Tahun 2011 dan Nuruddin Al Zinki
Alhamdulillah dan ucapan syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya dapat juga saya menulis semula setelah hampir genap sebulan tiadanya kesempatan untuk mengemaskini laman blog ini. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kondisi dan keadaan Nuruddin Al Zinki kini. Dengan umurnya menghampiri 9 bulan, kini Al Zinki semakin lasak dan aktif berkembang dari aspek pergerakan psikomotor yakni tumbesaran luaran. Al Zinki sudah mula memanjat dan berpaut pada perabot-perabot untuk membolehkan dirinya dapat berdiri........
Yeay...saya dah pandai berdiri......tapi atas perut abi lah...huhu
Bantuan Allah swt memang tidak mampu untuk kita jangkakan.
Di saat isteri saya sepatutnya menyambung cuti separuh/tanpa gaji pada 1 Januari 2011, Allah swt mempertemukan kami dengan seorang pengasuh iaitu Kak Nora yang juga ................
ibu kepada salah seorang murid isteri saya, yang sanggup untuk datang ke rumah setiap hari bagi menjaga Al Zinki sewaktu kami pergi mencari rezeki. Sekurang-kurangnya ini dapat meringankan beban kewangan kami dengan dapatnya isteri saya bekerja walaupun Kak Nora hanya menjaga Al Zinki sekitar 3 ke 4 jam sehari. Bermakna rutin hidup kami berubah dan sedikit sebanyak menjejaskan pergerakan harian dan kerja dakwah kami. Ini kerana saya ke sekolah jam 7 pagi hingga 3 petang bersama Nu'aim (kini darjah 1) dan Nur Husna (tadika 5 tahun).......sekembalinya kami berdua (Nu'aim sambung ke sekolah agama).....saya akan menjaga ketiga2 anak kami (Nur Husna, Nuqman dan Nuruddin Al Zinki) sehingga isteri saya pulang sekitar jam 7 ptg.....(maknanya isteri saya menjaga Al Zinki dan Nuqman di waktu pagi sebelum ke sekolah jam 12 tghari).....

Mana satu Nuruddin Al Zinki ni? Yang berbaju birukah...atau yang berbaju kuning?...
Begitulah rutin harian kami....yakni hanya waktu malam sahaja peluang untuk menyelesaikan urusan dunia dan kerja2 dakwah......di harap sahabat sekerja dan seperjuangan dalam dakwah memahami kekangan masa dan tenaga (keletihan tahap tinggi) yang kami hadapi kini.......kerana kadang-kadang kekangan ini menyusahkan sahabat2 sekalian seandainya tugasan yang diberikan kepada kami agak terlewat diselesaikan....
hehe...siapa nak main ngan saya?
InsyaAllah pada 17 Februari 2011 ini kami akan membawa Al Zinki untuk temujanji bersama Dr Pakar di Hospital bagi melihat perkembangannya. Kami memohon sahabat2 terus mendoakan kesembuhan Al Zinki agak anak kami ini tidak perlu lagi menggunakan alatan bantuan oksigen. Apa yang mampu kami buat hanyalah memberikan kasiih sayang dan perhatian yang sepatutnya agar Al Zinki cepat sembuh selain terus berdoa tidak kenal erti penat dalam mengharapkan bantuan daripadaNya..........
Al Zinki dah pandai buat muka sedih bila dimarahi(acah-acah marah)
"Ya Allah berilah kami kekuatan dan ketabahan dari sudut akal fikiran yang mampan, daya juang jatidiri yang tinggi, fizikal yang mantap dan mental yang bersih dalam mentarbiyah anak2 kami yang seramai empat orang ini agar mampu menjadi penyambung waris penyebar dan penegak agamaMu ini.......kerana tanpaMu kami ini tiada daya sedikit pun atas sesuatu...."
InsyaAllah...Ameen...Ana turut mendoakan kesembuhan Nuruddin :)
ReplyDeleteKalau perlukan bantuan lagi, jangan segan2 ye kak hafizah...Ana akan cuba bantu selagi termampu...