Usrah keluarga - Mari Mengecat Rumahku...

Alhamdulillah, kesempatan hari Sabtu bersama isteri dan anak-anak cuba saya manfaatkan. Waluapun jadual penuh dengan mesyuarat dan aktiviti NGO serta menyiapkan kerja-kerja tampal-menampal dan sistem fail sekolah, namun manfaatkan masa bersama keluarga juga perlu ada.  Barulah dikatakan dakwah merangkumi semua aspek. Anak-anak juga perlu ditarbiyah. Dengan keadaan isteri masih berpantang, aktiviti yang telah saya janjikan bersama anak-anak harus ditunaikan. Aktiviti "Mari mengecat rumah!!"

Lihatlah gambar-gambar dibawah menunjukkan keriangan dan keseronokan anak-anak untuk membantu mengecat walaupun sekejap sahaja mereka membantu....dengan alasan penat...huhu...

Namun yang penting mereka mendapat pengalaman dan pembelajaran sewajarnya....usaha tangga kejayaan....InsyaAllah lepas ni nak menghias pula dinding tu....

Nuruddin Al-Zinki juga turut sama membantu......Allah Maha Besar...segala puji bagiNya...nikmat dan rahmatNya merangkumi semua perkara...sama ada kita sedar atau tidak dan kita hargai atau tidak sahaja membezakannya.

Juga sentiasalah kita mengucapkan selawat dan salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad saw kerana atas usaha baginda kita mendapat nikmat Islam dan Iman serta kenikmatan hidup secara Islam yang syumul ini...amin...

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....