Pantun Peringatan...
(Pantun ini adalah bukan karya saya tetapi di ambil dari sebuah forum sekitar tahun 2000...tapi maaf tak ingat siapa penulisnya)
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan
Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan
Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan
Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan (untuk muslimah)
Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam
perjalananMoga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan
Comments
Post a Comment
Sila komen....