Posts

Azam Ramadhan Nuruddin Al-Zinki 1441H

Image
Assalamualaikum semua, Dah lama sangat rasanya tidak post di laman web ni...last tahun 2015. Ni sah tahun 2020. Sebagai permulaan, dikongsikan satu video pertandingan Nazim Shah Alam, bertajuk Azam Ramadhanku Tahun ini dan alhamdulillah dapat tempat kedua. Jom lihat dan komen persembahan ini.

Aksi Nuruddin Al-Zinki di Sukan Tadika Al-Fateh

Image
17 Mei 2015, Nuruddin Al-Zinki berjaya mengharungi aktiviti luar secara terbuka dengan baik.... seronoknya dia walaupun pada mulanya takut juga....dapat sertai dua acara dan salah satunya mendapat johan ...alhamdulillah... Satu lagi pendedahan buatnya untuk menjadikan dirinya lebih kuat dan sihat... Jom doakan ye..

Tungguku lagi 4 bulan...

Image
Selepas lebih SETAHUN menyepi di dunia blog....kiniku kembali.... Semalam 14 Mei 2015, hari Khamis jam 3.30 petang selepas hampir sejam lebih menunggu Doktor, barulah ketemu dengan Dr Dayang, doktor pakar yang merawat Nuruddin Al-Zinki hampir dua tahun sudah. Cerita biasa, sembang dengan Dr berkaitan perkembangan selama hampir 3 bulan lepas.  Nuruddin dua kali jugalah datang batuknya yang teruk, tetapi kami rawat di rumah je, bagi dos Berodual (lihat gambar), dekat seminggu juga baru surut batuknya. Jadi Dr tidak suggest  untuk stop ubatnya.... Emm...kena jumpa lagi 4 bulan akan datang, 17 September 2015 (sehari selepas cuti hari Malaysia). Suasana sekeliling masih mempengaruhi Nuruddin...di tadikanya pun ramai kawan-kawan yang masing-masing juga mungkin membawa pelbagai virus atau bakteria setiap hari. Kami tetap berdoa agar Nuruddin kuat dan cepat sembuh. Bimbang juga bila dah masuk Tahun Satu nanti....lagilah terdedah.... Juga berat badannya yang baru

Sekolah bermula - Nuruddin Al-Zinki mula tadika...

Image
Alhamdulillah...tanggal 2 Januari 2014 yang lepas, Nuruddin Al-Zinki berpeluang ke sekolah tadika secara formalnya. Setelah mengharungi detik kelahiran yang menguji kami, kini Nuruddin masih lagi mampu bertahan untuk kekal ceria dan gembira. Di kala umurnya mencecah 4 tahun, Nuruddin sudah semakin sembuh dari masalah kesihatannya. (rujuk artikel sejak tahun 2010)...kini tiba masanya untuk Nuruddin keluar bersama masyarakat dan bergaul semampu yang boleh namun masih lagi sentiasa diawasi. Gambar Nuruddin Al-Zinki yang memasuki kelas 4 Abu Hurairah dan abangnya, Nuqman 6 Ibn Rusyd....(kadang-kadang ramai menyangka mereka ni kembar).... ; ) Doakan Nuruddin berani dan terus sihat ......insyaAllah....

Tarbiyah vs Realiti

Image
Alhamdulillah....akhirnya diberikan kesempatan untuk mencoretkan sedikit nukilan...di kala dunia maya disibukkan dengan media sosial seumpama facebook dan twitter (tak biasa guna walaupun ada akaun) yang sangat membuka peluang dan ruang dengan pelbagai perkara yang boleh dibicara dan diutarakan....namun...laman ini tetap menjadi pilihan untuk berkongsi kisah dan pendapat... Beberapa minggu lepas cerita tentang kalimah Allah dan penggunaannya....walaupun Mahkamah telah memberikan keputusannya....masih ada yang tidak puas hati....terfikir dan kurenung seketika....besar kesannya kepada generasi akan datang jika mereka mengenal Allah Yang Esa ini sepertimana tuhan agama lain..... Baru-baru ini saya dikejutkan dengan satu kenyataan dari anak murid...tentang pemakaian rantai leher...murid lelaki ni... Cikgu....kalau saya tak pakai rantai tu...kira "tak de TUAH lah"!! Terkejut saya mendengarnya....tak sangka murid yang di zaman serba moden ini masih mempercayai TUAH pada

Terkini Nuruddin Al-Zinki usia 3 tahun 1 bulan

Image
Lokasi gambar di ambil semasa di Hospital Serdang bulan Mei...pertemuan dengan doktor pakar....bersama abang tersayangnya Nuqman...

Nuruddin Al-Zinki dari lahir hingga kini

Image