19 May 2015

Aksi Nuruddin Al-Zinki di Sukan Tadika Al-Fateh

17 Mei 2015, Nuruddin Al-Zinki berjaya mengharungi aktiviti luar secara terbuka dengan baik....




seronoknya dia walaupun pada mulanya takut juga....dapat sertai dua acara dan salah satunya mendapat
johan...alhamdulillah...



Satu lagi pendedahan buatnya untuk menjadikan dirinya lebih kuat dan sihat...






Jom doakan ye..










15 May 2015

Tungguku lagi 4 bulan...

Selepas lebih SETAHUN menyepi di dunia blog....kiniku kembali....

Semalam 14 Mei 2015, hari Khamis jam 3.30 petang selepas hampir sejam lebih menunggu Doktor, barulah ketemu dengan Dr Dayang, doktor pakar yang merawat Nuruddin Al-Zinki hampir dua tahun sudah. Cerita biasa, sembang dengan Dr berkaitan perkembangan selama hampir 3 bulan lepas. 



Nuruddin dua kali jugalah datang batuknya yang teruk, tetapi kami rawat di rumah je, bagi dos Berodual (lihat gambar), dekat seminggu juga baru surut batuknya. Jadi Dr tidak suggest untuk stop ubatnya....

Emm...kena jumpa lagi 4 bulan akan datang, 17 September 2015 (sehari selepas cuti hari Malaysia).



Suasana sekeliling masih mempengaruhi Nuruddin...di tadikanya pun ramai kawan-kawan yang masing-masing juga mungkin membawa pelbagai virus atau bakteria setiap hari. Kami tetap berdoa agar Nuruddin kuat dan cepat sembuh. Bimbang juga bila dah masuk Tahun Satu nanti....lagilah terdedah....

Juga berat badannya yang baru 14 kg pada usia 5 tahun ini....dibawah paras sepatutunya.....mujur ketinggian tiada masalah....alhamdulillah...



Namun rezeki anak-anak sebegini memang sukar dijangka....alhamdulillah markah dan pencapaian akademiknya sangat baik.....mudah menghafal....cepat mengingat....surah-surah pun banyak yang dapat diingati dengan sekali dua diajar (kat tadikanya, kalau kat rumah, memang taknak...)



Apa pun kita tunggu lagi 4 bulan mendatang...apa cerita pula...

p/s: ni pun dah mula batuk-batuk semula.....di minggu sukan tadikanya...doakan dia berjaya juga.... 

05 January 2014

Sekolah bermula - Nuruddin Al-Zinki mula tadika...

Alhamdulillah...tanggal 2 Januari 2014 yang lepas, Nuruddin Al-Zinki berpeluang ke sekolah tadika secara formalnya. Setelah mengharungi detik kelahiran yang menguji kami, kini Nuruddin masih lagi mampu bertahan untuk kekal ceria dan gembira.


Di kala umurnya mencecah 4 tahun, Nuruddin sudah semakin sembuh dari masalah kesihatannya. (rujuk artikel sejak tahun 2010)...kini tiba masanya untuk Nuruddin keluar bersama masyarakat dan bergaul semampu yang boleh namun masih lagi sentiasa diawasi.


Gambar Nuruddin Al-Zinki yang memasuki kelas 4 Abu Hurairah dan abangnya, Nuqman 6 Ibn Rusyd....(kadang-kadang ramai menyangka mereka ni kembar).... ; )

Doakan Nuruddin berani dan terus sihat ......insyaAllah....

23 October 2013

Tarbiyah vs Realiti

Alhamdulillah....akhirnya diberikan kesempatan untuk mencoretkan sedikit nukilan...di kala dunia maya disibukkan dengan media sosial seumpama facebook dan twitter (tak biasa guna walaupun ada akaun) yang sangat membuka peluang dan ruang dengan pelbagai perkara yang boleh dibicara dan diutarakan....namun...laman ini tetap menjadi pilihan untuk berkongsi kisah dan pendapat...


Beberapa minggu lepas cerita tentang kalimah Allah dan penggunaannya....walaupun Mahkamah telah memberikan keputusannya....masih ada yang tidak puas hati....terfikir dan kurenung seketika....besar kesannya kepada generasi akan datang jika mereka mengenal Allah Yang Esa ini sepertimana tuhan agama lain.....
Baru-baru ini saya dikejutkan dengan satu kenyataan dari anak murid...tentang pemakaian rantai leher...murid lelaki ni...


Cikgu....kalau saya tak pakai rantai tu...kira "tak de TUAH lah"!!



Terkejut saya mendengarnya....tak sangka murid yang di zaman serba moden ini masih mempercayai TUAH pada rantai leher (objek lain)....ini dah kira MENYEKUTUKAN ALLAH...mempercayai sesuatu selain Allah sebagai satu KUASA AJAIB....

Mungkin bukan salah murid itu...dia mungkin tak tahu....atau belum didedahkan....atau buat-buat tak tahu....


Salah siapa?? cikgu?? ibu bapa?? masyarakat?? pemimpin?? diri sendiri?? atau semua orang??
Apatah lagi jika ALLAH yang SATU nak dikongsi-kongsi dengan agama lain!!


