biasanya apabila tiba bulan Ramadhan, pastinya amalan solat sunat terawih dan witir menjadi tumpuan utama masyarakat muslim umum. Namun amalan-amalan lain seperti membaca dan mentadabur Al-Quran hingga khatam, solat qiamulail bermunajat padanya, memberi sedekah sekerap yang mungkin, menyediakan juadah berbuka buat jiran dan masyarakat setempat, mengambil keberkatan bangun sahur di akhir malam menjelang Subuh, mengerjakan sunnah Nabi saw ketika berbuka dengan buah kurma atau tamar,  banyakkan beristighfar dan mengingati mati, berbuat baik pada keluarga

21 August 2011

Ujian Badar Qubro buat Nuruddin Al Zinki ....

Assalamualaikum. Salam ramadhan dan selamat beriktikaf...nampaknya rezeki nak beriktikaf bersama-sama di Masjid Wilayah tidak kesampaian. Ujian ramadhan menduga kami. Adakah kami menjadi orang2 yang sentiasa bersyukur atau sebaliknya. 

Sebelum ke hospital (Khamis)

Nuruddin Al Zinki ditakdirkan olehNya untuk kembali ke wad 5A, Hospital Serdang buat kali ke 5 bagi tahun 2011 ini pada pagi hari Jumaat lepas. Batuknya semakin kuat dan nafasnya semakin tercungap-cungap. Tepat jam 12.30 tengah hari, Nuruddin Al Zinki dibawa ke wad. 


15 August 2011

Ujian itu satu rahmat....

Bulan Ramadhan yang mulia ini, berduyun-duyun manusia bergelar muslim terus mengejar ganjaran-ganjaran pahala yang dilipatgandakan oleh Allah swt dalam setiap ibadat wajib mahupun sunat. Maha Suci Allah yang sangat Pemurah lagi Maha Pengasih. Namun demikian seseorang muslim itu belum benar-benar dianggap bertakwa seandainya hidupnya penuh keriangan dan keseronokan dalam beribadat. Tidak lengkap kehidupan seseorang muslim itu seandainya kita tidak diuji dengan ujian-ujian dalam mengharungi bagi menjadi penentu aras ketakwaan dan keimanan kepada Allah swt.   
 
Adakala manusia akan merasa lemah dan berputus harapan tatkala ketidakmampuan diri menghadapi ujian-ujian ini. Di sinilah perlunya sokongan dan dokongan daripada keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan dalam mengharungi ujian tersebut. 
Marilah kita selak kembali sirah para nabi dalam menghadapi ujian. Kisah Nabi Ayub as dengan ujian penyakit, kisah Nabi Zakaria as dengan tentangan pihak kuffar sehingga membawa kewafatan baginda digergaji badannya, kisah Nabi Musa as dan Nabi Harun dengan kaumnya yang kerap kali mengingkari arahan Nabi  dan begitu juga junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw menghadapi ujian berat dan tentangan dari pihak kuffar dan munafiqun juga....Jadi apa sangatlah ujian yang kita terima kini? 

06 August 2011

Ramadhan 1432H: Takdir buat Nuruddin Al Zinki dan doktornya

Ramadhan kareem baru menjengah hari ke 6....namun semalam kami menerima berita sedih selang beberapa hari kami mendapat berita gembira. Baiklah, kita mulakan dengan berita baik dahulu. Pada hari Khamis lepas (Ramadhan ke 4), Nuruddin Al Zinki dibawa ke hospital untuk bertemu dengan doktor pakar bagi melihat perkembangan terkininya. Dan doktor mencadangkan agar membuat sedikit perubahan terhadap masa pemakaian gas oksigen buat Nuruddin bagi menambahkan kekuatan paru-parunya. Maknanya kini (dalam percubaan), Nuruddin akan hanya memakai gas oksigen pada waktu malam atau waktu tidur sahaja. Alhamdulillah, makin aktiflah Nuruddin bermain satu rumah ditambah dengan kemampuannya yang sudah berjalan. Cuma Doktor hanya risau kerana berat badannya masih rendah, sekitar 8 kg sahaja....Namun begitu Nuruddin Al Zinki masih dalam KUARANTIN DI RUMAH, bermakna Syawal kelak semua beraya di rumah sahaja......

27 July 2011

Ulangtahun dan Nuruddin Al Zinki

Ulangtahun  semalam disambut dengan suasana agak biasa kerana Nuruddin Al Zinki mula batuk-batuk dan selsema....tanda-tanda yang serius....Doakan Nuruddin cepat sembuh....

16 July 2011

Kelebihan Syaaban & Malam Nisfu Syaaban

Artikel ini diambil dari www.ismaweb.net

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah r.a. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Baginda s.a.w. berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w. berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadhan. Aku tidak pernah melihat baginda s.a.w. berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah r.a. meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi s.a.w. tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi s.a.w. berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi s.a.w. bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah r.a. menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi s.a.w. ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi s.a.w. apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

08 July 2011

Nuruddin Al Ziniki kembali ke wad....

