Posts

Showing posts from July, 2010

Al-Fatihah buat adik kecil ini....

Image
Dikeheningan petang ini, kami dikejutkan lagi berita seorang lagi sahabat kecil dan peneman Nuruddin Al-Zinki di wad NICU, Hospital Serdang, yakni adik Hurin telah selamat kembali ke rahmatullah.....ketabahan dirinya yang diberikan Allah swt selama lebih 7 bulan ini sangat unik dan menimbulkan rasa bersyukur yang amat sangat kepadaNya....adik kecil ini hidup bergantung dengan alat pernafasan oksigen, sama seperti Nuruddin sebulan yang lepas. Kami sempat mengenali keluarganya terutama ibunya yang juga seorang guru, cukup tabah dan tenang riak mukanya merawat dan menjaganya selama di hospital.....marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham adik Hurin ini. .. Sebulan yang lepas juga seorang lagi kenalan si kecil kami iaitu adik Eva (nama panggilannya) telah selamat pulang ke rahmatullah juga dengan komplikasi sakit yang hampir sama.......sesungguhnya keadaan2 sebegini banyak menyedarkan kami, hidup ini sementara dan anak2 yang dikurniakan adalah amanah dan Allah swt boleh

Jangan Merokok!!

Image

Umurnya hampir 2 bulan setengah

Image
Alhamdulillah kini umur Nuruddin Al-Zinki menjengah 2 bulkan setengah....walaupun masih dikuarantin di rumah, mudah2an doa2 semua terus dilontarkan padanya....insyaAllah isnin ini Nuruddin akan ke Hospital Serdang untuk menjalanii pemeriksaan kali pertama semenjak keluar hospital....doakan kesihatan Nuruddin Al-Zinki terus bertambah baik kerana kadang-kala nampak sedikit tercugap-cungap pernafasannya.... Video live Nuruddin Al-Zinki Saya tengah tidur... Antara ubat-ubat saya

Akhirnya selesai juga bercukur...

Image
Alhamdulillah, pada hari Ahad lepas dapat juga saya selesaikan impian untuk mencukur rambut Nuruddin Al-Zinki setelah benar-benar yakin dengan kondisi kesihatannya. Segala puji bagiNya yang memudahkan urusan ini walaupun  pada satu ketika terpaksa dihentikan sesi mencukur ini bilamana Nuruddin kelihatan agak tercungap-cungap kerana sering menangis.  Akikahnya pula terpaksa ditangguhkan dulu memandangkan keadaan ekonomi keluarga tidak mengizinkan lebih-lebih lagi umminya terpaksa bercuti tanpa gaji.....mudah-mudahan Allah menguatkan azam dan mengizinkan impian kami ini...

Malaysian aid convoy arrives in Gaza Strip

Image
GAZA -- Relief aid and medicines from the Aman Palestine Institute in Malaysia with an estimated worth of $100,000US arrived in Gaza on Sunday morning via the Egyptian Rafah crossing. Ahlul Bayt News Agency (ABNA.ir), GAZA -- Relief aid and medicines from the Aman Palestine Institute in Malaysia with an estimated worth of $100,000US arrived in Gaza on Sunday morning via the Egyptian Rafah crossing. The relief aid was accompanied by a delegation including 12 Malaysian notable personalities, consisting of representatives of Malaysian NGOs and television journalists, who were not granted permission to pass the crossing as a result of failure of coordination, according to the Egyptian crossing administration. Head of the Aman Palestine Institute in Malaysia, Abdullah Zeek, who is still waiting on clearance from the Egyptian government to enter the Gaza Strip, stated that the aid is reassurance to the Palestinian people that they are not isolated from the Islamic world, adding

Gambar terkini

Image
Ini abang cik saya .... hensem tak macam saya.. Saya tengah tido...zzzz... Emm yang mana satu paling hensem ??

Pantun Peringatan...

(Pantun ini adalah bukan karya saya tetapi di ambil dari sebuah forum sekitar tahun 2000...tapi maaf tak ingat siapa penulisnya)   Andai aku terlupakan Tuhan Dalam kelapangan dan kesibukan Dalam kesenangan dan kesusahan Tolong ingatkan aku Jangan jadi anak derhaka Mak ayah dilupakan jangan Usah diluka hati dan perasaan Tolong ingatkan aku Supaya ingat pesanan guru Bukan sekadar peringatan Tapi tarbiyah berpanjangan Tolong ingatkan aku Dengarlah dan bacalah al-quran Tika radio penuh hiburan Tika tv penuh hindustan Tolong ingatkan aku Di mana Islamnya zahirku jika aurat didedahkan disingkat, diketat dan dijarangkan (untuk muslimah) Tolong ingatkan aku Jadilah sahabat yang baik Sentiasa memberi peringatan Sentiasa menerima teguran Tolong ingatkan aku Kalau bercinta biar keranaNya Dalam memilih utamakan Iman Kelak ikatan dihindari syaitan Tolong ingatkan aku Hidup ini satu kembara Kutiplah mutiara dalam perjalananMoga di sana menjadi bekalan Tolong ingatkan aku Diri ini milik Yang