Tersingkap sudah cabaran di SMK(P) Kapar
Alhamdulillah, selesai sudah satu tugasan memberi ceramah motivasi semalam di SMK(P) Kapar, Klang. Hampir 2 minggu saya cuba menyiapkan presentation dengan mendapatkan pelbagai sumber dan rujukan....ditambah dengan dugaan daripada Allah yang Esa, menguji kesabaran dan keteguhan hati saya apabila terpaksa berulang-alik ke hospital kerana isteri saya sakit.... Namun semua itu bukan satu halangan besar....sebaliknya hanya ujian menguji sejauh mana kekuatan kita untuk berhadapan dengannya... Apapun pada 17 April 2010 semalam, terlerai sudah satu pertemuan yang ditentukanNya dengan remaja perempuan seramai hampir 400 orang....di dewan yang padat, sistem audio yang agak baik, tetapi sistem visual pula kurang 'çantik'.....debaran dan harapan disempurnakan dengan baik. Tajuk ceramah motivasi, Selamat Tinggal Jahiliyah...di selang selikan dengan video klip lagu dan informasi...nyata berjaya mempertahankan minda dan mental pelajar selama sejam setengah..walaupun pada hakikatnya, m