Posts
Akhirnya tiba masa Al-Zinki
- Get link
- X
- Other Apps
Segalanya kita mampu merancang, namun Dia yg menentukan. Kami cuba sedaya upaya mengelakkan Nuruddin Al-Zinki daripada demam dan batuk.....namun perancangannya tidak dapat dihalang. Akhirnya Nuruddin dah 3 hari demam...kebetulan juga dia mengambil suntikan untuk bulan ke3....di klinik.... Hari ni dah 3 hari demamnya sekejap surut, sekejap panas...namun masih dalam keadaan terkawal, cuma susah sikit nak tidur malam...hingga jam kini dah mula kedengaran batuk2 kecil....sejak dia pulang dari hospital baru hari ini dengan bunyi batuk2 yang agak keras....mudah2an dia cepat sembuh...doakan Nuruddin Al-Zinki cepat sihat..sian tengok matanya berair jer....
Musim demam....
- Get link
- X
- Other Apps
Salam ukhuwah buat semua...lama tak update blog ni..lebih 2 minggu badan tak sihat, mood nak menaip pun sama.....anak2 semua demam, lepas seorang, seorang....mula daripada saya (abi), lepas tu along(nu'aim), menjangkit pula pada abg cik (nuqman), sambung lagi kak ngah (nur husna)....dan terkini umminya pula demam... alhamdulillah Nuruddin Al-Zinki masih diberikan kesihatan yang baik.... Namun kami menganggap semua ini sebagai ujian dan penghapus dosa2 yang kami lakukan dalam sedar atau tidak...mungkin dalam masa kami bekerja mencari rezeki yang halal, ada termasuk perkara2 yang syubhah atau tidak amanah dalam masa...mungkin juga dalam kerja dakwah kami yang kadang2 menggugat ketabahan iman dan kesabaran dalam menangani masalah sesama penggerak.....atau Allah sengaja menguji kami supaya sentiasa kembali muhasabah dan mengingatinya dalam setiap saat dan ketika.....syukur Ya Allah...ujianMu bukti kasih sayangMu....dan kami redha dan sabar menghadapinya...... Begitu juga kepada kawan...
Al-Fatihah buat adik kecil ini....
- Get link
- X
- Other Apps
Dikeheningan petang ini, kami dikejutkan lagi berita seorang lagi sahabat kecil dan peneman Nuruddin Al-Zinki di wad NICU, Hospital Serdang, yakni adik Hurin telah selamat kembali ke rahmatullah.....ketabahan dirinya yang diberikan Allah swt selama lebih 7 bulan ini sangat unik dan menimbulkan rasa bersyukur yang amat sangat kepadaNya....adik kecil ini hidup bergantung dengan alat pernafasan oksigen, sama seperti Nuruddin sebulan yang lepas. Kami sempat mengenali keluarganya terutama ibunya yang juga seorang guru, cukup tabah dan tenang riak mukanya merawat dan menjaganya selama di hospital.....marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham adik Hurin ini. .. Sebulan yang lepas juga seorang lagi kenalan si kecil kami iaitu adik Eva (nama panggilannya) telah selamat pulang ke rahmatullah juga dengan komplikasi sakit yang hampir sama.......sesungguhnya keadaan2 sebegini banyak menyedarkan kami, hidup ini sementara dan anak2 yang dikurniakan adalah amanah dan Allah swt boleh ...
Umurnya hampir 2 bulan setengah
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah kini umur Nuruddin Al-Zinki menjengah 2 bulkan setengah....walaupun masih dikuarantin di rumah, mudah2an doa2 semua terus dilontarkan padanya....insyaAllah isnin ini Nuruddin akan ke Hospital Serdang untuk menjalanii pemeriksaan kali pertama semenjak keluar hospital....doakan kesihatan Nuruddin Al-Zinki terus bertambah baik kerana kadang-kala nampak sedikit tercugap-cungap pernafasannya.... Video live Nuruddin Al-Zinki Saya tengah tidur... Antara ubat-ubat saya
Akhirnya selesai juga bercukur...
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah, pada hari Ahad lepas dapat juga saya selesaikan impian untuk mencukur rambut Nuruddin Al-Zinki setelah benar-benar yakin dengan kondisi kesihatannya. Segala puji bagiNya yang memudahkan urusan ini walaupun pada satu ketika terpaksa dihentikan sesi mencukur ini bilamana Nuruddin kelihatan agak tercungap-cungap kerana sering menangis. Akikahnya pula terpaksa ditangguhkan dulu memandangkan keadaan ekonomi keluarga tidak mengizinkan lebih-lebih lagi umminya terpaksa bercuti tanpa gaji.....mudah-mudahan Allah menguatkan azam dan mengizinkan impian kami ini...