Posts

Pengorbanan seorang isteri dan ummi

Image
Subhanallah dan alhamdulillah...kututurkan ucapan buatMu Ya Rabb sekalian alam...sambil menemani dan membuai anak bongsuku, Nusaibah di atas katil ini...terbit rasa syukur yg amat sangat kerana dikurniakan seorang isteri dan ummi yg banyak berkorban utk kami sekeluarga. Tahun 2010, pada saat sepatutnya dia berehat dan berpantang di rumah selepas kelahiran Nuruddin Al-Zinki, isteriku menghabiskan 44 harinya di hospital ulang alik setiap hari. Kini sekali lagi pada hari ke 44 selepas Nusaibah lahir pula,isteriku menjaga Nuruddin Al-Zinki di wad hospital. Tanpa keluh kesah menerima ujiam dan redha atas ketetuan ini...tiada pengorbanan sehebat ini buat saya...kerana terlalu banyak lg pengorbanannya yg tidak mampu dinukilkan di atas lembaran.... Terima kasih wahai isteriku..........jg buat sahabat2 yg membaca coretan ini....hargailah pasangan anda dan terimalah seadanya kerana kita telah mengikat janji bersamanya dihadapan dan bersaksikan Allah...ketika diucapkan ....aku terima nikah...

Usrah keluarga - Mari Mengecat Rumahku...

Image
Alhamdulillah, kesempatan hari Sabtu bersama isteri dan anak-anak cuba saya manfaatkan. Waluapun jadual penuh dengan mesyuarat dan aktiviti NGO serta menyiapkan kerja-kerja tampal-menampal dan sistem fail sekolah, namun manfaatkan masa bersama keluarga juga perlu ada.  Barulah dikatakan dakwah merangkumi semua aspek. Anak-anak juga perlu ditarbiyah. Dengan keadaan isteri masih berpantang, aktiviti yang telah saya janjikan bersama anak-anak harus ditunaikan. Aktiviti "Mari mengecat rumah!!" Lihatlah gambar-gambar dibawah menunjukkan keriangan dan keseronokan anak-anak untuk membantu mengecat walaupun sekejap sahaja mereka membantu....dengan alasan penat...huhu... Namun yang penting mereka mendapat pengalaman dan pembelajaran sewajarnya....usaha tangga kejayaan....InsyaAllah lepas ni nak menghias pula dinding tu.... Nuruddin Al-Zinki juga turut sama membantu......Allah Maha Besar...segala puji bagiNya...nikmat dan rahmatNya merangkumi semua perkara...sama ada kita se...

Nuruddin Al-Zinki diusia 1 tahun 8 bulan

Image
Alhamdulillah...sehingga ke saat ini Dia masih memberikan kami kesempatan untuk terus membesarkan, mendidik dan mengasuh Nuruddin Al-Zinki seperti anak2 kami yg lain.kerana jika disoroti semula kisah kelahirannya sehingga kini....itulah nikmat yg paling besar buat kami..... Namun kami tetap mengharapkan doa dan sokongan buatnya serta agar kami terus sabar dan redha dengan ujian ini.... Jg kehadiran Nusaibah menjadi penyeri tambahan buat kami. Masih jauh lg perjalanan dan ujian yg bakal kami tempuhi dalam membesarkan Nuruddin....cuma kami mgharapkan agar keluarga,rakan2,sahabat handai,rakan dakwah, rakan sekerja dan jiran2...memahami kekurangan dan situasi ini...

Kelahiran srikandi kami ....Nusaibah ...2012

Image
Alhamdulillah segal puji dan puja buat Allah swt kerana dengan izin da kehendakNya, maka tercatatlah sejarah pada jam 10.41 malam tanggal 11 Januari 2012 bersamaan 17 Safar 1433H.....lahirlah seorang srikandi buat kami.......yang kami namakan Nusaibah .... anak kami yang ke-5 dan srikandi ke-2 dalam keluarga kami. Nama Nusaibah ini kami pilih bersamaan dengan nama sahabiah Rasulullah saw...semoga srikandi kami ini mampu menjadi seperti sahabiah ini...insyaAllah....amin Nusaibah binti Ka'ab: Srikandi Penolong Rasulullah DI SEKELILING Rasulullah SAW terdapat terdapat para lelaki dan wanita (baca: para shahabat dan shahabiyah ) dengan keimanan dan konsistensi tiada bandingannya. Mereka adalah orang-orang yang berani, dermawan, santun, dan mengasihi orang lain. Tak terhitung lagi banyaknya literatur sejarah yang acapkali memuji kontribusi para sahabat Rasulullah SAW, namun penting juga rasanya memeras tenaga untuk menelisik informasi yang ada tentang kontrib...

aksi Nuqman bersarapan sebelum ke tadika..hari ke 2

Image

Yakinlah kepadaNya

Image
Hari ini hari ketiga dalam tahun masihi 2012. Masih panjang dan jauh lagi perjalanan dalam membesarkan anak2 yang seramai 4 orang ini. Saat ini tugasan di sekolah semakin bertambah. Semakin memberat dan menimbun fail-fail yang perlu diselia. Rasanya semua jawatan penting di sekolah tu dah disandang. Baik Ketua Panitia KH dan Sains, s/u Kokurikulum dan guru kelas.....insyaAllah saya perlu lebih berlapang dada dan redha dengan tugasan dan kepercayaan ini.  Namun tidak sesekali mengalah dan menoleh ke belakang. Hidup ini bukan hanya untuk mencari rezeki untuk keluarga. Hidup ini juga perlu dan wajib menjalankan amanah yang lebih WAJIB.....iaitu meneruskan kerja Nabi Muhammad saw....menyampaikan dakwah dan risalah Islam buat semua umatnya di muka bumi ini...semampu mungkin.....dan kami tidak pernah sedikit pun merasai bahawa bebannya bersama gerakan dakwah walaupun kami harus berkorban tenaga, idea, masa dan harta....kerana di sinilah bermulanya ukhuwahfillah yang tidak dapat dipe...

Keputusan ujian SPO2....

Image
Alhamdulillah selesai sudah ujian 18-hour sleep study SPO2 buat Nuruddin Al-Zinki. Buat masa ini berdasarkan ujian yang dilakukan menunjukkan tanda-tanda positif...oleh yang demikian doktor pakar memberi TEMPOH PERCUBAAN selama 2 BULAN untuk OFF HOME OXYGEN tetapi dengan syarat masih lagi menjaga suasana KUARANTIN DI RUMAH...Jazakllah dan terima kasih buat keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan yang baik untuk Nuruddin Al-Zinki....namun demikian BELUM MASANYA untuk MENDEDAHKAN Nuruddin ke khalayak ramai....maafkan kami... Ujian dibuat seusai Nuruddin tidur (8.00 malam hingga 8.00 pagi) Alat untuk ukur SPO2...(bilangan % O2 dan denyutan jantung) Nuruddin Al-Zinki dan El-Tigre...hospital Serdang ...