Tokoh 1 - Sultan Muhammad Al-Fateh (bahagian satu)

Hadis Nabi saw : " Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menakhluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada dibawah pimpinannya adalah sebaik-baik pasukan" (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)


Bukan mudah utk menjadi seorang pahlawan dan pemimpin Islam yang menakhluk Kota Konstantinople....Kota yang menjadi rebutan sejak zaman sahabat Nabi saw lagi. Kota yang begitu strategik di antara Asia dan Eropah. Tempat berdagang yg hebat.

Bermula drpd Saidina Ali Abi Talib(34 Hijrah), kemudian Muawiyyah (84 Hijrah)cuba menakhluknya..namun gagal. Disambung pula oleh Sultan Sulaiman Abdul Malik (91 Hijrah). Seterusnya Khalifah Harun Al-Rasyid(165 Hijrah)juga gagal.

Zaman Bani Uthmaniyah pula diteruskan usaha2 ini oleh Sultan Beyazid sebanyak 3 kali pada 1391, 1397 dan 1400M...juga menemui kegagalan. Dan akhirnya Sultan Murad pada 825 Hijrah...semuanya gagal walaupun pada suatu ketika hampir memenangi peperangan namun perancangan Allah adalah yg terbaik...

Kenapa semua khalifah ini beria-ria hendak menawan kota ini? Semuanya kerana ingin menjadi pemimpin yang disebut2 dalam hadis Nabi saw berkenaan.

Selama 800 tahun lebih selepas hadis ini diucapkan baginda, namun belum ada tanda-tanda kemunculan pemimpin dan rakyat yg dikatakan akan menakhluk Kota Konstantinopel. Walaupun Sultan Murad adalah seorang raja yang alim dan soleh serta sentiasa bersama para ulama seperti Syeikh Bayram(ulama terbaik pada ketika itu), namun bukan baginda menjadi pilihan.

Puas sudah Sultan Murad berfikir, muhasabah dan menilai dirinya dan rakyat...sehingga suatu hari baginda bertanyakan Syeikh Bayram megenai hadis berkenaan. Akhirnya Syeikh Bayram memberikan jawapan melalui firasatnya(yg dikurniakan Allah di atas ketaqwaannya)...bahawa orang yg dimaksudkan oleh Nabi saw ialah.....

bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....