Tokoh 1 - Sultan Muhammad Al-Fateh (bahagian dua)
Namanya adalah Muhammad II bin Murad II bin Muhammad I. Lahir pada 20 April 1429 M (26 Rejab 833H). Memegang tampuk pemerintahan pada tahun 1451 M ketika usianya baru 21 tahun. Merupakan sultan Othmaniah yang ke 7. Mewarisi kerajaan yang kuat dan luas daripada sultan-sultan yang terdahulu. Pun begitu beliau tidak berpada, sebaliknya berusaha untuk memperluaskan lagi pembukaannya sehingga keEropah dan Asia kecil. Memerintah selama 30 tahun (1451-1581). Masyhur dengan gelaran "Muhammad al-Fateh" sempena kejayaannya membuka Kostantinople sekaligus melaksanakan janji Rasulullah yang telah disebut di dalam hadisnya semenjak seribu tahun: لتفتحن القسطنطي نية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش Maksudnya: "Sesunguhnya kota Kostantinople akan dibuka. Maka sebaik-baik pemerintah itu adalah yang membukanya dan sebaik-baik tentera itu adalah tentera yang membukanya." Muhammad al-Fateh terkenal sebagai seorang pemimpin yang bijak di dalam ilmu peperangan, b...