18 April 2010

Tersingkap sudah cabaran di SMK(P) Kapar

Alhamdulillah, selesai sudah satu tugasan memberi ceramah motivasi semalam di SMK(P) Kapar, Klang. Hampir 2 minggu saya cuba menyiapkan presentation dengan mendapatkan pelbagai sumber dan rujukan....ditambah dengan dugaan daripada Allah yang Esa, menguji kesabaran dan keteguhan hati saya apabila terpaksa berulang-alik ke hospital kerana isteri saya sakit....

Namun semua itu bukan satu halangan besar....sebaliknya hanya ujian menguji sejauh mana kekuatan kita untuk berhadapan dengannya...

Apapun pada 17 April 2010 semalam, terlerai sudah satu pertemuan yang ditentukanNya dengan remaja perempuan seramai hampir 400 orang....di dewan yang padat, sistem audio yang agak baik, tetapi sistem visual pula kurang 'çantik'.....debaran dan harapan disempurnakan dengan baik.


Tajuk ceramah motivasi, Selamat Tinggal Jahiliyah...di selang selikan dengan video klip lagu dan informasi...nyata berjaya mempertahankan minda dan mental pelajar selama sejam setengah..walaupun pada hakikatnya, masa yang diberikan tidak mencukupi.....

Selepas itu, slot di ambil alih oleh Ustazah Noraisyah bagi sesi aktiviti yang cukup menarik....Mudah-mudahan permulaan ini membuka seribu peluang lagi kepada KRIM SAK untuk melebarluaskan aktiviti ke sekolah-sekolah yang lain.

Jazakallah di ucapkan sekali lagi kepada semua yang terlibat. Hanya Allah swt sebaik-baik pemberi balasan.....

13 April 2010

Apabila manusia menjadi bukan manusia....

Terbujur layu sekujur tubuh kecil di atas rimbunan sampah. Tiada kata, tiada berdenyut lagi. Sampainya hati 'mereka' yang bergelar manusia berbuat demikian. Kerasnya hati dan dangkalnya akal 'mereka' ini hingga tergamak memperlakukan sekujur tubuh halus ini sebegini. Sanggupkah kita membiarkan 'mereka' terus-menerus memperlakukan sedemikian.



Menangis hati kecil ini bila mana kita tidak mampu nak buat apa. Siapa yang bersalah? 'Mereka'? Ibu bapa 'mereka'? Guru-guru 'mereka'? Jiran 'mereka'? Masayarakat? atau kita sendiri sebagai para daie?

Apa peranan kita semua? Ya itu satu persoalan mudah untuk dijawab dengan dua perkataan! BUAT KERJA!!

Mari kita dekati para remaja sama ada lelaki atau perempuan kerana rata-rata ramai lagi yang JAHIL dalam AGAMA....semuanya HALAM (HARAM jadi HALAL)....tiada batasan antara mereka....begitu putik-putik ZINA berkembang dan menjerumuskan ke dalam lembah keseronokan yang sekejap sangat....kemudiannya 'mereka' akan menangis @ insaf @ terus leka dalam kancah maksiat ini....

Ayuh para daie dan pendakwah muda...jangan segan jangan takut...mulailah berdakwah sedarkan masyarakat bermula dengan keluarga terhampir, sahabat handai dan jiran-jiran. InsyaAllah besarnya ganjaran menantimu di sana....

06 April 2010

Hari-hari yang berlalu...

        Pernah ke kita melihat, meninjau dan menerokai semula hari-hari kita yang telah berlalu. Berapa banyakkah kebaikan mahupun kejahatan yang kita buat? Terhitungkah kesalahan-kesalahan kita terhadap orang lain? Terhadap suami? atau isteri? atau anak-anak? atau ibu bapa? atau sahabat handai? atau pada sesiapa sahaja pun yang kita kenali sama yang masih hidup atau mati?

      Mungkin yang membaca artikel ini akan berkata biarlah masa yang berlalu, buat apa dikenang-kenang. Yang pergi tetap pergi, hidup harus diteruskan. Atau patah tumbuh hilang berganti. Namun sebagai orang yang BERIMAN, wajar kita MUHASABAH dan HAYATI masa yang telah berlalu sebagai pengalaman dan pengajaran yang terbaik bagi kita dalam menempuh kehidupan yang seterusnya.

Apapun hayatilah lagu ini,mudah-mudahan dalam kita berhibur, kita beringat.

KLIK sini..untuk lagu..