Posts

Showing posts from October, 2012

Nuruddin Al-Zinki dan risiko pembedahan....

Image
Salam Eiduladha....satu pengorbanan...semalam Nuruddin Al-Zinki bertemu dengan doktor di Hospital Serdang bagi melihat perkembangan masalah lubang di pusatnya. Nampaknya lubang@kulit perutnya masih belum tertutup dengan sendirinya. Bermakna jika dibiarkan akan mengakibatkan komplikasi terkeluarnya usus atau tersumbat. Subhanallah...satu lagi ujian buatnya. Berkenaan pembedahan, insyaAllah tiada masalah yang besar buat para doktor, tetapi yang menjadi masalahnya ialah berkaitan paru-parunya yang mungkin boleh berisiko semasa pembedahan kerana memerlukan penggunaan ubat bius... Doktor menyarankan tunggu sehingga umurnya 3 tahun ke atas bagi mengelakkan risiko terhadapnya, Kini sama-samalah kami mengharapkan doa kalian semua supaya lubang itu tertutup kembali atau sekurang-kurangnya mengecil. hanya padaNyalah kami serahkan segalanya. Mudah-mudahan ujian ini memberikan kami ruang bermuhasabah dan mendekatkan diri lagi kepadaNya.....tiada yang mustahil selagi ia dalam lingkungan

Selamat ulang tahun along.....

Image
Segala puji bagi Allah, tuhan pencipta alam yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang....alhamdulillah semalam genap 8 tahun umur along, Nu'aim.....22 Oktober .... moga2 along akan menjadi anak yang soleh dan terus tsabat mengerjakan ibadat sejak kecil ini. Begitu besar kesan tarbiyah dan didikan yang mempengaruhi adik-adiknya yang lain.....