Posts

Showing posts with the label Umum

Pergimu Ramadhan, Hadirmu Syawal, Merdekakah kita?

Image
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita diizinkan untuk merasai nikmat berada dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini hingga ke penghujungnya buat tahun 1432H ini. Belum tentu lagi adanya peluang dan ruang untuk bersamanya pada tahun hadapan. Oleh yang demikian dalam persediaan kita menyambut Syawal pula, alangkah baiknya jika kita sama-sama mengambil sedikit masa ini untuk meMUHASABAH kembali amalan-amalan soleh yang sempat dibuat pada ramadhan kareem kali ini. Biasanya apabila tiba bulan Ramadhan, pastinya amalan solat sunat terawih dan witir menjadi tumpuan utama masyarakat muslim umum. Namun amalan-amalan lain seperti membaca dan mentadabur Al-Quran hingga khatam, solat qiamulail bermunajat padanya, memberi sedekah sekerap yang mungkin, menyediakan juadah berbuka buat jiran dan masyarakat setempat, mengambil keberkatan bangun sahur di akhir malam menjelang Subuh, mengerjakan sunnah Nabi saw ketika berbuka dengan buah kurma atau tamar,  banyakkan beristighfar dan mengingat...

Ujian Badar Qubro buat Nuruddin Al Zinki ....

Image
Assalamualaikum. Salam ramadhan dan selamat beriktikaf...nampaknya rezeki nak beriktikaf bersama-sama di Masjid Wilayah tidak kesampaian. Ujian ramadhan menduga kami. Adakah kami menjadi orang2 yang sentiasa bersyukur atau sebaliknya.  Sebelum ke hospital (Khamis) Nuruddin Al Zinki ditakdirkan olehNya untuk kembali ke wad 5A, Hospital Serdang buat kali ke 5 bagi tahun 2011 ini pada pagi hari Jumaat lepas. Batuknya semakin kuat dan nafasnya semakin tercungap-cungap. Tepat jam 12.30 tengah hari, Nuruddin Al Zinki dibawa ke wad. 

Ujian itu satu rahmat....

Image
Bulan Ramadhan yang mulia ini, berduyun-duyun manusia bergelar muslim terus mengejar ganjaran-ganjaran pahala yang dilipatgandakan oleh Allah swt dalam setiap ibadat wajib mahupun sunat. Maha Suci Allah yang sangat Pemurah lagi Maha Pengasih. Namun demikian seseorang muslim itu belum benar-benar dianggap bertakwa seandainya hidupnya penuh keriangan dan keseronokan dalam beribadat. Tidak lengkap kehidupan seseorang muslim itu seandainya kita tidak diuji dengan ujian-ujian dalam mengharungi bagi menjadi penentu aras ketakwaan dan keimanan kepada Allah swt.      Adakala manusia akan merasa lemah dan berputus harapan tatkala ketidakmampuan diri menghadapi ujian-ujian ini. Di sinilah perlunya sokongan dan dokongan daripada keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan dalam mengharungi ujian tersebut.  Marilah kita selak kembali sirah para nabi dalam menghadapi ujian. Kisah Nabi Ayub as dengan ujian penyakit, kisah Nabi Zakaria as dengan tentangan pihak kuffar sehingga memba...

Ramadhan 1432H: Takdir buat Nuruddin Al Zinki dan doktornya

Image
Ramadhan kareem baru menjengah hari ke 6....namun semalam kami menerima berita sedih selang beberapa hari kami mendapat berita gembira. Baiklah, kita mulakan dengan berita baik dahulu. Pada hari Khamis lepas (Ramadhan ke 4), Nuruddin Al Zinki dibawa ke hospital untuk bertemu dengan doktor pakar bagi melihat perkembangan terkininya. Dan doktor mencadangkan agar membuat sedikit perubahan terhadap masa pemakaian gas oksigen buat Nuruddin bagi menambahkan kekuatan paru-parunya. Maknanya kini (dalam percubaan), Nuruddin akan hanya memakai gas oksigen pada waktu malam atau waktu tidur sahaja. Alhamdulillah, makin aktiflah Nuruddin bermain satu rumah ditambah dengan kemampuannya yang sudah berjalan. Cuma Doktor hanya risau kerana berat badannya masih rendah, sekitar 8 kg sahaja.... Namun begitu Nuruddin Al Zinki masih dalam KUARANTIN DI RUMAH, bermakna Syawal kelak semua beraya di rumah sahaja......

Ulangtahun dan Nuruddin Al Zinki

Image
Ulangtahun  semalam disambut dengan suasana agak biasa kerana Nuruddin Al Zinki mula batuk-batuk dan selsema....tanda-tanda yang serius....Doakan Nuruddin cepat sembuh....

Doa dari seorang sahabat...

Ya Allah.... Jadikanlah hidup insan ini selancar air sungai yang lalu ke hilirnya, Tenangkanlah hatinya menghadapi sebarang cabaran  umpama setenang awanMu diangkasa, Ceriakanlah hatinya seiringan senyumannya yang ikhlas seceria hambaMu yang mendapat nikmat dariMu, Kekalkanlah hatinya sentiasa dijalan yang diredhai olehMu... Kata-kata dari seorang sahabat baik zaujahku...

