Posts

Ramadhan: Pencarian Lailatul Qadr dan penawar

Image
Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk berada sehingga ke penghujung Ramadhan Kareem tahun ini. Pencarian utama sudah dimulakan. Mencari permata yang terindah dalam Ramadhan yang mulia ini. Mencari Lailatul Qadr...tiada tarikh dan masa yang tepat diberikan...cuma petunjuk dan tanda-tanda sebagai harapan...begitulah istimewanya dalam mencarinya....untuk menguji kesabaran dan keikhlasan kita dalam beribadat di bulan rahmah dan barakah ini... Perumpaan yang sama...sabar lagi ikhlas...ujian buat Nuruddin di bulan Ramadhan ini tetap ada. Selepas mengambil dos kedua imunisasi Pneumococal, nampak kesannya...kesihatan Nuruddin kembali merosot...batuk berterusan selama seminggu (lebih kurang)...dan kemuncak kesannya pada minggu lepas hampir seminggu demam panas tetapi tiada batuk. Kami sedaya upaya memastikan panas badannya sentiasa terkawal. Dengan izinNya, ubat antibiotik di klinik biasa berjaya membunuh kuman yang membawa demam panasnya. Pencarian mas...

Ramadhan Terakhir....

Image
Segala puji bagiNya, Tuhan semesta alam Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...Ramadhan kian menghampiri kira-kira 5 hari lagi. Segala detik ujian dan cabaran sepanjang tahun hijrah ini, menguji segala keimanan dan kesabaran diri. Hari ini, usia Nuruddin Al-Zinki menjangkau 2 Tahun 2 Bulan 8 hari .... pelbagai ujian ke atasnya kami terima dengan redha dan tabah, insyaAllah. Mungkin ada yang berkata, blog ini diwujudkan khas buatnya, namun sebenarnya, blog ini tempat untuk saya mencurahkan hasil tulisan dan cerpen yang ingin saya nukilkan kerana sejak sekolah minat itu ada, namun tidak sangka, perancangan Allah swt lebih hebat untuk menguji hambaNya.    Walaupun sibuk dengan kerja-kerja badan dakwah dengan NGO ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia - www.ismaweb.net) atau lebih tepat lagi dalam Biro KRIM (Kelab Remaja ISMA)...bergelumang dengan aktiviti remaja...sejak 2004.....rasanya masih banyak lagi aktiviti dan info khusus buat remaja di sekolah menengah belum d...

Nuruddin Al-Zinki

Image
Alhamdulillah Nuruddin Al-Zinki madih dapat bertahan dan kuat dalam menangani dan melawan bakteria-bakteria dan virus yang mungkin ada disekitarnya....sudah hampir 2 bulan dia tidak mengalami batuk-batuk atau selsema yang serius...insyaAllah kami akan terus berusaha mencari penawarnya disamping kaedah lain yang boleh dilakukan. Doakan untuknya agar terus kuat, sihat, bertenaga dan mampu bertahan....

Ulangtahun ke 2...Nuruddin Al-Zinki

Image
Hari ini 7 Mei 2012...genap 2 tahun selepas kelahiran mujahid dan daie muda kami yang paling istimewa...Nuruddin Al-Zinki....di saat kasih sayangNya dan rahmatNya datang melalui ujian ini, hingga ke hari ini baharulah kami rasakan KEMANISAN IMAN apabila diduga dan diuji sebegini.... Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Bijaksana dalam mengaturkan segalanya. Sebagai manusia yang sangat kerdil dan hina ini, hanya beriman dan beribadat padaNya mengangkat darjat kita. Kesabaran, keihklasan dan pengorbanan hanya sebahagian kecil daripada usaha kita melunaskan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Selama 2 tahun ini, Hospital Serdang menjadi rumah kedua kami, walaupun jarak dari Shah Alam ke Serdang ini memang agak jauh.....namun kasih sayang buat daie muda ini tidak menjadi penghalang ditambah dengan tanggungjawab buat 4 orang anak yang lain....selagimana kita BERGANTUNG dan BERHARAP hanya padaNya...insyaAllah ...

Misi 1: perjalanan masih jauh

Image
Assalamualaikum dan salam kasih sayang ukhuwah dari kami sekeluarga...alhamdulillah..misi 1 utk anak kami Nuruddin Al-Zinki selesai walaupun pelbagai rintangan dan halangan sepanjang perjalanan musafir ini. Mudah2an selepas ini ada siar harapan yg lebih baik buatnya. Kami percaya setiap yg ditakdirkan buat kami pastinya ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya.  . Hidup ini hanyalah tempat menanam dan membajai bekalan2 utk dituai disana nanti. Mendidik anak dan mengasuhnya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah bukanlah semudah yang disangka. Kita perlu asuh sejak kecil dalam semua aspek kehidupan....dan jangan kita sogokkan dengan keperluan duniawi sahaja,bahkan akhirat juga...ajar berwudhuk, solat, baca Al-Quran, perbaiki dan tegur tutur kata dan perbuatannya....lihat dengan siapa dia berkawan, dimana kita hendak sekolahkannya dan pelbagai lagi....memang patutlah kita sebagai ibu bapa harus dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku pada keperibadian mereka kelak......

Cuci hatimu segera...

Image
    AYUH BERAMAI-RAMAI KE BRIGED KE-4 KRIM SHAH ALAM... OPS CUCI.... SABTU INI...7 APRIL 2012...8.30 PAGI..SURAU ISLAH... BERPAKAIAN SUKAN... TERBUKA REMAJA SEKOLAH MENENGAH LELAKI PEREMPUAN MUSLIM.. PERCUMA!! HUBUNGI: Abang Khairil : 017-9569048 Abang Husni : 012-3811653 kak Norhafizah : 019-5503779 layari www.krimsak.blogspot.com https://www.facebook.com/ krimshahalam

Mehnah@Ujian seorang daie.....

Image
Ujian satu kerehatan buat diri dan keluarganya?? benar ke?? bukan ke ujian dan kesusahan itu satu penyiksaan dan menyakitkan?? Cuba kt lihat berapa ramai lagi anak2 kecil yg sakit lebih kritikal penyakitnya. Senagai contoh, di wad ni ada seorang ibu yg tabah menjaga anaknya sakit ditambah dengan keadaan anaknya yg OKU....dan dirinya sendiri sedang mengandung dan kandungan bermasalah pula....bandingkan dengan kita.....ww Sebenarnya itulah tanda kasih sayangnya Allah terhadap kita....diujinya kita kerana sayangnya pada kita....supaya kita menilai semula sejauhmana kita sayang padaNya dan sebanyak mana dosa kita yang lalu...dan sebesar mana pergantungan kita padaNya... Buat sahabat2 yg tidak diuji sebegini....muhasabah diri mu jua kerana mungkin Allah akan mengujimu dengan ujian2 yg lain....semoga kita semua dlm perlindungan dan rahmatNya sentiasa..... dan semoga kita tsabat dlm jln yg diajar dan ditinggalkan oleh Nabi saw....dan sebaiknya kita yg menjadi penyambung penyebar ...