Posts

Showing posts with the label keluarga

Masuk wad lagi...buat kali ke 5

Image
Jangan ganggu saya tidur..tadi penat menangis kerana batuk-batuk gatal... Salam ukhuwah buat semua pembaca. Nuruddin Al Zinki dimasukkan semula ke wad kanak-kanak kerana masalah batuknya yg masih 'berbisa' buat paru-parunya hingga gagal 'dijinakkan' oleh ubat-ubat sedia ada. Doktor Pakar terpaksa menukar ke ubat yg lain (katanya sesuai untuk kanak-kanak yang besar) bagi 'melembutkan' virus yang sedikit nakal dan suka berada dalam liang-liang sekitar paru-parunya. Oleh yang demikian, doktor meminta Nuruddin Al Zinki dirawat dan dikuarantin dengan lebih ketat supaya dapat mengawal penularan virus dalam paru-parunya. Sekian berita dan laporan yang dapat dinukilkan. Aduh laparnya saya....

Candid gambar Al Zinki

Image
Hensem tak saya? Hehe....tadi demam...la ni ok skit... Ni tong gas saya... Emm....terima kasih sebab melawati blog saya ini...

Cerita Nu'aim dan sekolah

Image
Tahun 2011 merupakan tahun yang agak memenatkan bagi saya. Tahun ini Nu'aim dah masuk darjah satu....Dia bersekolah sekali dengan saya di SK Seksyen 27(2)....pagi pergi sama-sama.... Alhamdulillah tidak sia-sia rasanya dulu hantar dia ke tadika swasta walaupun mahal tapi nampak kesannya terutama kematangan berbanding rakan2 lain. Dalam erti kata lain guru-guru kat sekolah tak de yang merungut atau komplen yang tidak sedap didengar...Paling ketara bila ramai yang kata dia lebih matang dan dengar kata guru.....sejuk perut ummi Nu'aim... Jom ke sekolah agama... Inilah sekolah agama saya... Gambar ni pula diambil sewaktu nak hantar Nu'aim ke sekolah agama....walaupun hasrat di hati nak hantar ke sekolah rendah islam swasta...namun buat masa ini kedudukan kewangan tidak mengizinkan...mudah2an ilmu yang diperolehi dapat menambah kefahaman terhadap cara hidup Islamnya.....insyaAllah.....