Belum sampai sebulan, Nuruddin Al Zinki kembali ke wad kanak-kanak 5A...selepas bernafas laju dan batuk semalam. Namun keadaannya sihat dan riang cuma Dr tetap memberi 'nap' untuk memastikan paru-paru 'bersih' dan 'clear'. Cuma satu kerisauan ialah jangkitan virus lain yang sentiasa berlegar di wad ini. Dr sedang cuba memindahkannya ke bilik/katil lain (pengasingan) bagi mengelakkan jangkitan...

Doakan Nuruddin Al Zinki cepat keluar dan dijauhkan olehNya daripada mendapat jangkitan lain.


22 June 2011

Doa dari seorang sahabat...

Ya Allah....
Jadikanlah hidup insan ini selancar air sungai yang lalu ke hilirnya,
Tenangkanlah hatinya menghadapi sebarang cabaran 
umpama setenang awanMu diangkasa,
Ceriakanlah hatinya seiringan senyumannya yang ikhlas
seceria hambaMu yang mendapat nikmat dariMu,
Kekalkanlah hatinya sentiasa dijalan yang diredhai olehMu...

Kata-kata dari seorang sahabat baik zaujahku...

21 June 2011

Review semula : 14 tuntutan Interfaith Council (IFC)

Sebahagian kita mungkin tidak sedar atau tidak mengetahui tetapi inilah tuntutan yang dibuat oleh IFC kepada kerajaan. Ada yang telah mereka perolehi dan ada yang masih mereka asak. Tidak pasti apa akan jadi kepada umat Islam jika negara ini diperintah oleh mereka.

Kepada yang terlalu bersemangat untuk menjatuhkan pemerintah, telitilah perkara ini dengan penuh kematangan tanpa emosi. Benar kita benci dengan keburukan yang ada tetapi biarlah yang nak menggantikan itu lebih baik dari yang sedia ada, bukan ia menambah buruk lagi. Apatah lagi jika ia melibatkan soal-soal agama Islam.

Mereka nampak berbeza parti tetapi di belakang, mereka bersatu. Tidakkah kita ingat semasa pemerintahan Pak Lah, menteri-menteri kabinet bukan Islam bersama menandatangai menyokong IFC ?

Adakah pemimpin Melayu Islam  tidak boleh bersatu?

20 June 2011

Program KRIM Shah Alam di SAMTTAJ 2011

video

Nuruddin Al Zinki.....selepas sebulan di wad

Bismillahir rahmanir rahim....alhamdullah selepas 27 hari sejak 19 Mei 2011 Nuruddin Al Zinki dibenarkan pulang ke rumah pada 15 Jun 2011 yang lepas. Oleh yang demikian KURANTIN (mengurangkan pendedahan kepada persekitaran luar) terpaksa diPERKETATKAN agar keadaannya betul-betul stabil dan kuat bagi mengelak sebarang jangkitan kuman (Virus atau Bakteria) yang boleh dipindahkan kepadanya melalui batuk (udara dan sentuhan).

Jazakallah dan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang MENDOAKAN Nuruddin supaya cepat sembuh......

13 June 2011

Maaf....waktu melawat telah ditutup...

Secara rasminya kami TERPAKSA menutup pintu dan peluang buat keluarga, ikhwah akhawat, rakan-rakan, sahabat-handai dan yang mengenali kami daripada MELAWAT Nuruddin Al-Zinki dihospital mahupun di rumah kelak (kuarantin) atas nasihat para Doktor Pakar...ini berikutan sudah dua kali Nuruddin Al-Zinki dijangkiti VIRUS (demam dan batuk) walaupun telah disahkan sembuh sehari sebelumnya yang mampu mengakibatkan serangan BRONCOSPYSM semula akibat KETIDAKSERIUSAN diri kami, para pelawat, jururawat mahupun para Doktor menjaga kebersihan semasa berada bersama Nuruddin Al-Zinki. Kami tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tetapi DEMI MASA DEPAN Nuruddin Al-Zinki supaya cepat sembuh dan pulang ke rumah kerana HOSPITAL juga tempat yang paling banyak VIRUS bertebaran.... 
 
DOA DAN SOKONGAN semua buat masa ini lebih diperlukan....terima kasih kepada yang telah melawat  Nuruddin Al-Zinki...kehadiran semua menguatkan semangatnya untuk terus bertahan.....

10 June 2011

Hari ke 22...ditambah 5 hari lagi!!

Bismillahi rahmanir rahim.....Allah Maha Mengetahui dan maha Berkuasa terhadap segala hamba dan makhlukNya. Segala perancangan dibawah pengetahuanNya. Sebagai manusia kita harus sentiasa berbaik sangka dengan ketentuanNya. Mudah-mudahan kami tetap SABAR dan REDHA dengan ujian ini sebagai penghapus dosa dan peningkat darjat keimanan padaNya.

Mula-mula aktif dan riang....

kemudian...batuk berterusan dan merengek.....


