Mudahnya hati manusia tesentuh....

Em, bila baca tajuk ramai yang terfikirkan tentang hati...ada macam-macam hati. Hati kering, hati keras, hati busuk, hati lembut, hati lembik dan yang paling bahaya, HATI MATI.... Bila mati itu mati, segalanya dibuat untuk kepuasan diri sendiri.

Manusia mudah tersentuh hatinya jika ada individu lain menggunakan kata-kata yang baginya 'kasar'. Saya juga baru mengalami pengalaman ini hari itu. Manusia manakah yang tidak merasa 'kecil hati' dan 'sakit hati' apabila ada individu yang berasakan mereka sahaja yang hebat membuat fitnah dan menghina kita dihadapan rakan-rakan sejawat yag lain. Jika ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati.

Jadi saya kembali kepada sirah Nabi saw, bilamana Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabar dengan penghinaan, cacian, fitnah dan kata-kata kesat ketika berdakwah. Oleh yang demikian, saya pun ingin jadikan baginda idola dan panduan dalam menghadapi mehnah dunia dalam kehidupan dunia mahupun akhirat(berdakwah).

Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan dalam kerja2 murni ini. Amin

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....