Posts

Terkini Nuruddin Al-Zinki usia 3 tahun 1 bulan

Image
Lokasi gambar di ambil semasa di Hospital Serdang bulan Mei...pertemuan dengan doktor pakar....bersama abang tersayangnya Nuqman...

Nuruddin Al-Zinki dari lahir hingga kini

Image

Persiapkanlah anak2...

Image
Alhamdulillah, di kesempatan ini dapatlah juga mencoretkan sedikit perkongsian....dah lebih 2 bulan tidak sempat post apa-apa. Kecelaruan identiti dan jati diri melayu muslim masa kini semakin menebal. Jika di lihat secara umum terutama anak-anak remaja mahu pun kanak-kanak seusia 12 tahun mula menunjukkan, kurangkan penumpuan atau tahunya mereka akan matlamat hidup dan harapan ummah terhadap mereka. Kesibukan mereka dalam facebook(fb) lebih menumpu kepada perkongsian gambar2 dan aktiviti tiada faedah seperti games, fesyen dan lagu2 terkini kebanyakkannya. Satu gaya hidup yang tidak  sihat jika ruang internet seperti fb dibiarkan oleh ibu bapa tanpa pengawasan dan perhatian. InsyaAllah jika kita ada perancangan dan hala tuju anak2 kita, pasti sekurang2nya tidak jauh tersasar matlamat hidup mereka. Contohnya, jika kita mahukan anak2 kita jadi ustaz, hantarlah ke sekolah agama (berbayar@ tidak) atau ke kelas2 agama di waktu cuti/terluang. Jika mahukan mereka menjadi dokt...

Hari Graduasi Nur Husna dan persembahan

Image
Alhamdulillah siang tadi Nur Husna telah selamat menerima watikah segulung ijazah tadikanya....dah macam dapat ijazah kat universiti. Juga ada sesi persembahan dari setiap kelas. Termasuk adiknya Nuqman di kelas 4 Honeybee, jadi 'bintang' ...dalam persembahannya. Mudah-mudahan selepas ini Nur Husna akan lebih gigih berusaha dan mendapat ilmu yang dapat digunakan di dunia dan untuk akhirat....insyaAllah di Sekolah Ibnu Khaldun tahun depan...ameen Along melayan kerenah Nuruddin Al-Zinki Nur Husna mendapat hadiah tempat ke-2 dalam kelas 6 Spider Nusaibah juga sabar menanti hingga ke akhir acara

Bila kata berbicara-along

Image
Alhamdulillah pada hari ahad lepas, Nu'aim berjaya memberanikan diri menyertai pertandingan bercerita islamik anjuran NAZIM zon tengah di gombak. Along berjaya mendapat tempat kedua. Mudah-mudahan along dan adik-adiknya lebih berani dan mampu berbicara dengan lebih baik di hadapan khalayak ramai. Berikut adalah gambar-gambar dan sedutan di tempat kejadian. Jg tidak lupa terima kasih diucapkan kepada ajk NAZIM SHAH ALAM yang sempat melatihnya...mllmh munirah.....jazakillah

Nuruddin Al-Zinki dan risiko pembedahan....

Image
Salam Eiduladha....satu pengorbanan...semalam Nuruddin Al-Zinki bertemu dengan doktor di Hospital Serdang bagi melihat perkembangan masalah lubang di pusatnya. Nampaknya lubang@kulit perutnya masih belum tertutup dengan sendirinya. Bermakna jika dibiarkan akan mengakibatkan komplikasi terkeluarnya usus atau tersumbat. Subhanallah...satu lagi ujian buatnya. Berkenaan pembedahan, insyaAllah tiada masalah yang besar buat para doktor, tetapi yang menjadi masalahnya ialah berkaitan paru-parunya yang mungkin boleh berisiko semasa pembedahan kerana memerlukan penggunaan ubat bius... Doktor menyarankan tunggu sehingga umurnya 3 tahun ke atas bagi mengelakkan risiko terhadapnya, Kini sama-samalah kami mengharapkan doa kalian semua supaya lubang itu tertutup kembali atau sekurang-kurangnya mengecil. hanya padaNyalah kami serahkan segalanya. Mudah-mudahan ujian ini memberikan kami ruang bermuhasabah dan mendekatkan diri lagi kepadaNya.....tiada yang mustahil selagi ia dalam lingkungan ...

Selamat ulang tahun along.....

Image
Segala puji bagi Allah, tuhan pencipta alam yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang....alhamdulillah semalam genap 8 tahun umur along, Nu'aim.....22 Oktober .... moga2 along akan menjadi anak yang soleh dan terus tsabat mengerjakan ibadat sejak kecil ini. Begitu besar kesan tarbiyah dan didikan yang mempengaruhi adik-adiknya yang lain.....