Posts

Ulangtahun ke 2...Nuruddin Al-Zinki

Image
Hari ini 7 Mei 2012...genap 2 tahun selepas kelahiran mujahid dan daie muda kami yang paling istimewa...Nuruddin Al-Zinki....di saat kasih sayangNya dan rahmatNya datang melalui ujian ini, hingga ke hari ini baharulah kami rasakan KEMANISAN IMAN apabila diduga dan diuji sebegini.... Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Bijaksana dalam mengaturkan segalanya. Sebagai manusia yang sangat kerdil dan hina ini, hanya beriman dan beribadat padaNya mengangkat darjat kita. Kesabaran, keihklasan dan pengorbanan hanya sebahagian kecil daripada usaha kita melunaskan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Selama 2 tahun ini, Hospital Serdang menjadi rumah kedua kami, walaupun jarak dari Shah Alam ke Serdang ini memang agak jauh.....namun kasih sayang buat daie muda ini tidak menjadi penghalang ditambah dengan tanggungjawab buat 4 orang anak yang lain....selagimana kita BERGANTUNG dan BERHARAP hanya padaNya...insyaAllah ...

Misi 1: perjalanan masih jauh

Image
Assalamualaikum dan salam kasih sayang ukhuwah dari kami sekeluarga...alhamdulillah..misi 1 utk anak kami Nuruddin Al-Zinki selesai walaupun pelbagai rintangan dan halangan sepanjang perjalanan musafir ini. Mudah2an selepas ini ada siar harapan yg lebih baik buatnya. Kami percaya setiap yg ditakdirkan buat kami pastinya ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya.  . Hidup ini hanyalah tempat menanam dan membajai bekalan2 utk dituai disana nanti. Mendidik anak dan mengasuhnya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah bukanlah semudah yang disangka. Kita perlu asuh sejak kecil dalam semua aspek kehidupan....dan jangan kita sogokkan dengan keperluan duniawi sahaja,bahkan akhirat juga...ajar berwudhuk, solat, baca Al-Quran, perbaiki dan tegur tutur kata dan perbuatannya....lihat dengan siapa dia berkawan, dimana kita hendak sekolahkannya dan pelbagai lagi....memang patutlah kita sebagai ibu bapa harus dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku pada keperibadian mereka kelak......

Cuci hatimu segera...

Image
    AYUH BERAMAI-RAMAI KE BRIGED KE-4 KRIM SHAH ALAM... OPS CUCI.... SABTU INI...7 APRIL 2012...8.30 PAGI..SURAU ISLAH... BERPAKAIAN SUKAN... TERBUKA REMAJA SEKOLAH MENENGAH LELAKI PEREMPUAN MUSLIM.. PERCUMA!! HUBUNGI: Abang Khairil : 017-9569048 Abang Husni : 012-3811653 kak Norhafizah : 019-5503779 layari www.krimsak.blogspot.com https://www.facebook.com/ krimshahalam

Mehnah@Ujian seorang daie.....

Image
Ujian satu kerehatan buat diri dan keluarganya?? benar ke?? bukan ke ujian dan kesusahan itu satu penyiksaan dan menyakitkan?? Cuba kt lihat berapa ramai lagi anak2 kecil yg sakit lebih kritikal penyakitnya. Senagai contoh, di wad ni ada seorang ibu yg tabah menjaga anaknya sakit ditambah dengan keadaan anaknya yg OKU....dan dirinya sendiri sedang mengandung dan kandungan bermasalah pula....bandingkan dengan kita.....ww Sebenarnya itulah tanda kasih sayangnya Allah terhadap kita....diujinya kita kerana sayangnya pada kita....supaya kita menilai semula sejauhmana kita sayang padaNya dan sebanyak mana dosa kita yang lalu...dan sebesar mana pergantungan kita padaNya... Buat sahabat2 yg tidak diuji sebegini....muhasabah diri mu jua kerana mungkin Allah akan mengujimu dengan ujian2 yg lain....semoga kita semua dlm perlindungan dan rahmatNya sentiasa..... dan semoga kita tsabat dlm jln yg diajar dan ditinggalkan oleh Nabi saw....dan sebaiknya kita yg menjadi penyambung penyebar ...

Nuruddin Al-Zinki kini...

Image
Maha Suci Allah...Tuhan sekalian alam...Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....segala perancanganNya pasti ada hikmahnya....kini Nuruddin Al-Zinki terus diuji....kesihatannya masih terganggu...batuk on-off....disaat kerja dakwah mula mengembang dan mekar...kami diuji untuk terus sabar dan thiqah terhadapNya....setiap perancanganNya pasti ada sesuatu disebaliknya. Kami mohon sahabat2 juga terus mendoakan kebaikan dan kesembuhan buat anak kami, Nuruddin Al-Zinki....ingat lagi pesanan naqib dulu...jadikan anak2 ikhwah akhawat, seolah2 anak kita juga....maknanya sentiasa mengambil tahu dan menyayangi mereka.... Mudah-mudahan ini bukanlah satu ujian utk menyaring sejauhmana kekuatan kami dalam kerja dakwah risalah Nabi Muhammad saw ini.....

Pengorbanan seorang isteri dan ummi

Image
Subhanallah dan alhamdulillah...kututurkan ucapan buatMu Ya Rabb sekalian alam...sambil menemani dan membuai anak bongsuku, Nusaibah di atas katil ini...terbit rasa syukur yg amat sangat kerana dikurniakan seorang isteri dan ummi yg banyak berkorban utk kami sekeluarga. Tahun 2010, pada saat sepatutnya dia berehat dan berpantang di rumah selepas kelahiran Nuruddin Al-Zinki, isteriku menghabiskan 44 harinya di hospital ulang alik setiap hari. Kini sekali lagi pada hari ke 44 selepas Nusaibah lahir pula,isteriku menjaga Nuruddin Al-Zinki di wad hospital. Tanpa keluh kesah menerima ujiam dan redha atas ketetuan ini...tiada pengorbanan sehebat ini buat saya...kerana terlalu banyak lg pengorbanannya yg tidak mampu dinukilkan di atas lembaran.... Terima kasih wahai isteriku..........jg buat sahabat2 yg membaca coretan ini....hargailah pasangan anda dan terimalah seadanya kerana kita telah mengikat janji bersamanya dihadapan dan bersaksikan Allah...ketika diucapkan ....aku terima nikah...

Usrah keluarga - Mari Mengecat Rumahku...

Image
Alhamdulillah, kesempatan hari Sabtu bersama isteri dan anak-anak cuba saya manfaatkan. Waluapun jadual penuh dengan mesyuarat dan aktiviti NGO serta menyiapkan kerja-kerja tampal-menampal dan sistem fail sekolah, namun manfaatkan masa bersama keluarga juga perlu ada.  Barulah dikatakan dakwah merangkumi semua aspek. Anak-anak juga perlu ditarbiyah. Dengan keadaan isteri masih berpantang, aktiviti yang telah saya janjikan bersama anak-anak harus ditunaikan. Aktiviti "Mari mengecat rumah!!" Lihatlah gambar-gambar dibawah menunjukkan keriangan dan keseronokan anak-anak untuk membantu mengecat walaupun sekejap sahaja mereka membantu....dengan alasan penat...huhu... Namun yang penting mereka mendapat pengalaman dan pembelajaran sewajarnya....usaha tangga kejayaan....InsyaAllah lepas ni nak menghias pula dinding tu.... Nuruddin Al-Zinki juga turut sama membantu......Allah Maha Besar...segala puji bagiNya...nikmat dan rahmatNya merangkumi semua perkara...sama ada kita se...