Al Zinki di rumah.....

Alhamdulillah sudah hampir 2 minggu Nuruddin Al Zinki berada di rumah bersama teman barunya. Walaupun begitu hampir setiap hari pasti sekurang-kurangnya sekali dia akan bernafas laju. Nuruddin Al Zinki masih perlu makan ubat dan mengambil sedutan ventolin (2 jenis) setiap hari di samping menggunakan alat bantuan pernafasan 24 jam sehari. Setakat hari ini mesin ini tidak memberikan sebarang masalah..alhamdulillah. Namun pada hari Isnin lepas, Al Zinki terpaksa di bawa ke bahagian kecemasan Hospital Serdang apabila kadar pernafasan tetap laju walaupun telah diberikan sedutan ventolin sejak 3 jam sebelumnya. Alhamdulilah selepas diberikan 'nab' di hospital keadaannya kembali stabil dan tidak ditahan di wad.



Ni lah kawan baik saya....

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....