Cerpen 1 : Mencari Cinta Hakiki (Bah: 5)
“Assalamualaikum,Ayu….dah lama kita tak jumpa….macam mana dengan result awak…eh makin cantik pula awak…lebih-lebih lagi bila awak pakai tudung labuh ni…sejak bila tukar imej ni?”, soalku bertalu-talu untuk melepaskan keraguan yang melanda jiwa ini.
“Waalaikummussalam….ana…eh… silap...saya ok aje… alhamdulillah syukur pada Allah kerana saya mendapat keputusan yang agak cemerlang…tudung labuh ni? Emm sebagaimana jernihnya warna tudung labuh saya ni, begitulah hati saya yang ingin saya jernihkan dan isi dengan ilmu akhirat yang kekal abadi. Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar membawa nikmat dan hidayah daripada-Nya. Macam mana dengan result awak?”, hurai Ayu panjang menjawab persoalan di hatiku sambil mukanya yang redup itu menunduk ke bumi.
“Emm ok juga, cukup-cukup makan….eh..itu ibu dan ayah awak, saya balik dululah”, pantas aku meninggalkan Ayu kerana khuatir di marahi oleh ibubapa Ayu.
Namun Ayu pula pantas menahanku dan memberikan kata-kata dan nasihat padaku yang juga merupakan pesanan terakhirnya. Aku lihat air matanya berlinangan seolah-olah ada sesuatu rahsia yang di simpan dariku. Dan selang beberapa hari selepas pertemuan kami itu, aku mendapat berita yang Ayu telah pulang ke rahmatullah akibat penyakit barah dalam otaknya yang telah mencecah tahap kritikal. Aku sering ke pusara Ayu untuk melepaskan rasa sedihku dan aku selalu berdoa agar rohnya dicucuri rahmat serta redhaNya. Aku masih merasa menyesal dan terkilan kerana harapan Allahyarhamah Ayu untuk melihat aku berubah masih belum kesampaian. Aku sendiri masih lagi termangu dan tercari maksud pesanannya agar aku menjadi mukmin yang sejati dan mengenal cinta hakiki. Tapi pada siapa ingin aku bertanya……….
bersambung…

Comments
Post a Comment
Sila komen....