Posts

Showing posts from July, 2012

Ramadhan Terakhir....

Image
Segala puji bagiNya, Tuhan semesta alam Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...Ramadhan kian menghampiri kira-kira 5 hari lagi. Segala detik ujian dan cabaran sepanjang tahun hijrah ini, menguji segala keimanan dan kesabaran diri. Hari ini, usia Nuruddin Al-Zinki menjangkau 2 Tahun 2 Bulan 8 hari .... pelbagai ujian ke atasnya kami terima dengan redha dan tabah, insyaAllah. Mungkin ada yang berkata, blog ini diwujudkan khas buatnya, namun sebenarnya, blog ini tempat untuk saya mencurahkan hasil tulisan dan cerpen yang ingin saya nukilkan kerana sejak sekolah minat itu ada, namun tidak sangka, perancangan Allah swt lebih hebat untuk menguji hambaNya.    Walaupun sibuk dengan kerja-kerja badan dakwah dengan NGO ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia - www.ismaweb.net) atau lebih tepat lagi dalam Biro KRIM (Kelab Remaja ISMA)...bergelumang dengan aktiviti remaja...sejak 2004.....rasanya masih banyak lagi aktiviti dan info khusus buat remaja di sekolah menengah belum dicapai. U