Review semula : 14 tuntutan Interfaith Council (IFC)

Image
Sebahagian kita mungkin tidak sedar atau tidak mengetahui tetapi inilah tuntutan yang dibuat oleh IFC kepada kerajaan. Ada yang telah mereka perolehi dan ada yang masih mereka asak. Tidak pasti apa akan jadi kepada umat Islam jika negara ini diperintah oleh mereka. Kepada yang terlalu bersemangat untuk menjatuhkan pemerintah, telitilah perkara ini dengan penuh kematangan tanpa emosi. Benar kita benci dengan keburukan yang ada tetapi biarlah yang nak menggantikan itu lebih baik dari yang sedia ada, bukan ia menambah buruk lagi. Apatah lagi jika ia melibatkan soal-soal agama Islam. Mereka nampak berbeza parti tetapi di belakang, mereka bersatu. Tidakkah kita ingat semasa pemerintahan Pak Lah, menteri-menteri kabinet bukan Islam bersama menandatangai menyokong IFC ? Adakah pemimpin Melayu Islam  tidak boleh bersatu?

Program KRIM Shah Alam di SAMTTAJ 2011

Apa tu Bronchospasm??

Image
Makna Bronchospasm yang di alih bahasa daripada Wikipedia Bronkospasme atau kejang bronkial adalah penyempitan tiba-tiba otot-otot di dinding bronkiolus. Hal ini disebabkan oleh keluaran (degranulation) zat daripada sel mast atau basofil di bawah pengaruh anaphylatoxins. Hal ini menyebabkan kesulitan bernafas yang bisa sangat ringan sampai parah. Radang saluran udara dan bronkokonstriksi di asma. Airways menyempit sebagai akibat dari penyebab respon inflamasi tersengal-sengal.

SeLaMaT HaRi GuRu....

Image
Salam ukhuwah buat semua sahabat2 dan kawan2 seperjuangan dalam bidang perguruan....insyaAllah esok hari kita akan menyambut hari Guru....satu2nya hari para guru diperingati semula....walaupun kerap kali menjadi mangsa dan cacian ibu bapa apabila anak2 mereka gagal dalam peperiksaan. Semuanya tu telah lali ku lalui. Sebagai pendidik, disinilah tempat untuk menanam  biji benih PAHALA sebanyak mungkin, yg rasanya tiada kerjaya lain yg berpeluang seperti GURU.... Setiap keringat yang dicurah dengan ikhlas, insyaAllah akan mendapat ganjarannya di dunia mahupun akhirat...namun ianya mampu menarik kita ke neraka andai kita cuai dan lalai mendidik dan yang paling penting.....sentiasa memperingatkan murid2 akan kebesaran dan keagungan Allah swt... Marilah kita sama-sama MUHASABAH diri semula agar setiap detik dan saat keringat para guru....menjadi butir2 cinta padaNya..... 

Karnival Sukan Remaja Muslim (KASRIM) 2011

Image
Cuti sekolah semakin hampir, ayuh bersama tonjolkan aksi dan bakat anda dalam KARNIVAL SUKAN REMAJA MUSLIM (KASRIM 2011) !! Pertandingan futsal yang bakal menyaksikan bakat-bakat seluruh Shah Alam. Ayuh, bawa rakan anda dan sertai kami KRIM Shah Alam dalam pertandingan ini!

mari sertai.....Krim D'reunion...

Image
    D'REUNION KRIM SHAH ALAM Peserta Semua ahli KRIM & REMAJA yang berminat untuk mnyertai KRIM  (lelaki shj)

Nu'aim dan Sambutan Maulidur Rasul saw 1432H

Image
Berikut adalah gambar-gambar semasa program Sambutan Maulidur Rasul saw 1432H di Sk Seksyen 27 (2), Shah Alam.....gambar2 Nu'aim....kelas 1 Cempaka.... Apa tengok2..tahulah saya ni hensem... Inilah hasil lukisan saya..oppss silap hasil mewarna saya....cantik tak? Apalah kawan2 saya ni ..malu-malu pula...

Nuruddin Al Zinki sihat..Nuqman pula tak sihat...

Image
Alhamdulillah petang semalam Nuruddin Al Zinki selamat pulang ke rumah setelah hampir 8 hari di wad.......namun Allah ingin menguji lagi kami di mana Nuqman pula mula demam panas....sehingga berita ini ditulis, Nuqman masih panas badannya........

