Posts

Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Image

Masuk wad lagi...buat kali ke 5

Image
Jangan ganggu saya tidur..tadi penat menangis kerana batuk-batuk gatal... Salam ukhuwah buat semua pembaca. Nuruddin Al Zinki dimasukkan semula ke wad kanak-kanak kerana masalah batuknya yg masih 'berbisa' buat paru-parunya hingga gagal 'dijinakkan' oleh ubat-ubat sedia ada. Doktor Pakar terpaksa menukar ke ubat yg lain (katanya sesuai untuk kanak-kanak yang besar) bagi 'melembutkan' virus yang sedikit nakal dan suka berada dalam liang-liang sekitar paru-parunya. Oleh yang demikian, doktor meminta Nuruddin Al Zinki dirawat dan dikuarantin dengan lebih ketat supaya dapat mengawal penularan virus dalam paru-parunya. Sekian berita dan laporan yang dapat dinukilkan. Aduh laparnya saya....

Karnival Sukan Remaja Muslim (KASRIM) 2011

Image
Cuti sekolah semakin hampir, ayuh bersama tonjolkan aksi dan bakat anda dalam KARNIVAL SUKAN REMAJA MUSLIM (KASRIM 2011) !! Pertandingan futsal yang bakal menyaksikan bakat-bakat seluruh Shah Alam. Ayuh, bawa rakan anda dan sertai kami KRIM Shah Alam dalam pertandingan ini!

mari sertai.....Krim D'reunion...

Image
    D'REUNION KRIM SHAH ALAM Peserta Semua ahli KRIM & REMAJA yang berminat untuk mnyertai KRIM  (lelaki shj)

Nu'aim dan Sambutan Maulidur Rasul saw 1432H

Image
Berikut adalah gambar-gambar semasa program Sambutan Maulidur Rasul saw 1432H di Sk Seksyen 27 (2), Shah Alam.....gambar2 Nu'aim....kelas 1 Cempaka.... Apa tengok2..tahulah saya ni hensem... Inilah hasil lukisan saya..oppss silap hasil mewarna saya....cantik tak? Apalah kawan2 saya ni ..malu-malu pula...

Nuruddin Al Zinki sihat..Nuqman pula tak sihat...

Image
Alhamdulillah petang semalam Nuruddin Al Zinki selamat pulang ke rumah setelah hampir 8 hari di wad.......namun Allah ingin menguji lagi kami di mana Nuqman pula mula demam panas....sehingga berita ini ditulis, Nuqman masih panas badannya........

Hari ke 7....masih demam...diberi antibiotik

Image
Hari ini (semalam), Nuruddin Al Zinki masih demam.....masih 38 - 39 darjah celcius.....perlu sentiasa perhatikan takut kena sawan atau 'tarik' pula. Alhamdulillah batuk  dah sangat berkurangan. Cuma kesian sebab masuk ubat antibiotik melalui tiub di tangan. Ini bagi membolehkan demamnya cepat kebah dan Dr memberikan 24 jam untuk melihat kesan antibiotik....maknanya jika masih demam....penyakit lain pula lah yang bertandang....sebab orang kata tak elok duduk lama-lama kat hospital....dah namanya hospital tempat penyakit mencari 'kawan-kawan' baru... Jadi kita sama-sama doakan supaya cepat kebah demamnya.....rasanya kali ini penat sikit berulang dari Jalan Kebun, Klang ke Hospital Serdang....lebih 20 km dari rumah lama....Ya Allah berilah daku dan keluargaku kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi ujian ini walaupun tidaklah sehebat hamba2 Mu yang soleh .....bila mereka diuji keimanannya....