26 February 2011

Nu'aim dan Sambutan Maulidur Rasul saw 1432H

Berikut adalah gambar-gambar semasa program Sambutan Maulidur Rasul saw 1432H di Sk Seksyen 27 (2), Shah Alam.....gambar2 Nu'aim....kelas 1 Cempaka....

Apa tengok2..tahulah saya ni hensem...

Inilah hasil lukisan saya..oppss silap hasil mewarna saya....cantik tak?

Apalah kawan2 saya ni ..malu-malu pula...

25 February 2011

Nuruddin Al Zinki sihat..Nuqman pula tak sihat...

Alhamdulillah petang semalam Nuruddin Al Zinki selamat pulang ke rumah setelah hampir 8 hari di wad.......namun Allah ingin menguji lagi kami di mana Nuqman pula mula demam panas....sehingga berita ini ditulis, Nuqman masih panas badannya........


24 February 2011

Hari ke 7....masih demam...diberi antibiotik

Hari ini (semalam), Nuruddin Al Zinki masih demam.....masih 38 - 39 darjah celcius.....perlu sentiasa perhatikan takut kena sawan atau 'tarik' pula. Alhamdulillah batuk  dah sangat berkurangan. Cuma kesian sebab masuk ubat antibiotik melalui tiub di tangan. Ini bagi membolehkan demamnya cepat kebah dan Dr memberikan 24 jam untuk melihat kesan antibiotik....maknanya jika masih demam....penyakit lain pula lah yang bertandang....sebab orang kata tak elok duduk lama-lama kat hospital....dah namanya hospital tempat penyakit mencari 'kawan-kawan' baru...



Jadi kita sama-sama doakan supaya cepat kebah demamnya.....rasanya kali ini penat sikit berulang dari Jalan Kebun, Klang ke Hospital Serdang....lebih 20 km dari rumah lama....Ya Allah berilah daku dan keluargaku kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi ujian ini walaupun tidaklah sehebat hamba2 Mu yang soleh .....bila mereka diuji keimanannya....

21 February 2011

Status terkini ,,,, Al Zinki....


Segala perancanganNya tidak mampu kita sebagai hambaNya menduga secara tepat apa jua pengakhiran kita....disangka hari ini Al Zinki dapat kembali ke teratak kecil kami ini, tidak kesampaian....sedikit keanehan berlaku....

Petang semalam, Al Zinki berada dalam kondisi yang cukup menyakinkan untuk beransur pulang dengan hanya mengambil nab 4 jam sekali...namun selepas sinaran mentari memancar, kahak mula mencair keluar lalu membingitkan bunyi berdesing menandakan kondisi semakin tidak selesa buatnya. Nab juga mula diambil sejam sekali....

Petang tadi pula, dikesempatan masa yang ada (terima kasih pada kawan2 sekolah@jiran yg sudi menjaga anak2 kami sehingga waktu maghrib), kadar keaktifan masih baik walaupun masih kedengaran bunyi kahak semasa bernafas. Doktor mula keliru dan akhirnya satu lagi kaedah digunakan....ambil darah untuk menguji tahap kesihatan SEL DARAH PUTIH....

InsyaAllah esok akan kita sama2 ketahui kebimbangan yang mungkin muncul disebalik SEL DARAH PUTIHnya itu.....

20 February 2011

Hari ketiga....katil 18 wad 5A....




Hari ketiga di hospital. Masih ambil 'nab' setiap 2 jam. Hingus dah mula keluar banyak. Kahak sudah mula membunyikan iramanya. Diselangi batuk-batuk halus dan kasar sesekali. Tandanya lama lagilah di sini.....

18 February 2011

hari kedua...


Berita hari ini, Nuruddin Al Zinki semakin aktif tetapi dia masih diberi 'nab' selang 2 jam sekali bagi melegakan salur pernafasan kerana kahak dalam paru-paru masih banyak. Walaupun saya tidak dapat ke hospital hari ini untuk melawatna, insyaAllah esok selepas sekolah (ada sekolah ganti), kami semua (bersama abang2 dan kakak Al Zinki akan ke hospital sampai malam)....mudah-mudahan esok atau lusa Al Zinki dapat pulang ke rumah....

17 February 2011

Nuruddin Al Zinki di tahan wad sekali lagi...



Segala puji bagi Allah kerana memberikan kami terus kekkuatan untuk menghadapi dugaan demi dugaan. Tengah malam tadi Al Zinki batuk tidak berhenti-henti sehingga memaksa kami sekeluarga seawal jam 5 pagi ke Bahagian Kecemasan Hospital Serdang. Kebetulan pula pagi ini Al Zinki ada temujanji dengan Dr Nora, Dr Pakar kanak-kanak untuk melihat perkembangannya menggunakan mesin bantuan oksigen. Namun ketentuan Allah tidak akan dapat diduga. Keadaan Al Zinki dikuatiri semakin buruk menyebabkan Dr Nora mencadangkan Al Zinki ditahan supaya dapat memulihkan dirinya daripada batuk. Semoga Allah swt memberikan yg terbaik buat Al Zinki dan kami sekeluarga. Laporan selanjutnya akan terus diberi dari semasa ke semasa, insyaAllah....

02 February 2011

Candid gambar Al Zinki

Hensem tak saya?

Hehe....tadi demam...la ni ok skit...

Ni tong gas saya...

Emm....terima kasih sebab melawati blog saya ini...


01 February 2011

Cerita Nu'aim dan sekolah

Tahun 2011 merupakan tahun yang agak memenatkan bagi saya. Tahun ini Nu'aim dah masuk darjah satu....Dia bersekolah sekali dengan saya di SK Seksyen 27(2)....pagi pergi sama-sama.... Alhamdulillah tidak sia-sia rasanya dulu hantar dia ke tadika swasta walaupun mahal tapi nampak kesannya terutama kematangan berbanding rakan2 lain. Dalam erti kata lain guru-guru kat sekolah tak de yang merungut atau komplen yang tidak sedap didengar...Paling ketara bila ramai yang kata dia lebih matang dan dengar kata guru.....sejuk perut ummi Nu'aim...

Jom ke sekolah agama...


Inilah sekolah agama saya...

Gambar ni pula diambil sewaktu nak hantar Nu'aim ke sekolah agama....walaupun hasrat di hati nak hantar ke sekolah rendah islam swasta...namun buat masa ini kedudukan kewangan tidak mengizinkan...mudah2an ilmu yang diperolehi dapat menambah kefahaman terhadap cara hidup Islamnya.....insyaAllah.....