Pagi tadi (semalam), Nuruddin Al Zinki kembali batuk (tanda2 saluran paru2 mula sempit) walaupun sehari sebelumnya berada dalam keadaan yang sihat....maka Dr Pakar menambah lagi ubat antibiotik yang baru (sebenarnya yang lama tetapi di tambah dosnya) bagi mengurangkan batuk dan seterusnya mengawal virus yang diperolehi....Maknanya lagi 5 hari Nuruddin akan diberi ubat antibiotik dan sama-sama kita berdoa Nuruddin Al Zinki akan dapat sembuh sepenuhnya pada minggu depan....insyaAllah....setakat ini abi dan umminya bergilir-gilir menjaganya di hospital.....

07 June 2011

Ditahan lagi....demam panas pula

Nuruddin Al Zinki yang sepatutnya dibenarkan pulang pada hari ini, demam panas pula....Dr Pakar menyarankan ubat antibiotik lain pula....maknanya tambah lagi 5 hari berada di sini.....hanya padaNya kami berserah...moga2 diberikan lagi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.....

05 June 2011

Masih di wad..hari ke 18!!



Walaupun nampak sihat dan ceria....namun tekanan darah Nuruddin masih tinggi dan terpaksa mengambil ubat darah tinggi bagi menurunkan dan menstabilkan keadaannya...juga ditambah dengan demam yg masih 'on off' ....doakan besok Dr Pakar benarkan Nuruddin Al Zinki pulang....

01 June 2011

Nuruddin Al ZInki masih di wad: Kesan ubat?? Mungkinkah?

Alhamdulillah, pagi ini genap 13 hari Nuruddin Al Zinki diberikan peluang untuk terus bersama kita selepas mengalami saat gentingnya...yakni 9 hari di ICU dan masuk 4 hari di wad peadatrik ini. Namun yang agak menggusarkan kami, tentang penyakitnya, Bronchospasm (lihat artikel di bawah), sudah semakin pulih, tetapi kesan rawatan mula timbul. Setakat yang kami nampak (tapi Dr pun belum pasti puncanya sama ada kesan ubat atau faktor2 lain), perutnya kembung dan keras, minum susu banyak tapi air kencing lagi banyak kuantitinya sehingga terpaksa tambah air, badan penuh ruam-ruam yang kasar, pada pergelangan tangan (tempat masukkan ubat dan ambil darah) melecuh sehingga terpaksa sentiasa dibersihkan dengan ubat antiseptik (sakit dan pedihnya bila dicuci) dan belakang kepalanya terdapat 3 kawasan yang bengkak@benjol....semuanya masih dalam kajian dan rawatan. 

Doakan Nuruddin Al Zinki cepat sembuh sebab kami pun rasa kasihan dan tak sampai hati bila Nuruddin mula merengek dan menangis menahan sakit yang kami tak pasti di kawasan mana sakitnya......berita terbaharu pagi ini, seorang lagi bayi berusia setahun lebih yang sama penyakitnya dengan Nuruddin (Bronchospasm)  yang turut sama di bertarung nyawa di wad ICU telah kembali ke rahmatullah.....kami sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bersama Nuruddin Al Zinki sehingga ke saat ini.....amin

Apa tu Bronchospasm??

Makna Bronchospasm yang di alih bahasa daripada Wikipedia

Bronkospasme atau kejang bronkial adalah penyempitan tiba-tiba otot-otot di dinding bronkiolus. Hal ini disebabkan oleh keluaran (degranulation) zat daripada sel mast atau basofil di bawah pengaruh anaphylatoxins. Hal ini menyebabkan kesulitan bernafas yang bisa sangat ringan sampai parah. Radang saluran udara dan bronkokonstriksi di asma. Airways menyempit sebagai akibat dari penyebab respon inflamasi tersengal-sengal.

30 May 2011

Keajaiban yang dinanti....dikabulkan jua....

Alhamdulillah pada hari ke 9 (Sabtu, 28 Mei 2011), akhirnya keajaiban yang dinanti berkunjung jua. Doa yang dipinta dan dipohon diperkenan jua. Nuruddin Al Zinki melepasi tahap pertama dari saat yang genting ... dikala pada suatu ketika 'tiada harapan@hanya doa senjata terakhir buatnya'....kini berkat dan makbulnya doa keluarga, kawan-kawan dan sahabat-sahabat seperjuangan ..... pada tika ini Nuruddin Al Zinki semakin pulih dan mampu bernafas secara normal (walaupun masih dibantu dengan gas oksigen) dan masih terdengar bunyi 'kahak' dari dadanya....mudah-mudahan ianya memberi satu petunjuk dan petanda kesembuhan semakin menjelma. Dan ianya pasti berita gembira buat umminya yang kebetulan menyambut ulang tahun lahirnya semalam (29 Mei 2011) disaat Nuruddin Al Zinki disisinya sentiasa. 

26 May 2011

Hari ke-8 di wad ICU (gambar)


Separuh sedar....


"Ya Allah berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujian ini dan berilah ketabahan kepada abi, ummi, along, kak ngah dan abg cik untuk terus sabar dengan keadaanku ini...amin"