Posts

Showing posts from November, 2009

KEM JATI DIRI 3...

Image

Al-Hilmi

Pengertian : i) Bahasa - Tenang ketika marah walaupun mampu untuk membalas dan berkuasa. ii) Al-Halim - nama dan sifat Allah Bersifat pemaaf dan tenang. Firman Allah swt : " Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak" (Fathir : 45) iii) Sifat Al-Hilmi pada manusia Sifat ini pada manusia menunjukkan kesempurnaan dan penguasaan akal. Ia juga menunjukkan kekuatan marah akhirnya mengalah dan tunduk kepada arahan akal. (Sumber : Asas2 Islam, Dr Ali Laban) Natijahnya, hanya manusia (muda, tua, kanak-kanak,remaja dan dewasa) yang beriman sahaja mampu menga

Mudahnya hati manusia tesentuh....

Em, bila baca tajuk ramai yang terfikirkan tentang hati...ada macam-macam hati. Hati kering, hati keras, hati busuk, hati lembut, hati lembik dan yang paling bahaya, HATI MATI.... Bila mati itu mati, segalanya dibuat untuk kepuasan diri sendiri. Manusia mudah tersentuh hatinya jika ada individu lain menggunakan kata-kata yang baginya 'kasar'. Saya juga baru mengalami pengalaman ini hari itu. Manusia manakah yang tidak merasa 'kecil hati' dan 'sakit hati' apabila ada individu yang berasakan mereka sahaja yang hebat membuat fitnah dan menghina kita dihadapan rakan-rakan sejawat yag lain. Jika ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Jadi saya kembali kepada sirah Nabi saw, bilamana Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabar dengan penghinaan, cacian, fitnah dan kata-kata kesat ketika berdakwah. Oleh yang demikian, saya pun ingin jadikan baginda idola dan panduan dalam menghadapi mehnah dunia dalam kehidupan dunia mahupun akhirat(berdakwah). M