Posts

Showing posts from February, 2010

Lima perkara penting buat REMAJA MUSLIM....

Image
Lima perkara yang perlu diamalkan oleh REMAJA MUSLIM yang SOLEH / SOLEHAH !! 1 ) Sembahlah Allah sebanyak mana KEPERLUANMU padaNya... 2 ) Ambilah apa-apa yang daripada dunia menurut keperluan selama UMURMU didalamnya. 3 ) Lakukan MAKSIAT kepada Allah, menurut KEMAMPUANMU untuk menanggung AZABNYA!!  4 ) Persiapkanlah BEKALAN di dunia, selama mana kamu tinggal di dalam KUBUR!! 5 ) Beramallah untuk SYURGA, menurut lamanya MASA untuk kamu tinggal di dalamnya.... Pesanan :  Sheikh Al-Balkhi...

Karnival Sukan Remaja Islam 2010 (KASRIM 2010)

Image
Askum, satu lagi projek besar Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Shah Alam Klang. Sekadar promosi kepada semua remaja yang melawati laman ini untuk war-warkan kepada rakan-rakan sekolah lain...Hadiah lumayan...RM500 bagi johan kategori bawah 18 tahun dan RM300 bagi johan bawah 15 tahun....(FUTSAL). Manakala Bola Jaring hanya dibuka kategori bawah 18 tahun dgn johan akan membawa pulang wang tunai RM200....hebat bukan...cepat tempat terhad bagi 48 buah pasukan pertama (16 pasukan setiap kategori) Hubungi : Futsal - Anas - 017 6609062                            Ust Rizal - 019 3079306               Bola Jaring- Cik Nisa - 013 2151514                                  Cikgu Hafizah - 019 3640504 Atau kepada saya terus..Cikgu Hardi 019 2039390..... ADA BERANI!!...JADILAH REMAJA ISLAM YANG BANGGA DGN AGAMANYA....

Cerpen 1 : Mencari Cinta Hakiki (Bah: 4)

Image
SPM telah berlalu tiga bulan yang lalu, aku dan Ayu sama-sama menunggu keputusannya yang tidak lama lagi bakal diumumkan. Ayu telah di hantar rumah datuknya di Pendang, Kedah semata-mata untuk memisahkan aku dengannya. Memang mereka kejam memisahkan kami. Aku pula hanya bekerja sementara di kilang papan di bandar Pekan. Gajinya taklah seberapa namun aku tidak lupa berikan sedikit untuk mak, selebihnya aku buat berseronok. Main gamelah, snooker, belanja kawan, beli rokok dan macam-macam lagi. Sekarang ini aku hanya menghitung hari untuk melangkahkan kakiku ke menara gading. Aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang matrikulasi di Universiti Putra. Maknanya aku akan meninngalkan kampung halamanku untuk merantau di negeri orang semata-mata untuk mendapatkan ilmu. Dengan tidak semena-mena bergenang air mataku mengingat kembali pesan Ayu padaku. “Awak kalau nak terus berkawan ngan saya, awak kena berubah. Cuba ubah sikit perangai awak tu. Jangan melawan orang

Remaja Alaf Baru

Image
  Yang mana satukah adik-adik remajaku pilih?? Yang dikanan atau dikiri? Renung-renungkanlah!!  Nota kaki: Ilustrasi dibuat oleh sahabat saya, akh Najib(UPM 2001)

KOBANNA mengangkasa dan membumikan pemikiran Hasan Al-Banna

Image
**Post ini diambil dari ismaweb.net** Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa telah mencetuskan satu anjakan baru ke arah merealisasi dan membumikan idea pemikiran Hasan al-Banna dalam realiti Nusantara khususnya bumi Malaysia. Relevansi pemikiran Imam Hasan al-Banna boleh dilihat dari ketiga-tiga pembentangan kertas kerja yang menjurus kepada analisa sosio-politik negara Mesir, sejarah pertembungan ideologi Barat yang ditunjangi oleh aliran Humanisme sehingga mencetus gerakan tajdid dan nahdah yang dipelopori oleh Hasan al-Banna. Tempoh hidup beliau yang singkat tetapi sarat dengan idea-idea pembaharuan dan perubahan telah mengesani geo-politik Mesir dan negara-negara Arab. Bahkan gagasan dan wawasan beliau menebar ke seluruh pelusuk benua mencecah 90 buah cawangan Ikhwan Muslimun. Beliau saya ibaratkan ’satu jiwa berjuta hikmah… episodnya dahsyat full manfaat… wawasannya holistik dan memiliki idea broadfront (jalur ke depan), merentasi zaman dan umat’. Pe