Posts

Showing posts with the label Tarbiyah

Kelebihan Syaaban & Malam Nisfu Syaaban

Image
Artikel ini diambil dari www.ismaweb.net Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab  Sahih Al-Bukhari dan kitab  Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran. Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah r.a. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Baginda s.a.w. berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w. berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadhan. Aku tidak pernah melihat baginda s.a.w. berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari). Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah...

Isti'jal

SUMBER BAHAN DARI WWW.ISMAWEB.NET  Isti’jal , satu penyakit yang menimpa umat Islam sama ada individu ataupun jamaah , iaitu mahukan perubahan segera tanpa mengambil kira akibat, keadaan mahupun latar belakang dan tanpa membuat persiapan yang baik dari segi sumber, uslub dan wasilah. (Takrif ini kalau disyarahkan boleh menjawab pelbagai masalah individu dan jamaah). Isti’jal memang tabiat manusia. Semasa Nabi Adam dicipta dan ditiupkan ruhnya, baginda terus bangun sebelum sempurna peniupan ruh tersebut! Tanda awal bahawa jenis manusia memang suka tergesa-gesa! Allah sendiri perakukan; خلق الإنسان من عجل (Al-Anbiya’: 37) bermaksud; Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru  pada serba-serbinya… Dalam sirah di Makkah, masyhur kalam Nabi SAW kepada Khabbab bin Al-Art apabila beliau meminta nabi berdoa agar dilepaskan umat Islam dari kezaliman Arab Quraisy. Tapi nabi menjelaskan bahawa umat terdahulu diuji lebih dahsyat lagi sehingga ada yang dibelah dengan gergaji tetapi...

Siri Tarbiyah 1- Golongan yang tercicir @ futur (bahagian 2)

Jika kita lihat tentang susunan bab-bab dalam buku ini, pastinya ada kepentingan dan keperluan yang lebih utama yang difikirkan oleh Ustaz Fathi Yakan. Oleh yang demikian ana berpendapat eloklah dan moleklah jika kita ingin mengkaji dan bermuhasabah terhadap gerak kerja dakwah kita harusnya bermula dari yang pertama.....bukannya dua, tiga atau seterusnya. Barulah kita akan nampak kesinambungan dan kaitannya dengan ketiga-tiga faktor utama sebab-sebab keciciran ini. Mari kita kaji dan selidiki maksud bagi setiap sub-sebab yang diutarakan. a) Kelemahan dari sudut tarbiyah Biasanya apabila amal sesuatu harakah itu semakin berkembang, maka kemampuan dan kebolehan untuk mengutamakan bidang kerohanian@tarbiyah mula sedikit goyah. Masing-masing yang berada dalam ketumbukan pimpinan akan disibukkan dengan program dakwah atau peribadi yang membawa kepada kurang pekanya terhadap tarbiyah. Jadi mahu tidak mahu, anggota harakah samada mereka di barisan pimpinan atau pejuang mestilah mengiku...

Siri Tarbiyah 1 - Golongan yang tercicir @ futur!! (Bahagian 1)

Sumber : Buku...Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah oleh Fathi Yakan.... Tujuan penulisan dan ulasan ini semata-mata untuk memperingatkan diri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar terus istiqamah dan berhati-hati dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Walaupun seringkali kita tertipu dengan diri dengan merasakan bahawa tarbiyah yang dilalui banyak dan lama ....kita jangan lupa kerana banyk faktor-faktor lain yang mampu mencicirkan kita atau dengan bahasa lainnya.... futur .....semoga Allah swt menetapkan diri dalam kerja-kerja dakwah ini hingga akhir hayat. Antara sebab-sebab utama keciciran ini adalah: 1) Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan (harakah). 2) Sebab-sebab yang berkaitan dengan individu. 3) Sebab-sebab luar yang menekan. InsyaAllah kita akan sama-sama melihat dan memerhatikan di mana diri kita dan adakah terdapatnya sifat-sifat dan keadaan-keadaan ini yang melanda jiwa dan rohani kita kini. 1) Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan (...

