Posts

Showing posts with the label anak

Sekolah bermula - Nuruddin Al-Zinki mula tadika...

Image
Alhamdulillah...tanggal 2 Januari 2014 yang lepas, Nuruddin Al-Zinki berpeluang ke sekolah tadika secara formalnya. Setelah mengharungi detik kelahiran yang menguji kami, kini Nuruddin masih lagi mampu bertahan untuk kekal ceria dan gembira. Di kala umurnya mencecah 4 tahun, Nuruddin sudah semakin sembuh dari masalah kesihatannya. (rujuk artikel sejak tahun 2010)...kini tiba masanya untuk Nuruddin keluar bersama masyarakat dan bergaul semampu yang boleh namun masih lagi sentiasa diawasi. Gambar Nuruddin Al-Zinki yang memasuki kelas 4 Abu Hurairah dan abangnya, Nuqman 6 Ibn Rusyd....(kadang-kadang ramai menyangka mereka ni kembar).... ; ) Doakan Nuruddin berani dan terus sihat ......insyaAllah....

Terkini Nuruddin Al-Zinki usia 3 tahun 1 bulan

Image
Lokasi gambar di ambil semasa di Hospital Serdang bulan Mei...pertemuan dengan doktor pakar....bersama abang tersayangnya Nuqman...

Nuruddin Al Ziniki kembali ke wad....

Image
Belum sampai sebulan, Nuruddin Al Zinki kembali ke wad kanak-kanak 5A...selepas bernafas laju dan batuk semalam. Namun keadaannya sihat dan riang cuma Dr tetap memberi 'nap' untuk memastikan paru-paru 'bersih' dan 'clear'. Cuma satu kerisauan ialah jangkitan virus lain yang sentiasa berlegar di wad ini. Dr sedang cuba memindahkannya ke bilik/katil lain (pengasingan) bagi mengelakkan jangkitan... Doakan Nuruddin Al Zinki cepat keluar dan dijauhkan olehNya daripada mendapat jangkitan lain.

Maaf....waktu melawat telah ditutup...

Image
Secara rasminya kami TERPAKSA menutup pintu dan peluang buat keluarga, ikhwah akhawat, rakan-rakan, sahabat-handai dan yang mengenali kami daripada MELAWAT Nuruddin Al-Zinki dihospital mahupun di rumah kelak (kuarantin) atas nasihat para Doktor Pakar...ini berikutan sudah dua kali Nuruddin Al-Zinki dijangkiti VIRUS (demam dan batuk) walaupun telah disahkan sembuh sehari sebelumnya yang mampu mengakibatkan serangan BRONCOSPYSM semula akibat KETIDAKSERIUSAN diri kami, para pelawat, jururawat mahupun para Doktor menjaga kebersihan semasa berada bersama Nuruddin Al-Zinki. Kami tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tetapi DEMI MASA DEPAN Nuruddin Al-Zinki supaya cepat sembuh dan pulang ke rumah kerana HOSPITAL juga tempat yang paling banyak VIRUS bertebaran....     DOA DAN SOKONGAN semua buat masa ini lebih diperlukan....terima kasih kepada yang telah melawat  Nuruddin Al-Zinki...kehadiran semua menguatkan semangatnya untuk terus bertahan.....

Hari ke 22...ditambah 5 hari lagi!!

Image
Bismillahi rahmanir rahim.....Allah Maha Mengetahui dan maha Berkuasa terhadap segala hamba dan makhlukNya. Segala perancangan dibawah pengetahuanNya. Sebagai manusia kita harus sentiasa berbaik sangka dengan ketentuanNya. Mudah-mudahan kami tetap SABAR dan REDHA dengan ujian ini sebagai penghapus dosa dan peningkat darjat keimanan padaNya. Mula-mula aktif dan riang.... kemudian...batuk berterusan dan merengek..... Pagi tadi (semalam), Nuruddin Al Zinki kembali batuk (tanda2 saluran paru2 mula sempit) walaupun sehari sebelumnya berada dalam keadaan yang sihat....maka Dr Pakar menambah lagi ubat antibiotik yang baru (sebenarnya yang lama tetapi di tambah dosnya) bagi mengurangkan batuk dan seterusnya mengawal virus yang diperolehi....Maknanya lagi 5 hari Nuruddin akan diberi ubat antibiotik dan sama-sama kita berdoa Nuruddin Al Zinki akan dapat sembuh sepenuhnya pada minggu depan....insyaAllah....setakat ini abi dan umminya bergilir-gilir menjaganya di hospital.....

