29 August 2011

Pergimu Ramadhan, Hadirmu Syawal, Merdekakah kita?

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita diizinkan untuk merasai nikmat berada dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini hingga ke penghujungnya buat tahun 1432H ini. Belum tentu lagi adanya peluang dan ruang untuk bersamanya pada tahun hadapan. Oleh yang demikian dalam persediaan kita menyambut Syawal pula, alangkah baiknya jika kita sama-sama mengambil sedikit masa ini untuk meMUHASABAH kembali amalan-amalan soleh yang sempat dibuat pada ramadhan kareem kali ini.

Biasanya apabila tiba bulan Ramadhan, pastinya amalan solat sunat terawih dan witir menjadi tumpuan utama masyarakat muslim umum. Namun amalan-amalan lain seperti membaca dan mentadabur Al-Quran hingga khatam, solat qiamulail bermunajat padanya, memberi sedekah sekerap yang mungkin, menyediakan juadah berbuka buat jiran dan masyarakat setempat, mengambil keberkatan bangun sahur di akhir malam menjelang Subuh, mengerjakan sunnah Nabi saw ketika berbuka dengan buah kurma atau tamar,  banyakkan beristighfar dan mengingati mati, berbuat baik pada keluarga

21 August 2011

Ujian Badar Qubro buat Nuruddin Al Zinki ....

Assalamualaikum. Salam ramadhan dan selamat beriktikaf...nampaknya rezeki nak beriktikaf bersama-sama di Masjid Wilayah tidak kesampaian. Ujian ramadhan menduga kami. Adakah kami menjadi orang2 yang sentiasa bersyukur atau sebaliknya. 

Sebelum ke hospital (Khamis)

Nuruddin Al Zinki ditakdirkan olehNya untuk kembali ke wad 5A, Hospital Serdang buat kali ke 5 bagi tahun 2011 ini pada pagi hari Jumaat lepas. Batuknya semakin kuat dan nafasnya semakin tercungap-cungap. Tepat jam 12.30 tengah hari, Nuruddin Al Zinki dibawa ke wad. 


15 August 2011

Ujian itu satu rahmat....

Bulan Ramadhan yang mulia ini, berduyun-duyun manusia bergelar muslim terus mengejar ganjaran-ganjaran pahala yang dilipatgandakan oleh Allah swt dalam setiap ibadat wajib mahupun sunat. Maha Suci Allah yang sangat Pemurah lagi Maha Pengasih. Namun demikian seseorang muslim itu belum benar-benar dianggap bertakwa seandainya hidupnya penuh keriangan dan keseronokan dalam beribadat. Tidak lengkap kehidupan seseorang muslim itu seandainya kita tidak diuji dengan ujian-ujian dalam mengharungi bagi menjadi penentu aras ketakwaan dan keimanan kepada Allah swt.   
 
Adakala manusia akan merasa lemah dan berputus harapan tatkala ketidakmampuan diri menghadapi ujian-ujian ini. Di sinilah perlunya sokongan dan dokongan daripada keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan dalam mengharungi ujian tersebut. 
Marilah kita selak kembali sirah para nabi dalam menghadapi ujian. Kisah Nabi Ayub as dengan ujian penyakit, kisah Nabi Zakaria as dengan tentangan pihak kuffar sehingga membawa kewafatan baginda digergaji badannya, kisah Nabi Musa as dan Nabi Harun dengan kaumnya yang kerap kali mengingkari arahan Nabi  dan begitu juga junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw menghadapi ujian berat dan tentangan dari pihak kuffar dan munafiqun juga....Jadi apa sangatlah ujian yang kita terima kini? 

06 August 2011

Ramadhan 1432H: Takdir buat Nuruddin Al Zinki dan doktornya

Ramadhan kareem baru menjengah hari ke 6....namun semalam kami menerima berita sedih selang beberapa hari kami mendapat berita gembira. Baiklah, kita mulakan dengan berita baik dahulu. Pada hari Khamis lepas (Ramadhan ke 4), Nuruddin Al Zinki dibawa ke hospital untuk bertemu dengan doktor pakar bagi melihat perkembangan terkininya. Dan doktor mencadangkan agar membuat sedikit perubahan terhadap masa pemakaian gas oksigen buat Nuruddin bagi menambahkan kekuatan paru-parunya. Maknanya kini (dalam percubaan), Nuruddin akan hanya memakai gas oksigen pada waktu malam atau waktu tidur sahaja. Alhamdulillah, makin aktiflah Nuruddin bermain satu rumah ditambah dengan kemampuannya yang sudah berjalan. Cuma Doktor hanya risau kerana berat badannya masih rendah, sekitar 8 kg sahaja....Namun begitu Nuruddin Al Zinki masih dalam KUARANTIN DI RUMAH, bermakna Syawal kelak semua beraya di rumah sahaja......