Posts
Showing posts from March, 2011
Masuk wad lagi...buat kali ke 5
- Get link
- X
- Other Apps
Jangan ganggu saya tidur..tadi penat menangis kerana batuk-batuk gatal... Salam ukhuwah buat semua pembaca. Nuruddin Al Zinki dimasukkan semula ke wad kanak-kanak kerana masalah batuknya yg masih 'berbisa' buat paru-parunya hingga gagal 'dijinakkan' oleh ubat-ubat sedia ada. Doktor Pakar terpaksa menukar ke ubat yg lain (katanya sesuai untuk kanak-kanak yang besar) bagi 'melembutkan' virus yang sedikit nakal dan suka berada dalam liang-liang sekitar paru-parunya. Oleh yang demikian, doktor meminta Nuruddin Al Zinki dirawat dan dikuarantin dengan lebih ketat supaya dapat mengawal penularan virus dalam paru-parunya. Sekian berita dan laporan yang dapat dinukilkan. Aduh laparnya saya....