Ditahan lagi....demam panas pula

Image
Nuruddin Al Zinki yang sepatutnya dibenarkan pulang pada hari ini, demam panas pula....Dr Pakar menyarankan ubat antibiotik lain pula....maknanya tambah lagi 5 hari berada di sini.....hanya padaNya kami berserah...moga2 diberikan lagi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.....

Masih di wad..hari ke 18!!

Image
Walaupun nampak sihat dan ceria....namun tekanan darah Nuruddin masih tinggi dan terpaksa mengambil ubat darah tinggi bagi menurunkan dan menstabilkan keadaannya...juga ditambah dengan demam yg masih 'on off' ....doakan besok Dr Pakar benarkan Nuruddin Al Zinki pulang....

Nuruddin Al ZInki masih di wad: Kesan ubat?? Mungkinkah?

Image
Alhamdulillah, pagi ini genap 13 hari Nuruddin Al Zinki diberikan peluang untuk terus bersama kita selepas mengalami saat gentingnya...yakni 9 hari di ICU dan masuk 4 hari di wad peadatrik ini. Namun yang agak menggusarkan kami, tentang penyakitnya, Bronchospasm (lihat artikel di bawah), sudah semakin pulih, tetapi kesan rawatan mula timbul. Setakat yang kami nampak (tapi Dr pun belum pasti puncanya sama ada kesan ubat atau faktor2 lain), perutnya kembung dan keras, minum susu banyak tapi air kencing lagi banyak kuantitinya sehingga terpaksa tambah air, badan penuh ruam-ruam yang kasar, pada pergelangan tangan (tempat masukkan ubat dan ambil darah) melecuh sehingga terpaksa sentiasa dibersihkan dengan ubat antiseptik (sakit dan pedihnya bila dicuci) dan belakang kepalanya terdapat 3 kawasan yang bengkak@benjol....semuanya masih dalam kajian dan rawatan.  Doakan Nuruddin Al Zinki cepat sembuh sebab kami pun rasa kasihan dan tak sampai hati bila Nuruddin mula merengek dan menangis...

Keajaiban yang dinanti....dikabulkan jua....

Image
Alhamdulillah pada hari ke 9 (Sabtu, 28 Mei 2011), akhirnya keajaiban yang dinanti berkunjung jua. Doa yang dipinta dan dipohon diperkenan jua. Nuruddin Al Zinki melepasi tahap pertama dari saat yang genting ... dikala pada suatu ketika 'tiada harapan@hanya doa senjata terakhir buatnya'....kini berkat dan makbulnya doa keluarga, kawan-kawan dan sahabat-sahabat seperjuangan ..... pada tika ini Nuruddin Al Zinki semakin pulih dan mampu bernafas secara normal (walaupun masih dibantu dengan gas oksigen) dan masih terdengar bunyi 'kahak' dari dadanya....mudah-mudahan ianya memberi satu petunjuk dan petanda kesembuhan semakin menjelma. Dan ianya pasti berita gembira buat umminya yang kebetulan menyambut ulang tahun lahirnya semalam (29 Mei 2011) disaat Nuruddin Al Zinki disisinya sentiasa. 

Hari ke-8 di wad ICU (gambar)

Image
Separuh sedar.... "Ya Allah berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujian ini dan berilah ketabahan kepada abi, ummi, along, kak ngah dan abg cik untuk terus sabar dengan keadaanku ini...amin"

Isnin....hari ke 5 buatnya....

