Isnin....hari ke 5 buatnya....

Bissmillahir rahmanir rahim.....alhamdulillah diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk kembali menulis selepas semalam tidak mampunya jari-jari ini menari di atas papan kekunci ini. Gambar disebelah di ambil pada 22 Mei 2011 (semalam), dan pada ketika ini Nuruddin Al Zinki masih di 'paralys' kan supaya sentiasa tidak bergerak kerana ianya akan menyebabkan 'spysm' berlaku (pengecutan paru-paru) secara mengejut.

Pagi semalam (Ahad), suhu badan Nuruddin terutama di kaki menurun (sejuk) sehingga terpaksa disarungkan dengan satu alat pemanas khas dijana oleh mesin(lihat gambar dibawah) bagi memastikan suhunya kembali normal. Kakinya disapu minyak panas dan diurut2 supaya kekal segar kerana sepanjang malam tidak bergerak. 
Menjelang petang bacaan oksigen dan jantung berada dalam keadaan lebih baik daripada sebelumnya. Jazakallah pada yang hadir ziarah tengahari dan petang semalam termasuk ahli keluarga kami dan rakan-rakan seperjuangan.

Hari ini (Isnin) saya hanya berkesempatan melawat pada jam 6.30 petang bersama anak2.....ujian ini bukan hanya kepada abi dan ummi Nuruddin sahaja, bahkan turut menguji kesabaran dan ketabahan abang2 dan kakak Nuruddin dalam berhadapan pola hidup yang berbeza daripada biasa. Rasa bersalah juga kerana tidak dapat membantu Nu'aim mengulangkaji pelajaran kerana minggu ini adalah minggu peperiksaan di sekolah kebangsaan dan agama...semoga Allah permudahkan baginya di atas pengorbanan untuk adiknya yang tersayang.....

Petang tadi Dr cuba mengurangkan ubat tidurnya supaya Nuruddin sedikit sedar dari keadaan paralys nya...agak stabil dari mata kasar kami....namun sebenarnya simptom spysm masih berlaku (pagi tadi) dan malam tadi. Dr masih bimbang kerana sedikit sebanyak pergerakan2 kecil oleh Nuruddin membuatkan simptom awal spsym td berlaku....Sebenarnya sudah 5 kali tiub salur pernafasan ditukar kerana asyik tersumbat dengan kahak yang datang dari paru-paru. Xray yang dibuat juga menunjukkan terdapat tompokan kuning pada paru-paru sebelum kiri yang mungkin gumpalan kahak atau virus. 

Namun kami tetap tidak  berputus asa untuk terus berdoa, membacakan ayat2 Al-Quran dan solat hajat buatnya. Juga tidak lupa kami terus 'berbual' dengannya untuk menyatakan kasih dan semangat kami buatnya.......

"Di tempat kerja tadi tergerak hati membaca tafsiran surah al-Fathir.....Allah ini menenangkan hati ini pada ayat yang ke-11......"

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Masuk hari ke 3 di ICU-kembali KRITIKAL