REMAJA HEBAT HIDUP BERSYARIAT....

Orang biasa akan berkata, sabarlah....buat tak tau je....tu cara hidup  mereka, bukannya ada kena-mengena pun dengan kita.....bukan anak kita pun....

Tetapi orang 'luar biasa'akan berkata, itu masalah ummat....kita mesti fikir ke depan...apa akan jadi sekiranya dibiarkan....nanti anak cucu kita yang merana....memang bukan anak kita, tetapi amanah ummah buat kita...

Anda dimana? mahu menjadi orang biasa? atau luar biasa?

Isu apa ini?



Semuanya berkenaan umat islam yang bergelar remaja. Mungkin kita sudah muak dengan masalah-masalah mereka....atau mungkin dah tak lalu nak dengar dan ambil tahu mengenai mereka.....

Tapi sanggupkah bagi orang 'luar biasa' membiarkan anak-anak remaja melayu muslim ini dihanyutkan dan digelorakan dengan perzinaan, buang bayi, samseng, bersekedudukan, bercumbuan dan berpelukan merata lokasi, merokok walaupun dah difatwakan 'haram' ....dan pelbagai lagi adegan-adegan maksiat yang berlelehan didada-dada akhbar......

Mahukah anak-anak kita dari keturunan kita nanti bergaul, bermesera dan akhirnya 'bersama'gaya hidup mereka? malulah dengan PENCIPTA tapi kita lebih biasa malu dengan manusia..rata-ratanya....

Ayuh bangunlah semua, baik muda atau tua, baik remaja atau belia, baik ibu bapa juga warga tua.....ubahlah...bantulah...sokonglah..usaha golongan yang ingin membantu, merubah dan mencipta BANGSA MELAYU MUSLIM YANG HEBAT dan akhirnya MENDAULATKAN AGAMA ISLAM sebagaimana sepatutnya..bersama kami di KELAB REMAJA ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia).....atau KRIM....atau sekurang-kurangnya membantu mempromosi, mengajak
dan menghantar anak-anak remaja ke program motivasi anjuran kami...



Bukannya kami ingin mencari laba....namun laba yang paling besar ingin kami kejari....hanyalah MARDHATILLAH..REDHA ALLAH ..... matlamat kami.....kami jual hidup kami dan membeli seruanNya.....

Bersamalah kami di program terdekat...biar REMAJA HEBAT HIDUP BERSYARIAT....di Nur Lembah Pangsun.....dalam KEM JATI DIRI MUSLIM siri 4......

layari www.krimsak.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....