Posts

Tarbiyah vs Realiti

Image
Alhamdulillah....akhirnya diberikan kesempatan untuk mencoretkan sedikit nukilan...di kala dunia maya disibukkan dengan media sosial seumpama facebook dan twitter (tak biasa guna walaupun ada akaun) yang sangat membuka peluang dan ruang dengan pelbagai perkara yang boleh dibicara dan diutarakan....namun...laman ini tetap menjadi pilihan untuk berkongsi kisah dan pendapat... Beberapa minggu lepas cerita tentang kalimah Allah dan penggunaannya....walaupun Mahkamah telah memberikan keputusannya....masih ada yang tidak puas hati....terfikir dan kurenung seketika....besar kesannya kepada generasi akan datang jika mereka mengenal Allah Yang Esa ini sepertimana tuhan agama lain..... Baru-baru ini saya dikejutkan dengan satu kenyataan dari anak murid...tentang pemakaian rantai leher...murid lelaki ni... Cikgu....kalau saya tak pakai rantai tu...kira "tak de TUAH lah"!! Terkejut saya mendengarnya....tak sangka murid yang di zaman serba moden ini masih mempercayai TUAH pada...

Terkini Nuruddin Al-Zinki usia 3 tahun 1 bulan

Image
Lokasi gambar di ambil semasa di Hospital Serdang bulan Mei...pertemuan dengan doktor pakar....bersama abang tersayangnya Nuqman...

Nuruddin Al-Zinki dari lahir hingga kini

Image

Persiapkanlah anak2...

Image
Alhamdulillah, di kesempatan ini dapatlah juga mencoretkan sedikit perkongsian....dah lebih 2 bulan tidak sempat post apa-apa. Kecelaruan identiti dan jati diri melayu muslim masa kini semakin menebal. Jika di lihat secara umum terutama anak-anak remaja mahu pun kanak-kanak seusia 12 tahun mula menunjukkan, kurangkan penumpuan atau tahunya mereka akan matlamat hidup dan harapan ummah terhadap mereka. Kesibukan mereka dalam facebook(fb) lebih menumpu kepada perkongsian gambar2 dan aktiviti tiada faedah seperti games, fesyen dan lagu2 terkini kebanyakkannya. Satu gaya hidup yang tidak  sihat jika ruang internet seperti fb dibiarkan oleh ibu bapa tanpa pengawasan dan perhatian. InsyaAllah jika kita ada perancangan dan hala tuju anak2 kita, pasti sekurang2nya tidak jauh tersasar matlamat hidup mereka. Contohnya, jika kita mahukan anak2 kita jadi ustaz, hantarlah ke sekolah agama (berbayar@ tidak) atau ke kelas2 agama di waktu cuti/terluang. Jika mahukan mereka menjadi dokt...

Hari Graduasi Nur Husna dan persembahan

Image
Alhamdulillah siang tadi Nur Husna telah selamat menerima watikah segulung ijazah tadikanya....dah macam dapat ijazah kat universiti. Juga ada sesi persembahan dari setiap kelas. Termasuk adiknya Nuqman di kelas 4 Honeybee, jadi 'bintang' ...dalam persembahannya. Mudah-mudahan selepas ini Nur Husna akan lebih gigih berusaha dan mendapat ilmu yang dapat digunakan di dunia dan untuk akhirat....insyaAllah di Sekolah Ibnu Khaldun tahun depan...ameen Along melayan kerenah Nuruddin Al-Zinki Nur Husna mendapat hadiah tempat ke-2 dalam kelas 6 Spider Nusaibah juga sabar menanti hingga ke akhir acara

Bila kata berbicara-along

Image
Alhamdulillah pada hari ahad lepas, Nu'aim berjaya memberanikan diri menyertai pertandingan bercerita islamik anjuran NAZIM zon tengah di gombak. Along berjaya mendapat tempat kedua. Mudah-mudahan along dan adik-adiknya lebih berani dan mampu berbicara dengan lebih baik di hadapan khalayak ramai. Berikut adalah gambar-gambar dan sedutan di tempat kejadian. Jg tidak lupa terima kasih diucapkan kepada ajk NAZIM SHAH ALAM yang sempat melatihnya...mllmh munirah.....jazakillah

Nuruddin Al-Zinki dan risiko pembedahan....

Image
Salam Eiduladha....satu pengorbanan...semalam Nuruddin Al-Zinki bertemu dengan doktor di Hospital Serdang bagi melihat perkembangan masalah lubang di pusatnya. Nampaknya lubang@kulit perutnya masih belum tertutup dengan sendirinya. Bermakna jika dibiarkan akan mengakibatkan komplikasi terkeluarnya usus atau tersumbat. Subhanallah...satu lagi ujian buatnya. Berkenaan pembedahan, insyaAllah tiada masalah yang besar buat para doktor, tetapi yang menjadi masalahnya ialah berkaitan paru-parunya yang mungkin boleh berisiko semasa pembedahan kerana memerlukan penggunaan ubat bius... Doktor menyarankan tunggu sehingga umurnya 3 tahun ke atas bagi mengelakkan risiko terhadapnya, Kini sama-samalah kami mengharapkan doa kalian semua supaya lubang itu tertutup kembali atau sekurang-kurangnya mengecil. hanya padaNyalah kami serahkan segalanya. Mudah-mudahan ujian ini memberikan kami ruang bermuhasabah dan mendekatkan diri lagi kepadaNya.....tiada yang mustahil selagi ia dalam lingkungan ...