Posts

Showing posts from August, 2012

Ramadhan: Pencarian Lailatul Qadr dan penawar

Image
Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk berada sehingga ke penghujung Ramadhan Kareem tahun ini. Pencarian utama sudah dimulakan. Mencari permata yang terindah dalam Ramadhan yang mulia ini. Mencari Lailatul Qadr...tiada tarikh dan masa yang tepat diberikan...cuma petunjuk dan tanda-tanda sebagai harapan...begitulah istimewanya dalam mencarinya....untuk menguji kesabaran dan keikhlasan kita dalam beribadat di bulan rahmah dan barakah ini... Perumpaan yang sama...sabar lagi ikhlas...ujian buat Nuruddin di bulan Ramadhan ini tetap ada. Selepas mengambil dos kedua imunisasi Pneumococal, nampak kesannya...kesihatan Nuruddin kembali merosot...batuk berterusan selama seminggu (lebih kurang)...dan kemuncak kesannya pada minggu lepas hampir seminggu demam panas tetapi tiada batuk. Kami sedaya upaya memastikan panas badannya sentiasa terkawal. Dengan izinNya, ubat antibiotik di klinik biasa berjaya membunuh kuman yang membawa demam panasnya. Pencarian mas