Posts

Showing posts from January, 2011

Tahun 2011 dan Nuruddin Al Zinki

Image
Alhamdulillah dan ucapan syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya dapat juga saya menulis semula setelah hampir genap sebulan tiadanya kesempatan untuk mengemaskini laman blog ini. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kondisi dan keadaan Nuruddin Al Zinki kini. Dengan umurnya menghampiri 9 bulan, kini Al Zinki semakin lasak dan aktif berkembang dari aspek pergerakan psikomotor yakni tumbesaran luaran. Al Zinki sudah mula memanjat dan berpaut pada perabot-perabot untuk membolehkan dirinya dapat berdiri........ Yeay...saya dah pandai berdiri......tapi atas perut abi lah...huhu Bantuan Allah swt memang tidak mampu untuk kita jangkakan. Di saat isteri saya sepatutnya menyambung cuti separuh/tanpa gaji pada 1 Januari 2011, Allah swt mempertemukan kami dengan seorang pengasuh iaitu Kak Nora yang juga ................