Ramadhan Terakhir....
Segala puji bagiNya, Tuhan semesta alam Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...Ramadhan kian menghampiri kira-kira 5 hari lagi. Segala detik ujian dan cabaran sepanjang tahun hijrah ini, menguji segala keimanan dan kesabaran diri.
Hari ini, usia Nuruddin Al-Zinki menjangkau 2 Tahun 2 Bulan 8 hari .... pelbagai ujian ke atasnya kami terima dengan redha dan tabah, insyaAllah. Mungkin ada yang berkata, blog ini diwujudkan khas buatnya, namun sebenarnya, blog ini tempat untuk saya mencurahkan hasil tulisan dan cerpen yang ingin saya nukilkan kerana sejak sekolah minat itu ada, namun tidak sangka, perancangan Allah swt lebih hebat untuk menguji hambaNya.
Walaupun sibuk dengan kerja-kerja badan dakwah dengan NGO ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia - www.ismaweb.net) atau lebih tepat lagi dalam Biro KRIM (Kelab Remaja ISMA)...bergelumang dengan aktiviti remaja...sejak 2004.....rasanya masih banyak lagi aktiviti dan info khusus buat remaja di sekolah menengah belum dicapai. Usia 8 tahun dalam KRIM masih sedikit jika dibandingkan isu remaja yang hebat melanda yang sekurang-kurangnya perlu dikhabarkan kepada mereka.
Biarpun Allah menguji kami dengan ujian Nuruddin Al-Zinki ini, namun kami tidak akan sekali berundur dalam dunia dakwah ini(insyaAllah) dan biarlah hidup mati kami di jalan yang lurus ini....kerana mehnah dan fitnah para daie juga sebagai ujian dan tapisan untuk mendapat ganjaran di sana kelak.
Mudah-mudahan kehadiran Ramadhan pada tahun ini, diusia kami yang ke 32, memperbaiki iman dan amal serta mengukuhkan nekad dan tekad di jalan dakwah yang penuh ranjau dan onak ini.
Samalah kita mengambil ibrah di bulan Ramadhan ini kerana ianya mungkin RAMADHAN TERAKHIR buat kita...SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN AL-MUBARAK......ikhlas dari kami....
"jadilah kamu hamba yang Rabbani, bukan hamba kepada bulan Ramadhan"
Comments
Post a Comment
Sila komen....