Al-Fatihah buat adik kecil ini....
Dikeheningan petang ini, kami dikejutkan lagi berita seorang lagi sahabat kecil dan peneman Nuruddin Al-Zinki di wad NICU, Hospital Serdang, yakni adik Hurin telah selamat kembali ke rahmatullah.....ketabahan dirinya yang diberikan Allah swt selama lebih 7 bulan ini sangat unik dan menimbulkan rasa bersyukur yang amat sangat kepadaNya....adik kecil ini hidup bergantung dengan alat pernafasan oksigen, sama seperti Nuruddin sebulan yang lepas. Kami sempat mengenali keluarganya terutama ibunya yang juga seorang guru, cukup tabah dan tenang riak mukanya merawat dan menjaganya selama di hospital.....marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham adik Hurin ini...
Sebulan yang lepas juga seorang lagi kenalan si kecil kami iaitu adik Eva (nama panggilannya) telah selamat pulang ke rahmatullah juga dengan komplikasi sakit yang hampir sama.......sesungguhnya keadaan2 sebegini banyak menyedarkan kami, hidup ini sementara dan anak2 yang dikurniakan adalah amanah dan Allah swt boleh menguji kita dengan diambilnya bila2 masa tidak kira dalam keadaan sihat atau tidak.....ketabahan ibu2 yang diuji sebegini adalah lebih hebat jika dibandingkan dengan manusia2 yang berilmu tetapi tidak beramal.....semoga kita semua yang membaca coretan ini juga sentiasa beristighfar dan memuhasabah diri kerana kita dan keluarga kita akan dipulangkan semula padaNya bila2 masa sahaja........amin
Comments
Post a Comment
Sila komen....