Renungkan untuk anak2 kita....generasi muslim akan datang...AQIDAH mereka sebagai penerus generasi kepimpinan ISLAM....


Tarbiyah itu penting!!


Jom bersama gerakan dakwah Islam untuk memastikan Tarbiyah terus mekar....


#Pastikan bersama gerakan dakwah yang benar, ye!!


26 June 2013

Terkini Nuruddin Al-Zinki usia 3 tahun 1 bulan

Lokasi gambar di ambil semasa di Hospital Serdang bulan Mei...pertemuan dengan doktor pakar....bersama abang tersayangnya Nuqman...



11 February 2013

Nuruddin Al-Zinki dari lahir hingga kini


Persiapkanlah anak2...

Alhamdulillah, di kesempatan ini dapatlah juga mencoretkan sedikit perkongsian....dah lebih 2 bulan tidak sempat post apa-apa. Kecelaruan identiti dan jati diri melayu muslim masa kini semakin menebal. Jika di lihat secara umum terutama anak-anak remaja mahu pun kanak-kanak seusia 12 tahun mula menunjukkan, kurangkan penumpuan atau tahunya mereka akan matlamat hidup dan harapan ummah terhadap mereka.

Kesibukan mereka dalam facebook(fb) lebih menumpu kepada perkongsian gambar2 dan aktiviti tiada faedah seperti games, fesyen dan lagu2 terkini kebanyakkannya. Satu gaya hidup yang tidak  sihat jika ruang internet seperti fb dibiarkan oleh ibu bapa tanpa pengawasan dan perhatian.



InsyaAllah jika kita ada perancangan dan hala tuju anak2 kita, pasti sekurang2nya tidak jauh tersasar matlamat hidup mereka. Contohnya, jika kita mahukan anak2 kita jadi ustaz, hantarlah ke sekolah agama (berbayar@ tidak) atau ke kelas2 agama di waktu cuti/terluang. Jika mahukan mereka menjadi doktor, engineer, peguam dan yang seumpamanya, belikanlah buku2 yang bersesuaian dan pameran-pameran yang sesuai. Sesungguhnya, tanpa usaha ibu bapa, tak mungkin mereka dapat berjaya dan cemerlang. Persiapkanlah mereka dengan persiapan yang rapi agar tidak kita rasa menyesal kelak.

Kerana mereka ini (anak-anak) akan mewarisi agama Islam ini dan penyambung warisan dakwah Nabi Muhammad saw....

" Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki ......(hingga habis ayat)..." (surah al-anfal : 60)

   

12 November 2012

Hari Graduasi Nur Husna dan persembahan

Alhamdulillah siang tadi Nur Husna telah selamat menerima watikah segulung ijazah tadikanya....dah macam dapat ijazah kat universiti. Juga ada sesi persembahan dari setiap kelas. Termasuk adiknya Nuqman di kelas 4 Honeybee, jadi 'bintang' ...dalam persembahannya.

Mudah-mudahan selepas ini Nur Husna akan lebih gigih berusaha dan mendapat ilmu yang dapat digunakan di dunia dan untuk akhirat....insyaAllah di Sekolah Ibnu Khaldun tahun depan...ameen


Along melayan kerenah Nuruddin Al-Zinki

Nur Husna mendapat hadiah tempat ke-2 dalam kelas 6 Spider

Nusaibah juga sabar menanti hingga ke akhir acara

07 November 2012

Bila kata berbicara-along

Alhamdulillah pada hari ahad lepas, Nu'aim berjaya memberanikan diri menyertai pertandingan bercerita islamik anjuran NAZIM zon tengah di gombak. Along berjaya mendapat tempat kedua. Mudah-mudahan along dan adik-adiknya lebih berani dan mampu berbicara dengan lebih baik di hadapan khalayak ramai. Berikut adalah gambar-gambar dan sedutan di tempat kejadian. Jg tidak lupa terima kasih diucapkan kepada ajk NAZIM SHAH ALAM yang sempat melatihnya...mllmh munirah.....jazakillah






26 October 2012

Nuruddin Al-Zinki dan risiko pembedahan....

Salam Eiduladha....satu pengorbanan...semalam Nuruddin Al-Zinki bertemu dengan doktor di Hospital Serdang bagi melihat perkembangan masalah lubang di pusatnya. Nampaknya lubang@kulit perutnya masih belum tertutup dengan sendirinya. Bermakna jika dibiarkan akan mengakibatkan komplikasi terkeluarnya usus atau tersumbat. Subhanallah...satu lagi ujian buatnya. Berkenaan pembedahan, insyaAllah tiada masalah yang besar buat para doktor, tetapi yang menjadi masalahnya ialah berkaitan paru-parunya yang mungkin boleh berisiko semasa pembedahan kerana memerlukan penggunaan ubat bius...



Doktor menyarankan tunggu sehingga umurnya 3 tahun ke atas bagi mengelakkan risiko terhadapnya, Kini sama-samalah kami mengharapkan doa kalian semua supaya lubang itu tertutup kembali atau sekurang-kurangnya mengecil. hanya padaNyalah kami serahkan segalanya. Mudah-mudahan ujian ini memberikan kami ruang bermuhasabah dan mendekatkan diri lagi kepadaNya.....tiada yang mustahil selagi ia dalam lingkungan kehendakNya...ameen...