Pengorbanan seorang isteri dan ummi
Subhanallah dan alhamdulillah...kututurkan ucapan buatMu Ya Rabb sekalian alam...sambil menemani dan membuai anak bongsuku, Nusaibah di atas katil ini...terbit rasa syukur yg amat sangat kerana dikurniakan seorang isteri dan ummi yg banyak berkorban utk kami sekeluarga. Tahun 2010, pada saat sepatutnya dia berehat dan berpantang di rumah selepas kelahiran Nuruddin Al-Zinki, isteriku menghabiskan 44 harinya di hospital ulang alik setiap hari. Kini sekali lagi pada hari ke 44 selepas Nusaibah lahir pula,isteriku menjaga Nuruddin Al-Zinki di wad hospital. Tanpa keluh kesah menerima ujiam dan redha atas ketetuan ini...tiada pengorbanan sehebat ini buat saya...kerana terlalu banyak lg pengorbanannya yg tidak mampu dinukilkan di atas lembaran.... Terima kasih wahai isteriku..........jg buat sahabat2 yg membaca coretan ini....hargailah pasangan anda dan terimalah seadanya kerana kita telah mengikat janji bersamanya dihadapan dan bersaksikan Allah...ketika diucapkan ....aku terima nikah