Image
Bissmillahir rahmanir rahim.....alhamdulillah diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk kembali menulis selepas semalam tidak mampunya jari-jari ini menari di atas papan kekunci ini. Gambar disebelah di ambil pada 22 Mei 2011 (semalam), dan pada ketika ini Nuruddin Al Zinki masih di 'paralys' kan supaya sentiasa tidak bergerak kerana ianya akan menyebabkan 'spysm' berlaku (pengecutan paru-paru) secara mengejut. Pagi semalam (Ahad), suhu badan Nuruddin terutama di kaki menurun (sejuk) sehingga terpaksa disarungkan dengan satu alat pemanas khas dijana oleh mesin(lihat gambar dibawah) bagi memastikan suhunya kembali normal. Kakinya disapu minyak panas dan diurut2 supaya kekal segar kerana sepanjang malam tidak bergerak. 

Masuk hari ke 3 di ICU-kembali KRITIKAL

Image
21 Mei 2011-Jazakallah diucapkan pada ikhwah dan akhawat serta rakan-rakan sekerja dan sematrik dahuli yang sudi melawat Nuruddin Al Zinki hingga tak menang tangan dan kaki hendak melayan. Maaf kiranya kami gagal nak menjwab pelbagai persoalan yang diajukan...setakat yang termampu yang boleh dijawab dalam kondisi sebegini. Allhamdulillah paginya, keadaan Nuruddin Al Zinki agak stabil dan semakin pulih berdasarkan keadaan semasanya disamping observation yang diberikan oleh Dr Azizi (ikhwah) yang datang melawat. Namun menjelang petang dalam jam 4.30 petang, keadaan menjadi sebaliknya. Disaat ramainya pelawat yang ingin menziarahi Nuruddin, di saat itu Allah ingin menguji keimanan dan kebergantungan kami hanya padaNya. 

Hari ke 2 di wad ICU....

Image
20 Mei 2011 - Awal pagi Nuruddin Al Zinki kembali tidak stabil. Sebelum tengahari darah terpaksa ditambah bagi membantu paras hemoglobin dalam darah pada bacaan 10 ke atas (sedangkan pada waktu itu bacaan hanya pada paras 8). Alhamdulillah petang, keadaan kembali stabil tetapi denyutan jantung masih laju hingga mencecah 180.....

Allah ingin menguji kami lagi.....Nuruddin Al Zinki di wad ICU

Image
Segalanya kami serahkan padaNya. Setiap perancangan dan ketentuanNya ada hikmahnya. Kami redha semampunya. Semalam jam 3 pagi kami sampai di bahagian kecemasan Hospital Serdang dan di admit ke wad sejurus sebelum azan Subuh. Jam 10 pagi Nuruddin terus dihantar ke wad ICU dalam keadaan kritikal 50:50.....segala yang termampu cuba dilakukan oleh para Dr bagi memastikan kadar pernafasan kembali normal.  Dadanya terus berombak dengan laju dan pelbagai ubat terus dimasukkan ke dalam badannya bagi menstabilkan keadaanya.

Kronolgi - setahun Nuruddin Al Zinki

Image
Alhamdulillah, hari ini pada 7hb Mei 2011, genap setahun umur Nuruddin Al Zinki. Sejak kelahirannya yang mengundang pelbagai dugaan dan cabaran, Allah swt memudahkan segalanya untuk kami menghadapi keadaannya dan berkat doa dan sokongan keluarga, ikhwah akhawat, sahabat-sahabat, kawan-kawan dan semua yang mengenali kami. Jazakallahu khairon khathira sekali lagi kami ucapkan pada semua. (Gambar kiri - di sebelah ini adalah gambar pertama yang dapat saya ambil pada  7 Mei 2010 di NICU, Hospital Serdang).    Selama 7 hari Nuruddin Al Zinki berkeadaan sebegini dan kami hanya mampu berdoa, membacakan Al Quran setiap kali saya melawat dan sentiasaberkomunikasi dengannya kerana kami dilarang menyentuhnya secara terus dikhuatiri dijangkiti bakteria atau virus (nurse yang urus semua-terima kasih para jururawat yang menjaganya penuh dedikasi).