Posts

Showing posts from March, 2010

Fly to Penang with firefly.....

Image
Jitra, 20 mac 2010 - Alhamdulillah....kami (KRIM Pusat) selesai mendarat ke kawasan Utara yg melibatkan KRIM Penang, Kedah dan Perlis.....selesai satu part bila dapat jumpa mereka. Banyak  persoalan, tanda tanya dan kata putus diselesaikan....legalah skit hati Pengarah projek GEREM, En, Aminuddin... Lawatan kali ni best sikit sebab pi naik flight...hehe walaupun hanya sekadar firefly...tp ok lah sampai kat Penang dalam sejam je jika nak banding ngan naik kereta. Apapun, jazakallah diucapkan pada akh Redza yang bersusah payah membawa kami dari airport ke Jitra (kes miscomunication mengenai tempat meeting)... Part lain yang best, makan nasi beriyani kambing..pergh..puas hati walaupun pedah..hehehe mana tak sedapnya, tengah lapar...kebulur... sebelum tu naik feri....dah lama tak naik since 2003... Next location, kami akan ke Pantai Timur lak...harap2 dapat pekena nasi dagang pulak....dan naik flight la lagi...Doakan kami selamat pergi dan kembali sebab berdebar gak naik flight, dah

Cerpen 1 : Mencari Cinta Hakiki (Bah: 5)

Image
“Assalamualaikum,Ayu….dah lama kita tak jumpa….macam mana dengan result awak…eh makin cantik pula awak…lebih-lebih lagi bila awak pakai tudung labuh ni…sejak bila tukar imej ni?”, soalku bertalu-talu untuk melepaskan keraguan yang melanda jiwa ini. “Waalaikummussalam….ana…eh… silap...saya ok aje… alhamdulillah syukur pada Allah kerana saya mendapat keputusan yang agak cemerlang…tudung labuh ni? Emm sebagaimana jernihnya warna tudung labuh saya ni, begitulah hati saya yang ingin saya jernihkan dan isi dengan ilmu akhirat yang kekal abadi. Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar membawa nikmat dan hidayah daripada-Nya. Macam mana dengan result awak?”, hurai Ayu panjang menjawab persoalan di hatiku sambil mukanya yang redup itu menunduk ke bumi. “Emm ok juga, cukup-cukup makan….eh..itu ibu dan ayah awak, saya balik dululah”, pantas aku meninggalkan Ayu kerana khuatir di marahi oleh ibubapa Ayu. Namun Ayu pula pantas menahanku dan memberikan kata-kata dan nasihat padaku yang ju

Sajak - Andai belum terlewat buatku..seorang remaja

Image
Wahai remajaku sayang, Ingatkah kau lagi pada tika itu Saat hidupmu tidak keruan Saat hatimu gundah gulana Saat mentari dan sang rembulan bersilih ganti Kau hanya gelisah menanti Manakah sinar cintaku itu Bilakah cinta itu menjengah ke hati mu lagi Siapakah yang mampu menyinari hatimu... Wahai adikku, Kau lelah di bawa merantau Entah mana hala tujumu Ke kanan bukan, ke kiri pun bukan Jalanmu longlai di lemah gemalai Hancur hidupmu dek cinta duniamu Luluh harapanmu kerana kasihnya Gelapnya lorong-lorong sinar bahagiamu lagi Oh Tuhan ampunkan ku  Kelatnya bahasa padaMu ku serahkan Maksiat melanda hati terseksa Mungkinkah masih ada lagi sirnaNya Hanya padaMu ku pohon jua... Bawalah ku jengah cinta yang Esa Jua cinta pada kekasihMu Yang ku tahu tiada batasnya Kerna kekasihMu dekat selalu Ya Rasulullah, ya Muhammad, ya habiballah Kini ku junjung cinta padamu... Andai belum terlewat buat diriku...seorang remaja.....