29 February 2012

Pengorbanan seorang isteri dan ummi

Subhanallah dan alhamdulillah...kututurkan ucapan buatMu Ya Rabb sekalian alam...sambil menemani dan membuai anak bongsuku, Nusaibah di atas katil ini...terbit rasa syukur yg amat sangat kerana dikurniakan seorang isteri dan ummi yg banyak berkorban utk kami sekeluarga. Tahun 2010, pada saat sepatutnya dia berehat dan berpantang di rumah selepas kelahiran Nuruddin Al-Zinki, isteriku menghabiskan 44 harinya di hospital ulang alik setiap hari. Kini sekali lagi pada hari ke 44 selepas Nusaibah lahir pula,isteriku menjaga Nuruddin Al-Zinki di wad hospital. Tanpa keluh kesah menerima ujiam dan redha atas ketetuan ini...tiada pengorbanan sehebat ini buat saya...kerana terlalu banyak lg pengorbanannya yg tidak mampu dinukilkan di atas lembaran....


Terima kasih wahai isteriku..........jg buat sahabat2 yg membaca coretan ini....hargailah pasangan anda dan terimalah seadanya kerana kita telah mengikat janji bersamanya dihadapan dan bersaksikan Allah...ketika diucapkan ....aku terima nikahnya....

07 February 2012

Usrah keluarga - Mari Mengecat Rumahku...

Alhamdulillah, kesempatan hari Sabtu bersama isteri dan anak-anak cuba saya manfaatkan. Waluapun jadual penuh dengan mesyuarat dan aktiviti NGO serta menyiapkan kerja-kerja tampal-menampal dan sistem fail sekolah, namun manfaatkan masa bersama keluarga juga perlu ada.  Barulah dikatakan dakwah merangkumi semua aspek. Anak-anak juga perlu ditarbiyah. Dengan keadaan isteri masih berpantang, aktiviti yang telah saya janjikan bersama anak-anak harus ditunaikan. Aktiviti "Mari mengecat rumah!!"

Lihatlah gambar-gambar dibawah menunjukkan keriangan dan keseronokan anak-anak untuk membantu mengecat walaupun sekejap sahaja mereka membantu....dengan alasan penat...huhu...

Namun yang penting mereka mendapat pengalaman dan pembelajaran sewajarnya....usaha tangga kejayaan....InsyaAllah lepas ni nak menghias pula dinding tu....

Nuruddin Al-Zinki juga turut sama membantu......Allah Maha Besar...segala puji bagiNya...nikmat dan rahmatNya merangkumi semua perkara...sama ada kita sedar atau tidak dan kita hargai atau tidak sahaja membezakannya.

Juga sentiasalah kita mengucapkan selawat dan salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad saw kerana atas usaha baginda kita mendapat nikmat Islam dan Iman serta kenikmatan hidup secara Islam yang syumul ini...amin...