Hari ke 7....masih demam...diberi antibiotik

Image
Hari ini (semalam), Nuruddin Al Zinki masih demam.....masih 38 - 39 darjah celcius.....perlu sentiasa perhatikan takut kena sawan atau 'tarik' pula. Alhamdulillah batuk  dah sangat berkurangan. Cuma kesian sebab masuk ubat antibiotik melalui tiub di tangan. Ini bagi membolehkan demamnya cepat kebah dan Dr memberikan 24 jam untuk melihat kesan antibiotik....maknanya jika masih demam....penyakit lain pula lah yang bertandang....sebab orang kata tak elok duduk lama-lama kat hospital....dah namanya hospital tempat penyakit mencari 'kawan-kawan' baru... Jadi kita sama-sama doakan supaya cepat kebah demamnya.....rasanya kali ini penat sikit berulang dari Jalan Kebun, Klang ke Hospital Serdang....lebih 20 km dari rumah lama....Ya Allah berilah daku dan keluargaku kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi ujian ini walaupun tidaklah sehebat hamba2 Mu yang soleh .....bila mereka diuji keimanannya....

Status terkini ,,,, Al Zinki....

Image
Segala perancanganNya tidak mampu kita sebagai hambaNya menduga secara tepat apa jua pengakhiran kita....disangka hari ini Al Zinki dapat kembali ke teratak kecil kami ini, tidak kesampaian....sedikit keanehan berlaku.... Petang semalam, Al Zinki berada dalam kondisi yang cukup menyakinkan untuk beransur pulang dengan hanya mengambil nab 4 jam sekali...namun selepas sinaran mentari memancar, kahak mula mencair keluar lalu membingitkan bunyi berdesing menandakan kondisi semakin tidak selesa buatnya. Nab juga mula diambil sejam sekali.... Petang tadi pula, dikesempatan masa yang ada (terima kasih pada kawan2 sekolah@jiran yg sudi menjaga anak2 kami sehingga waktu maghrib), kadar keaktifan masih baik walaupun masih kedengaran bunyi kahak semasa bernafas. Doktor mula keliru dan akhirnya satu lagi kaedah digunakan....ambil darah untuk menguji tahap kesihatan SEL DARAH PUTIH.... InsyaAllah esok akan kita sama2 ketahui kebimbangan yang mungkin muncul disebalik SEL DARAH PUTIHnya itu.......

Hari ketiga....katil 18 wad 5A....

Image
Hari ketiga di hospital. Masih ambil 'nab' setiap 2 jam. Hingus dah mula keluar banyak. Kahak sudah mula membunyikan iramanya. Diselangi batuk-batuk halus dan kasar sesekali. Tandanya lama lagilah di sini.....

hari kedua...

Image
Berita hari ini, Nuruddin Al Zinki semakin aktif tetapi dia masih diberi 'nab' selang 2 jam sekali bagi melegakan salur pernafasan kerana kahak dalam paru-paru masih banyak. Walaupun saya tidak dapat ke hospital hari ini untuk melawatna, insyaAllah esok selepas sekolah (ada sekolah ganti), kami semua (bersama abang2 dan kakak Al Zinki akan ke hospital sampai malam)....mudah-mudahan esok atau lusa Al Zinki dapat pulang ke rumah....

Nuruddin Al Zinki di tahan wad sekali lagi...

Image
Segala puji bagi Allah kerana memberikan kami terus kekkuatan untuk menghadapi dugaan demi dugaan. Tengah malam tadi Al Zinki batuk tidak berhenti-henti sehingga memaksa kami sekeluarga seawal jam 5 pagi ke Bahagian Kecemasan Hospital Serdang. Kebetulan pula pagi ini Al Zinki ada temujanji dengan Dr Nora, Dr Pakar kanak-kanak untuk melihat perkembangannya menggunakan mesin bantuan oksigen. Namun ketentuan Allah tidak akan dapat diduga. Keadaan Al Zinki dikuatiri semakin buruk menyebabkan Dr Nora mencadangkan Al Zinki ditahan supaya dapat memulihkan dirinya daripada batuk. Semoga Allah swt memberikan yg terbaik buat Al Zinki dan kami sekeluarga. Laporan selanjutnya akan terus diberi dari semasa ke semasa, insyaAllah....

Nuruddin Al ZInki, apa kata doktor.....

Image
Alhamdulillah semalam kami diizinkanNya membawa Nuruddin Al Zinki untuk bertemu Dr Pakar Kanak-kanak yang paling tinggi rankingnya di Hospital Serdang. Walaupun agak lama menunggu giliran dalam 2 jam juga sebelum diperiksa, namun kesabaran menguatkan segalanya. Dr Nora, datang memeriksa di bilik rawatan dalam jam 11.00 pagi. Namun segala butir bicaranya tidak dapat saya dengar dengan jelas dek kerana riuhnya menjaga anak-anak yang lain yang turut serta ke hospital. Hanya isteri saya yang berbicara dengan Dr Nora bersama Al Zinki. Pun begitu keputusan akhirnya, Dr Nora minta Al Zinki menyambung lagi penggunaan gas oksigen tu untuk 2 bulan lagi.. ..bermakna tambah 2 bulan lagilah isteri saya akan sambung cuti yang sememangnya tinggal kurang lebih 2 bulan.....semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik untuk Al Zinki dan kami dalam menghadapi ujian ini.....