26 December 2009

Road to Pasir Puteh, Kelantan

Alhamdulillah pada 22 dan 23 Disember 2009 lepas, saya dan keluarga sampai ke Kelantan buat kali ke-5....Buat apa pi sana? Adalah...rahsia. Apapun sepanjang perjalanan yang panjang dan memenatkan (selepas selesai Kem Jati Diri 3 pada 19 dan 20 Disember)namun keindahan alam dan kehijauan tumbuh-tumbuhan di sepanjang pinggir jalan..cukup menenangkan.

Kalau kat bandar, kanan kiri bangunan sahaja, tetapi di sini penuh pokok-pokok yang menghiasi pemandangan. Kadang-kala perjalanan diganggu dengan kehadiran beberapa buah lori balak dan treler. Jadi di sinilah kecekapan memandu kita akan teruji. Bermulalah aksi potong-memotong lori2 ini.

Perjalanan kali ini memakan masa 7 1/2 jam sahaja. Paling cepat setakat ini. Rekod baru. Bukan bawa kereta tetapi mpv. Anak2 pun tak bawa. Cuma bawa yang bongsu sahaja. Kami sampai jam 9.30 malam ke destinasi yang dituju. Maka urusan2 yang nak diruskan.

Esoknya jam 10 pg kami bertolak balik dan kami singgah Kuala Krai untuk melawat kawan yang baru mendapat cahayamat baru yg kedua. Sepanjag perjalanan pulang hujan turun mengiringi kami.

Moral daripada kisah kali ini,:
1) Memandu berhati-hati walaupun bawa laju.
2) Alam ini menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah swt kerana menciptakan sesuatu
benda/perkara yang unik, hebat dan mengagumkan.
3) Sentiasa mengharap kepada Allah setiap masa dan ketika....

14 December 2009

Tokoh 1 - Sultan Muhammad Al-Fateh (bahagian satu)

Hadis Nabi saw : " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menakhluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada dibawah pimpinannya adalah sebaik-baik pasukan" (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)


Bukan mudah utk menjadi seorang pahlawan dan pemimpin Islam yang menakhluk Kota Konstantinople....Kota yang menjadi rebutan sejak zaman sahabat Nabi saw lagi. Kota yang begitu strategik di antara Asia dan Eropah. Tempat berdagang yg hebat.

Bermula drpd Saidina Ali Abi Talib(34 Hijrah), kemudian Muawiyyah (84 Hijrah)cuba menakhluknya..namun gagal. Disambung pula oleh Sultan Sulaiman Abdul Malik (91 Hijrah). Seterusnya Khalifah Harun Al-Rasyid(165 Hijrah)juga gagal.

Zaman Bani Uthmaniyah pula diteruskan usaha2 ini oleh Sultan Beyazid sebanyak 3 kali pada 1391, 1397 dan 1400M...juga menemui kegagalan. Dan akhirnya Sultan Murad pada 825 Hijrah...semuanya gagal walaupun pada suatu ketika hampir memenangi peperangan namun perancangan Allah adalah yg terbaik...

Kenapa semua khalifah ini beria-ria hendak menawan kota ini? Semuanya kerana ingin menjadi pemimpin yang disebut2 dalam hadis Nabi saw berkenaan.

Selama 800 tahun lebih selepas hadis ini diucapkan baginda, namun belum ada tanda-tanda kemunculan pemimpin dan rakyat yg dikatakan akan menakhluk Kota Konstantinopel. Walaupun Sultan Murad adalah seorang raja yang alim dan soleh serta sentiasa bersama para ulama seperti Syeikh Bayram(ulama terbaik pada ketika itu), namun bukan baginda menjadi pilihan.

Puas sudah Sultan Murad berfikir, muhasabah dan menilai dirinya dan rakyat...sehingga suatu hari baginda bertanyakan Syeikh Bayram megenai hadis berkenaan. Akhirnya Syeikh Bayram memberikan jawapan melalui firasatnya(yg dikurniakan Allah di atas ketaqwaannya)...bahawa orang yg dimaksudkan oleh Nabi saw ialah.....

bersambung...

06 December 2009

Magik...

(Diambil drpd blog Ust Fauzi)

Nak ajak semua pembaca berehat seketika sambil bermain dengan satu permainan yang saya belajar dari seorang rakan.

1. Tulis bilangan adik beradik lelaki, adik beradik perempuan dan bilangan datuk dan nenek saudara yang masih hidup.

2. Darabkan bilangan adik beradik lelaki saudara dengan 2 (jika tidak ada adik beradik lelaki, teruskan langkah di bawah)

3. Jumlah di atas, campurkan dengan 3

4. Jumlah di atas, darabkan dengan 5

5. Jumlah di atas, campurkan dengan bilangan adik beradik perempuan (jika tidak ada adik beradik perempuan, teruskan langkah di bawah)

6. Jumlah di atas, darabkan dengan 10

7. Jumlah di atas, campurkan dengan bilangan datuk dan nenek yang masih hidup (jika tidak ada, teruskan ke langkah di bawah)

8. Tolak 150 dari jumlah di atas.

9. Tuliskan jawapannya di atas kertas …. dan perhatikan

* Nombor di ruang ratus adalah bilangan adik beradik lelaki saudara
* Nombor di ruang puluh adalah bilangan adik beradik perempuan saudara
* Nombor di hujung (ruang sa kalau ikut istilah Matematik di zaman saya) adalah bilangan datuk dan nenek saudara yang masih hidup

SELAMAT MENCUBA

Muzakarah Pengerak KRIM 2009



Alhamdulillah, semalam selesai satu program Muzakarah Pengerak KRIM 2009 untuk seluruh negara. Banyak infa dan perkongsian ilmu diperolehi bagi memantapkan kerja2 dakwah terhadap remaja ni.

Beberapa Pakar Motivasi telah membentangkan kertas kerja mereka bagi membantu KRIM kawasan dan negeri merancang program tahun depa bagi merealisasikan Proje GEREM 2010/2011.

Antaranya Tn Hj Arif, akh Bukhari, Ust Rusdi Alias, Cikgu Ismail(Jhr), Akh Helmi (N9) dan Ukh Rasyidah (DHL).

Namun sebelum itu akh Aminuddin Yahya@Chief of da mission@Penasihat Projek GEREM telah membentangkan kertas kerja mengenai Projek GEREM...

Kita mesti dan harus 'down'kan level pemikiran kita setaraf dengan remaja, barulah boleh mengikat hati2 mereka. Harus dekat dan sentiasa bersama mereka....

Pengorbanan??Itu wajib!! Duit, masa, tenaga dan idea....sudah pasti...

Apa pun ironinya...tiada Dakwah tanpa Pengorbanan... ini urusan 'jual beli' dgn Allah swt...