Siri Tarbiyah 2- Sirah....Hamzah bin Abdul Mutalib

(sumber dari ismashahalam.net) Hamzah bin Abdul Mutallib Hamzah bin Abdul Muttalib lahir diperkirakan hampir bersamaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib dari Bani Zuhrah.   Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib dan Abdullah bin Abdul Mutallib terjadi bersamaan waktunya, dan ibu dari Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib. Tubuhnya tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya. Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda. Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai Asadullah atau Singa Allah kerana keberaniannya. Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy. Salah seorang daripadanya bapa kepada Hendon, isteri Abu Sufi...

Lima perkara penting buat REMAJA MUSLIM....

Image
Lima perkara yang perlu diamalkan oleh REMAJA MUSLIM yang SOLEH / SOLEHAH !! 1 ) Sembahlah Allah sebanyak mana KEPERLUANMU padaNya... 2 ) Ambilah apa-apa yang daripada dunia menurut keperluan selama UMURMU didalamnya. 3 ) Lakukan MAKSIAT kepada Allah, menurut KEMAMPUANMU untuk menanggung AZABNYA!!  4 ) Persiapkanlah BEKALAN di dunia, selama mana kamu tinggal di dalam KUBUR!! 5 ) Beramallah untuk SYURGA, menurut lamanya MASA untuk kamu tinggal di dalamnya.... Pesanan :  Sheikh Al-Balkhi...

Muzakarah Pengerak KRIM 2009

Image
Alhamdulillah, semalam selesai satu program Muzakarah Pengerak KRIM 2009 untuk seluruh negara. Banyak infa dan perkongsian ilmu diperolehi bagi memantapkan kerja2 dakwah terhadap remaja ni. Beberapa Pakar Motivasi telah membentangkan kertas kerja mereka bagi membantu KRIM kawasan dan negeri merancang program tahun depa bagi merealisasikan Proje GEREM 2010/2011. Antaranya Tn Hj Arif, akh Bukhari, Ust Rusdi Alias, Cikgu Ismail(Jhr), Akh Helmi (N9) dan Ukh Rasyidah (DHL). Namun sebelum itu akh Aminuddin Yahya@Chief of da mission@Penasihat Projek GEREM telah membentangkan kertas kerja mengenai Projek GEREM... Kita mesti dan harus 'down'kan level pemikiran kita setaraf dengan remaja, barulah boleh mengikat hati2 mereka. Harus dekat dan sentiasa bersama mereka.... Pengorbanan??Itu wajib!! Duit, masa, tenaga dan idea....sudah pasti... Apa pun ironinya...tiada Dakwah tanpa Pengorbanan... ini urusan 'jual beli' dgn Allah swt...

Al-Hilmi

Pengertian : i) Bahasa - Tenang ketika marah walaupun mampu untuk membalas dan berkuasa. ii) Al-Halim - nama dan sifat Allah Bersifat pemaaf dan tenang. Firman Allah swt : " Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak" (Fathir : 45) iii) Sifat Al-Hilmi pada manusia Sifat ini pada manusia menunjukkan kesempurnaan dan penguasaan akal. Ia juga menunjukkan kekuatan marah akhirnya mengalah dan tunduk kepada arahan akal. (Sumber : Asas2 Islam, Dr Ali Laban) Natijahnya, hanya manusia (muda, tua, kanak-kanak,remaja dan dewasa) yang beriman sahaja mampu menga...

Mudahnya hati manusia tesentuh....

Em, bila baca tajuk ramai yang terfikirkan tentang hati...ada macam-macam hati. Hati kering, hati keras, hati busuk, hati lembut, hati lembik dan yang paling bahaya, HATI MATI.... Bila mati itu mati, segalanya dibuat untuk kepuasan diri sendiri. Manusia mudah tersentuh hatinya jika ada individu lain menggunakan kata-kata yang baginya 'kasar'. Saya juga baru mengalami pengalaman ini hari itu. Manusia manakah yang tidak merasa 'kecil hati' dan 'sakit hati' apabila ada individu yang berasakan mereka sahaja yang hebat membuat fitnah dan menghina kita dihadapan rakan-rakan sejawat yag lain. Jika ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Jadi saya kembali kepada sirah Nabi saw, bilamana Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabar dengan penghinaan, cacian, fitnah dan kata-kata kesat ketika berdakwah. Oleh yang demikian, saya pun ingin jadikan baginda idola dan panduan dalam menghadapi mehnah dunia dalam kehidupan dunia mahupun akhirat(berdakwah). M...